Soalan: kepastian "saya lepaskan dia, kalau dia xsuka"
Nama*: | amni |
Tajuk*: | kepastian "saya lepaskan dia, kalau dia xsuka" |
Message*: | as salam, ustaz . saya nk tny . suami saya ade mengatakan pada ibu saya pada panggilan telefon. "kalau dia dah xsuke saya, saya lepaskan dia".perkara ni dituju pada saya . tapi ibu saya yang dengar dalam talian telefon . apa hukum dia ustaz? |
File Upload: | |
Salam
Itu satu kenyataan sahaja daripada suami, ia tidaklah terjadinya taklik atau talak. Ia satu ingatan kpd puan agar kembali kepadanya dan bersemai kembali kasih...
Sudah lah tu.. tak elok nak gaduh lagi, pujuklah hati sendiri dan hatinya untuk kembali bersatu.
tk
Visitor IP: 210.48.147.124
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.