Nama*: | Achmad |
Tajuk*: | Apakah status kami? Dan apa yg perlu saya buat? |
Message*: | Assalamualaikum ustaz. Saya ada persoalan. Saya sudah berumahtangga selama 4 tahun. Dan dikurniakan seorang cahaya mata. Saya bertengkar besar dgn isteri melalui 'whatsapp' kerana tak mahu bergaduh dihadapan anak. Oleh kerana isteri saya terlalu marah, dia menyuarakan rasa hendak ludah muka saya kerana benci tengok muka saya. Oleh kerana terasa tercabar, saya reply, 'Kau ludah muka aku, baru aku lepaskan kau'. Kemudian pergaduhan jadi reda. Tetapi keesokkan harinya, kami bertengkar lagi. Kemudian isteri saya meludah ke arah saya. Dan dia mempertahankan bahawa kami sudah jatuh talak. Persolannya, benarkah kami sudah betul2 putus ikatan? Dan bagaimana utk saya menyelesaikan. Kerana saya masih sayangkan dia. Dan masih menganggap dia sebagai isteri saya. Oleh kerana kami berasa ragu2, kami mengambil keputusan untuk tinggal berasingan. Dengan niat supaya masing2 reda & berdamai. Tetapi dua-tiga hari kemudian, saya ada memohon maaf & menyuarakan niat utk rujuk. (jika betul kami telah jatuh talak). Tetapi isteri saya menolak. (mungkin dia masih marah). Jadi dalam kes saya ini, apa yg perlu saya buat. Saya masih sayangkan dia. Perlukah saya sekadar lafaz rujuk ataupun perlu bernikah semula? Sekian, assalamualaikum. |
File Upload: |
Merujuk kepada kes; pernyataan 'baru aku lepaskan kau' ia tidak akan terus menjatuhkan talak. Ia adalah lafaz taklik tetapi taklik ini tidak terus menjatuhkan talak kerana ada perkataan BARU yang membawa maksud (atas kefahaman saya) baharulah saya boleh ceraikan awak.
Pada pendapat saya, ia tidak jatuh talak lagi walaupun setelah diludah.
Oleh itu, tidaklah perlu dirujuk atau dinikahkan semula.
(Untuk makluman, rujuk adalah kuasa mutlak suami, jika suami mengajak utk rujuk, maka sahlah rujuk itu walaupun tanpa persetujuan isteri)
tk
Visitor IP: 219.92.194.16, 108.162.225.132
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.