Soalan: Bolehkah talak ditarik balik
Nama*: | Min |
Tajuk*: | Bolehkah talak ditarik balik |
Message*: | As'salam..ustaz,saya min dari selangor.saya nak tanya soalan mengenai talak yang suami saya lafazkan.sebenarnya ustaz saya telah mengambil wang suami tanpa pengetahuannya kerana ingin membeli keperluan harian saya.suami saya selalu memberi alasan jika saya meminta wang untuk membeli keperluan saya sebagai seorang isteri dan perempuan.disebabkan itu saya telah mengambil wang suami tanpa pengetahuannya.dia sedar saya ambil duit dia dan memberi amaran pada saya sekiranya saya mengambil duit didalam wallet dia selepas ni maka jatuhlah talak keatas saya..soalan saya adakah talak itu boleh ditarik balik?dan sekiranya saya ambil duit suami untuk membeli aiskrim anak contonhnya tapi suami tak tahu,adakah talak jatuh ustaz?..t.kasih |
File Upload: | |
Salam
Apabila lafaz taklik disebut oleh suami, maka ia terjadi sampai bila-bila. Kebanyakan ulama mengatakan taklik tidak boleh ditarik balik. Bincang dengan suami supaya suami menyimpan sedikit wang di tempat lain utk kegunaan rumah tangga, bukan di wallet shj..
tk
Visitor IP: 203.82.66.227, 108.162.225.52
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.