Tuesday, May 26, 2015

Soalan: masalah dalaman

Nama*:yuni
Tajuk*:masalah dalaman
Message*:salam ustaz, adakah terjatuh talak jika suami kata 'AKU NAK CERAI KAU' ?? adakah sama maksud dengan 'AKU AKAN CERAI KAU' ?? setahu saya jikalau ada perkataan "AKAN" tidak terjatuh talak..tapi suami cakap "NAK" bukan "KALAU" ..
yang sebenarnya saya serabut dengan perangai suami saya yg terlalu was2 dan selalu tanya adakah dia ada lafaz apa2 ke tak. Boleh kata tiap2 hari tanya. Suami saya suka bercakap dalam hati dan kadang2 ragu2 adakah dalam hati ke lafaz..walaupun sedang tgk TV pon kadang2 dia tanya ada tak dia sebut apa2..saya tahu dia selalu fikir dan layan dorongan syaitan.Kesian tgk dia tapi saya dah letih bg nasihat jgn layan was2 dan ragu2 ..
File Upload:
Salam

JIka masih disebut AKAN atau NAK, ia tidak jatuh talak lagi..

Bantulah suami untuk mengatasi masalah was-was itu. Dia kena belajar agama dan tahu hukum hakam utk lebih yakin dengan ilmu dan tingkah lakunya..

tk

Visitor IP: 210.186.171.149, 108.162.225.62

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA