Thursday, May 7, 2015

Soalan: Taklik

Nama*:Has
Tajuk*:Taklik
Message*:Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya kan tentang sah ke sebuah taklik yang tak didengari habis syarat dari seorang suami kepada seorang isteri. Baru- baru ini saya telah bergaduh dengan suami lalu saya pun telah pulang ke rumah mak saya untuk tenang kan fikiran dengan kebenaran suami. Lalu saya telah memberitahu kakak suami saya bahawa say dekat rumah mak saya dan saya balik rumah mak saya sebab tak tahan kan karenah suami saya, niat saya memberitahu kakak suami sayq ialah agar tak timbul salah faham di masa hadapan kelak. Tetiba suami saya telefon saya mengamuk dan kata kan kakak nya sudah memberitahu keluarga suami saya tentang hal itu(adik beradiknya yang lain) . Kami bergaduh sehingga suami kata kalau saya tak message dekat kakak nya yang saya hanya bergurau akak jatuh talak lepas saya dgr itu je saya terus letak telefon sebab xnak bergaduh. Tetapi rupa-rupanya suami saya tak sedar saya dh letak telefon dan dia bercakap sorang-sorang. Rupa2nya disepanjang dia cakap sorang-sorang di telefon dia ada kata kalau saya tak message kakak dia sebelum pukul 2 pagi. Saya tak tahu tentang syarat masa itu sebab saya dah letak telefon awal2. Jadinya saya msg pada pukul 2.02. Lepas tu saya pun msg suami ckp dah bgtahu dah kakak dia yang semuanya salah faham. Lepas tu suami kata taklik dia sebelum pukul 2 pagi tapi saya message pukul 2.02 pagi. Adakah sah jatuh talak sedangkan saya tak dengar pun taklik itu sampai habis? Maksudnya saya cuma dengar sekerat sahaja ungakapam taklik suami saya iaitu sehingga suami saya cakap kalau tak message kakak dia jatuh talak sahaja, tetapi yang syarat dia kata kena message sebelum pukul 2 tu saya tak dengar sebab saya dah letak telefon .
File Upload:
Salam

Berserabut saya nak baca soalan ni.. hehe.. sabar je lah..

Jika puan tidak mendengar taklik berkenaan, maka tidaklah terjadi taklik itu kerana taklik hendaklah diketahui oleh suami isteri akan syarat atau larangannya. Jika tak dengar, maka tidaklah terjadi taklik berkenaan. Bila dah tak jadi taklik, maka perlakuan selepas itu tidaklah dikira melanggari taklik kerana pihak isteri tidak tahu hujung pangkal perjanjian berkenaan.. tk


Visitor IP: 210.187.233.69, 108.162.225.42

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA