Tuesday, May 12, 2015

Soalan: Masalah lintasan hati dan kinayah

Nama*:Mie
Tajuk*:Masalah lintasan hati dan kinayah
Message*:Salam ustaz,

Saya ade masalah lintasan hati atau bercakap-cakap dlm hati tanpa dapat di kawal yang agak kronik terutamanya isu akidah dan munakahat...Benda nie tiba-tiba mula berlaku sejak setahun lebih yang lalu...Lintasan hati datang tak kira masa dan keadaan (tidak semena-mena)...Kebiasaannya dalam keadaan sedar, saya akan menidakkan lintasan tersebut dalam hati.

Satu pagi (hari cuti) saya berniat untuk bantu kemas rumah...So pagi-pagi sy mandikan anak saya...Waktu tgh pakaikan baju anak, tetiba terlintas kinayah.

Disebabkan anak saya nie mengelinjang, keadaan jadi mcm serabut sikit dan saya mungkin tak sempat dan tak terfikir untuk menidakkan lintasan tersebut.

Mungkin dalam 2-3 saat selepas lintasan, saya terus cakap kat anak saya ;

"Papa nak kemas"

1) Adakah ayat tersebut boleh dikaitkan dengan kinayah?

2) Apakah hukum jika saya tak sempat menidakkan ape yang terlintas di hati?

3) Bagaimana cara terbaik untuk menghapuskan masalah lintasan hati yang jahat yea ustaz? Saya dah buat tak layan, perbanyakkan zikir, baca Quran,bangun mlm, jage solat dan banyak berdoa...Memang ade kesannya, cuma masih banyak lagi lintasan...Kadang-kadang bangun tersedar dari tidur aje, terus terlintas macam2.

Itu yang membuatkan saya risau sebab isu akidah dan munakahat bukan boleh buat main-main...Tambahan pulak bila berlaku lintasan, saya jadi was-was apekah itu niat atau lintasan dan macam-macam lagi...Ini menyebabkan saya tak dapat fokus buat kerja, drive kereta, solat dan aktiviti-aktiviti harian yang lain.

Harap boleh dapat pandangan dan nasihat ustaz.

Terima kasih
File Upload:

Salam

Gangguan was-was adalah mainan syaitan yang mahu menyesatkan manusia. Anda perlu banyakkan istighfar dan banyakkan zikir serta bacaan Quran. Belajarlah ilm berkaitan fiqh dan akidah bg menambahkan keyakinan ttg apa yang perlu diikuti. dengan ilmu kita dapat menghalang timbulnya keraguan dan was-was.

Usah dilayan dengan lintasan itu, biarkan dia berlalu dan teguhkan keyakinan dng ilmu yang ada.

soalan di atas tiada kaitan dengan kinayah atau apa-apa hukum.

Binalah keyakinan diri..

tk

Visitor IP: 60.48.75.17, 108.162.208.220

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA