Tuesday, August 4, 2015

Soalan: Mohon pencerahan

Nama*:Syah
Tajuk*:Mohon pencerahan
Message*:Assalamualaikum tuan..
Saya ingin meminta pencerahan dari pihak tuan..
Saya dan isteri saya pernah ada bertengkar pada bulan 2.2015..dan di malam itu..Saya berkata pada dia..jika kluar umah malam nie,aku cerai...masa saya lafazkan tu..dia didalam bilik dan saya di pintu umah. .dan malam etu dia tidak jadi keluar..esok nyer saya jelaskan pada dia tentang apa yang saya cakap kan...dia terima dan paham....selang beberapa minggu. .selepas dia menonton segmen agama...dia menelefon saya d tpt keje dan nyatakan cerai etu terjadi..dan terangkan kembali tiada apa yang terjadi...pada yang terbaru nie 2 minggu sebelum hari raya Aidilfitri ada pertengkaran..dan pada keesokan tghari nyer selepas saya kluar umah kerna ingin tenangkan hati...dia pun kluar umah tanpa memberitahu saya dan bawa anak2x saya sekali..selama seminggu dia kluar umah dan puas saya cari.x jumpa..selepas seminggu etu..baru dia antar msg yang dia ada daftarkan lafaz cerai yang saya sebutkan pada bulan 2..tapi kali nie berlainan dari apa yang saya sebutkan dan dia menyatakan saya ada sebut cerai 3..padahal saya takde sebut dan pada masa lalu dia pun paham yang saya takde sebut pasal cerai 3...sekarang nie dia dah buntu atas apa yang dia buat..Saya dan dia dah duduk berasingan sejak dia kluar umah dan menunggu masa sebutan di mahkahmah... sekarang dia dah nyesal dan bingung kerna tiap kali berjumpa dia..dia akan menanyakan tentang sebutan etu dan saya menafikan nyer..saya berjumpa dia kerna ingin melihat anak2x saya...
Persoalan nyer...
1.Adakah salah apa yang isteri memfailkan lafaz cerai tu tanpa britahu saya?padahal saya dah terangkan pada dia sebanyak 2 kali...apa yang saya sebutkan dan tiada ayat cerai 3...dia paham d masa etu...
2.apa kah status saya dan isteri saya sepanjang masa ini?
3.dia sekarang tingal di umah ibu dan ayah dia..adakah boleh duduk sebumbung dgn saya demi anak2x?
3.dia berkata dia ada dengar cerai 3 dan saya menafikan nyer dan sekarang dia sendiri was was dengan lafaz etu...jadi apa kah akan berlaku d mahkahmah etu nanti?
Harap tuan dapat berikan pencerahan
File Upload:

Salam

Apabila kes ini telah dibawa ke mahkamah, eloklah mahkamah yang putuskan status perkahwinan ini. Saudara boleh jelaskan apa sebenarnya yang terjadi.

Pada pendapat saya, tidak nampak di sini pelanggaran taklik terjadi untuk menjatuhkan talak, tidak pula saudara sebutkan secara jelas untuk menceraikan isteri...

Eloklah duduk berasingan sementara kes ini selesai...

tk
Visitor IP: 203.82.80.107

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA