Sunday, May 24, 2015

Soalan: Lafaz Kinayah bagi Cerai / Talak

Nama*:nurul
Tajuk*:Lafaz Kinayah bagi Cerai / Talak
Message*:Salam ustaz...moga ustaz sihat harini...
Disini, saya ada beberapa persoalan yg ingin ditanya mengenai Lafaz Kinayah bagi Cerai.

Saya dah hampir 6 tahun berumah tangga dan dikurniakan 2 orang anak. Hidup dengan suami ok cuma ada masa bila kami bergaduh, suami akan bertukar jadi marah marah dan selalu mengucapkan
ayat "kau keluar sekarang".. " Kau keluar dari rumah ni sekarang".."Kau berambus"..."kemas kain baju kau sekarang,keluar dari rumah ni"..!!

Ayat tu sering suami ucapkan apabila kami bergaduh..Bukan sekali, tapi dah banyak kali...Saya jadi tertekan dan takut kalau jatuh talak / talak telah jatuh...

SOALAN 1:

Semalam kami gaduh lagi dan suami berkata sambil marah " SEBELUM AKU CAKAP (lafaz cerai ) , BAIK KAU KELUAR SEKARANG,KEMAS BAJU"..
Saya sangat tertekan bila fikir segala ayat yang suami lafazkan semasa marah / gaduh...
Ayat diatas boleh sebabkan Jatuh TALAK ke ustaz??

SOALAN 2 :

Bila kemarahan suami dah reda, saya beranikan diri untuk tanya kepada suami :
saya : abang,setiap kali kita gaduh, abang mesti cakap / sebut ayat "keluar dari rumah ni".."Kemas baju sekarang dan keluar"..
Abang selalu lafaz ayat ayat tu...saya rasa tertekan... apa maksud kata kata abang tu?.. Adakah abang maksudkan / niatkan cerai?

Suami : Abang sedar dengan apa yg abang cakap dan abang tiada niat cerai semasa cakap / lafazkan ayat tersebut...
Abang masih berfikiran rasional lagi dan awak janganlah risau / fikir yg bukan bukan...

Soalan saya , Adakah talak telah jatuh?
Adakah penjelasan dari suami tu telah cukup untuk membuktikan yg talak tak jatuh?
File Upload:

Salam

bawalah berbincang dengan suami, nasihati dia supaya tidak kaitkan marahnya dengan cerai atau ke arah nak cerai. Itu tak baik. Nasihatilah dia supaya tidak diulangi lagi ugutan marah dengan cerai, nak ugut pukul ke ok lagi, daripada ugut cerai...


1. Ayat itu satu ugutan, dan ia tidak jatuh talak lagi

2. Penjelasan suami itu menunjukkan rasionalnya suami, dia masih waras dan tak ceraikan puan. Terimalah kenyataannya itu.

Cuma puan kenalah nasihatinya supaya jauhkan sama sekali cerai berai tu..

tk

Visitor IP: 1.9.102.77, 108.162.225.21

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA