Saturday, May 2, 2015

Soalan: Jatuh talak atau tidak?

Nama*:Nizam
Tajuk*:Jatuh talak atau tidak?
Message*:As Salam.. Saya bergaduh dengan isteri di tepi jalan. Saya ajak isteri saya naik kereta saya tapi dia tak mahu. Saya pun dengan marah dan berkata "jika awak balik naik selain kereta Saya akan jatuh talak. Niat Saya hanya mengugut isteri Saya. Tetapi dia call kakak dia untuk bawa dia pulang. Setelah kakaknya sampai, kakaknya suruh Saya ceraikan isteri saya. Saya cakap jika dia bawa isteri saya pergi Akan jatuh talak dengan harapan kakaknya tidak masuk campur. Tetapi kakaknya berkata sememangnya dia berdendam dengan saya. Saya berdiri dihadapan keretanya menghalang keretanya untuk bergerak. Tetapi kakaknya turun dari keretanya Dan menolak Saya ketepi. Dalam masa yang sama, Anak perempuan kakaknya membawa kereta kehadapan sedikit dan kakak isteri saya bertindak dengan pantas menaiki keretanya Dan membawa isteri saya pergi. Isteri saya hanya duduk didalam kereta kakak sambil menangis pegi. Saya amat terkejut Dan menyesali keadaan tersebut. Jatuhkah talak saya walaupun saya hanya berniat supaya isteri saya mengikuti saya Dan kakaknya tidak masuk campur urusan rumahtangga saya, walaupun saya telah ingatkan kakaknya dia akan bertanggungjawab jika dia bawa isteri saya pergi?
File Upload:

Salam

Oleh kerana lafaz taklik itu jelas; balik dengan kereta lain akan jatuh talak, maka terjatuhlah talak dengan ketika isteri itu balik dengan kereta kakaknya.

Pada pendapat saya, ia telah jatuh talak satu dan saudara perlu mengajaknya kembali utk dirujuk.

Berdamailah dan perbaiki cara dan perlakuan suami isteri agar rumah tangga lebih aman.

Carilah kedamaian dalam rumah tangga walaupun seribu dugaan mendatang.

matang dan sabar...

tk


Visitor IP: 183.171.166.161, 108.162.225.116

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA