Monday, August 10, 2015

Soalan: Lafaz kinayah

Nama*:Mohd
Tajuk*:Lafaz kinayah
Message*:Assalamualaikum Ustaz. Mohon bertanya. Sy Mohd dr Tampin. Sy mempunyai penyakit was2 yg agak kronik. Sy juga agak fobia dengan perkara2 yg berkaitan dgn cerai @ talak. Sehingga sy sgt berhati2 bila bercakap dgn istri. Takut jika ada lintasan hati ke arah itu. Mlm td kami berbual dan sy berkata kpdnya" Nanti kita tinggalkan kakak dan adik kat umah mak. Lepas tu kita pegi la ke gym" Tiba-tiba slps itu terlintas pd hati sy menyatakn ia lafaz kinayah cerai. Mak mertua sy kdg2 memanggil istri sy adik kerana itu adalah panggilan mesra bg dia. Sedangkan sy tak pernah memanggil istri sy adik. Sy khuatir dan was2 jika sy terniat adik yg dimaksudkn adalah istri sy. Sedangkn adik itu adalah anak bongsu sy. Mohon jawapan drpd Ustaz. Sy amat tertekan dgn perasaan sebegini.
File Upload:
Salam

Saya telah jawab soalan ini pada entry yang lalu..

Ubatilah penyakit was was tu..

Usah dilayan dengan lintasan seperti itu, ia hanya menyusahkan hidup saudara. Walaupun ia tidak jatuh talak, tetapi ia menyusahkan..

Banyakkan istigfar..

Visitor IP: 113.210.138.91

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA