Soalan: Sah kah talak?
Nama*: | Adilla |
Tajuk*: | Sah kah talak? |
Message*: | Salam ustaz, saya ada persoalan yang amat meragukan saya. Kelmarin saya ada bergaduh dengan suami, dan suami keluar pergi ke rumah ibu nya. Saya tunggu sampai 2,3 pagi tak balik, jadi saya Whatsapp dia. Saya katakan "lepas ni kita cerai, dah tak ada persefahaman, masing masing ada hala tuju masing masing".. Dia jawab" okay esok kita pergi mahkamah. Kalau kau nak cerai malam ni pun boleh. Esok kau cakap kat mahkamah, aku dah jatuhkan talak"
Soalan saya ustaz, sah ke talak yang di jatuhkan? Dia tak jatuhkan talak apa pun sebelum ni, hanya ayat tu saja yang dia beri pada saya. Tolong lah ustaz... Sah ke? Apa perlu saya buat? Minta ustaz jawab persoalan yang bermain di minda saya sekian lama.. Terima asih ustaz. |
File Upload: | |
salam
Jawapan suami seperti itu tidaklah menjatuhkan talak kerana ia tidak ada satu penegasan talak dibuat. Ia masih dikaitkan dengan 'esok' dan KALAU..
tk
Visitor IP: 113.210.128.134, 108.162.225.163
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.