Soalan: Jatuh talak atau tidak?
Nama*: | za |
Tajuk*: | Jatuh talak atau tidak? |
Message*: | Sy dan suami bergaduh melalui telepon dimana sy berada di pejabat manakala suami dirumah, kerana masalah yg xdapat diceritakan disini .. lalu sy yg sudah tidak tahan dgn sikap suami minta dilepaskan (cerai) dari suami..
suami yg dlm keadaan marah berkata "okay..klu ko nak aku ceraikan ko..aku ceraikan ko....tapi ko balik rumah dulu aku lafaz depan ko" suami tidak niat nak ceraikan pon..hanya nak suruh sy balik kerumah.
yg menjadi tanda tny.. semasa die melafazkan ayat tersebut..terputus2..dan dilafaz satu persatu
1. okay, klu ko nak aku ceraikan ko
2. aku ceraikan ko
3. tapi ko balik rumah dulu aku lafaz depan ko
dan sy mendengar jelas setiap ape yg die ckp...
Adakah jatuh talak jika lafaz seperti ini? |
File Upload: | |
Salam..
Jika niat suami supaya puan balik ke rumah dahulu, maka ia tidaklah menjatuhkan talak.
Percayalah pengakuan suami itu.
tk
Visitor IP: 175.136.249.13
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.