Soalan: Pengesahan Talak Yang telah di jatuh kan
Nama*: | Norehan |
Tajuk*: | Pengesahan Talak Yang telah di jatuh kan |
Message*: | Saya ada sedikit pertanyaan berkenaan isu cerai. Saya adalah isteri kedua. Suatu hari isteri pertama tidak berpuas hati dengan suami dan mengungut suami untuk melafaz kan cerai keatas saya dengan sekali lafaz iaitu talak tiga...Pada mulanya suami tidak ingin menceraikan saya, tetapi atas desakan isteri pertama dan orang sekeliling termasuk ahli keluarga yang mengugut suami lalu suami dengan paksaan menjatuhkan talak tiga sekali gus keatas saya di hadapan isteri pertama. Oleh itu saya ingin kepastian daripada ustaz sama ada saya di jatuhkan talak satu atau talak tiga walaupun suami tidak ingin melafazkan talak tiga ke atas saya. Selang sehari suami menelefon saya dan menyesal atas perbuatan beliau dan atas desakan org sekeliling. Oleh itu saya ingin kepastian daripada ustaz adakah talak yang di jatuh kan sah talak tiga? |
File Upload: | |
Salam
Desakan dan paksaan seperti itu tidaklah menjatuhkan talak.Situasi terdesak dan ugutan tidak memberi kesan kepada sahnya talak yang dilafazkan oleh suami..
Tak apa.. bersabarlah dengan dugaan yang mendatang.. Jagalah sebaiknya suami puan.
tk
Visitor IP: 175.139.151.153
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.