Tuesday, August 18, 2015

Soalan: MENAIP LAFAZ CERAI DALAM HANDPHONE TETAPI BELUM DIHANTAR KEPADA ISTERI

Nama*:Aizat
Tajuk*:MENAIP LAFAZ CERAI DALAM HANDPHONE TETAPI BELUM DIHANTAR KEPADA ISTERI
Message*:Assalamualaikum ustaz,

Saya ingin bertanya...saya telah bergaduh dengan isteri saya atas sebab saya buat perangai yang tidak senonoh yang menyebabkan isteri saya marah kepada saya..dia telah menghantar Whatsapp kepada saya dengan kata-kata yang telah membangkitkan kemarahan saya walaupun saya tahu saya yang bersalah dalam hal ini. Dengan perasaan marah, saya menaip perkataan 'SAYA CERAIKAN AWAK DENGAN TALAK SATU' tetapi saya tersedar dari kemarahan saya dan tak jadi menghantar pesanan tersebut kepada isteri saya. akan tetapi saya tidak memadamkan lafaz saya tersebut dan dibiarkan di dalam ruangan yang ditaip tanpa menekan butang send. Malam tu, isteri saya membuka aplikasi Whatsaap saya dan terbaca lafaz cerai saya tersebut. Soalan saya ustaz, adakah jatuh talak saya tersebut ke atas isteri saya?

Yang keduanya, selepas insiden tersebut, keesokan harinya isteri saya pulang ke rumah ibu bapanya disebabkan insiden yang berlaku. isteri saya menghantar macam-macam mesej kepada saya supaya saya jadi marah. saya masih sayangkan dia dan anak-anak. saya tahan perasaan saya terhadap apa sahaja makian yang dibuat oleh isteri saya sebab saya tahu saya yang bersalah dalam hal ini. Disebabkan tulisan lafaz cerai dalam Whatsapp tersebut, saya takut talak telah jatuh kepada isteri saya. Jadi saya hantar pesanan melalui Messenger kepada isteri saya lafaz rujuk "SAYA MAHU RUJUK DENGAN AWAK' atas sebab saya masih sayangkan dia dan anak-anak dan mahu mereka semua kembali ke dalam hidup saya. Persoalannya ustaz, adakah lafaz rujuk saya dikira jikalau talak telah jatuh (merujuk kepada Soalan Pertama) akan tetapi isteri saya tidak menerimanya disebabkan dia telah benci kepada saya?

harap ustaz bantu saya dalam hal ini. saya mahu berubah dan tidak mahu mengulangangi perkara yang telah saya lakukan sampai isteri dan anak-anak saya tinggalkan saya.

sekian, terima kasih

Email: 
File Upload:
Salam

Pada pendapat saya, mesej yang ditaip tetapi belum dihantar tidak menjatuhkan talak lagi walaupun telah dibaca oleh isteri.. Saudara boleh bertanyakan kepada ustaz lain.. ini pendapat pribadi saya.

Jika tidak adanya talak, maka tidaklah ada rujuk.

Rujuk seperti yang saudara lakukan di atas adalah sah kerana itulah caranya... sama ada dengan lafaz mahupun melalui surat @ SMS...


Semoga Allah membuka kembali pintu hati kita untuk berdamai...

tk




Visitor IP: 1.9.97.222

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA