Friday, May 15, 2015

Soalan: Jatuh talak atau tidak

Nama*:Siti
Tajuk*:Jatuh talak atau tidak
Message*:Salam Ustaz,
saya dan suami sering bertengkar kerana salah faham. suami sudah beberapa kali melafazkan kata-kata seperti berikut
- U nak I jatuhkan sekarang ke
- U nak I jatuhkan thru sms atau face to face
- mulai sekarang U lead your life and I lead mine
- kalau i mampu utk berikan mutaah, i dah lepaskan u
- panggil anak-anak biar mereka sendiri dengar I ceraikan
Persoalan saya, dengan kata-kata yang dilafazkan di atas walaupun dalam keadaan marah, jatuhkan talak itu kepada saya?
Saya telah menyarankan kepadanya supaya berjumpa ustaz untuk mengetahui status kami kerana hanya suami saya sahaja yang tahu sejauh mana niat untuk menceraikan saya itu benar2 ada dalam dirinya. Namun dia menolak cadangan saya. Saya harap ustaz dapat menjelaskan. Terima kasih
File Upload:
Salam..

Mohon maaf lambat nak jawab...

Pada pendapat saya, lafaz yang diucapkan suami itu tidak menjatuhkan talak kerana ia ugutan dan tidak dinyatakan talak atau cerai secara terang terangan. Ia dikaitkan pula dengan KALAU yang bermaksud, ia belum terjadi...

Minta suami supaya lebih bersabar dan menjaga lidahnya daripada mudah menyebut cerai dan talak.. elakkan sebut benda tu.. tak baik, nanti jatuh terus, menyesal.. Puan pula kenalah bantu suami untuk membahagiakan rumah tangga. doa dan tawakal, tingkatkan ilmu dan amal... solat berjemaah.. cuba usahakan.. tk

Visitor IP: 171.207.158.16, 108.162.225.133

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA