Sunday, May 10, 2015

Soalan: ADAKAH JATUK TALAK

Nama*:NUR
Tajuk*:ADAKAH JATUK TALAK
Message*:ASSLAMUALAIKUM USTAD

PADA PAGI 3/5/2015...SAYA DAN SUAMI SAYA BERTENGKAR GADUH SAMPAI SUAMI SAYA MENGGUNAKAN KATA KASAR....DAN MASA ITU SAYA DALAM AMAT TERTEKAN DAN MEMBERI TAHU SUAMI SAYA...KALU HANG TAK SUKA KAT AKU CERAI JE...TAPI SAYA PUN TAKDAK NIAT...TERUS KELUAR DARI MULUT SUAMI SAYA TANPA FIKIR TERUS BAGI TAU AKU CERAI KAN HANG...AMBIK HANG NAK SANGAT CERAI KAN...TIBA SAYA TERKEJUT DENGAN AYAT SUAMI SAYA...SELEPAS TU SUAMI SAYA TERUS PERGI KERJA...DAN SAYA KEMUDIAN ITU BAWA ANAK SAYA PERGI RUMAH KAK SAYA...DAN SUAMI SAYA BAGI TAU DIA TAK DAK NIAT NAK LAFAZ PUN...SEBABKAM MULUT SAYA YANG BIADAP,SETIAP KALI SUKA TANYA CERAI JE...DAN ARI ITU DIA TAK TAHAN DENGAN MULUT SAYA...DIA BAGI TAU MACAMM ITU...ESOKKAN HARI NYA SUAMI SAYA AJAK BAWA PULANG KERUMAHNYA SAYA DAN SUAMI SAYA BERBAIK SEMULA...DAN KAMI ADA BERSETUBUH...TANDA RUJUK

SILA JELAS KAN
File Upload:
Salam

Telah jatuh talak satu dengan lafaz cerai yang jelas dan terang.

Berlaku pula rujuk dan sahlah rujuk berkenaan.

Perlu diingat, telah jatuh talak satu...

tk

Visitor IP: 203.106.152.78, 108.162.225.55

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA