Soalan: gangguan
Nama*: | Omar |
Tajuk*: | gangguan |
Message*: | sy bergaduh dgn isteri, utk tenangkan hati sy buatlah solat sunat mintak pertolongan tuhan..ketika solat macam2 lintasan datang..sy bc ayat semasa solat x kuat so jadi x dengar apa yg disebut..selesai je solat fikiran asyik tefikir adakah yg terlintas aku sebut semasa solat..tp apabila difikir balik,mulut bergerak baca ayat quran cuma kurang pasti betul ke ayat quran sy sebut atau lintasan..kalau ragu2 mcm ni di kira mcm mana ustaz??semasa sy cuba melawan tp kadang2 susah.. |
File Upload: | |
salam
Gangguan itu datangnya daripada syaitan dan iblis. Berhentilah melayan lintasan seperti itu.. Kuatkan semangat dan yakinlah dengan apa yang dibaca, disebut.. usah terpedaya dengan mainan syaitan.. lagi dilayan lagi banyak gangguan yang datang... hentikan segera...
Banyakkan zikir dan istighfar.. bacaan quran dll
tk
Visitor IP: 115.134.114.78, 108.162.225.193
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.