Wednesday, May 6, 2015

Soalan: Gangguan rumahtangga

Nama*:Azri
Tajuk*:Gangguan rumahtangga
Message*:As Salam ustaz.

Saya telah berkahwin selama 3 tahun dan mempunyai 2 org anak. Sejak akhir-akhir ini saya sering berselisih faham dengan isteri tentang perkara-perkara yang remeh. Isteri saya mengadu dengan saya yang dia rase benci dan menyampah bila saya berada disampingnya, tapi rse rindu bila saya tiada disisi. Saya juga ade bertanya kepada orang tua saya untuk menyelesaikan masalah ini dan beliau cadangkan saya berjumpa dengan seorang ustaz untuk mengetahui sama ade ade gangguan dalam hubungan kami. Saya telah berjumpa dengan beberapa orang ustaz untuk berubat yang mana kesemuanya menyatakan ada perbuatan hasad dengki terhadap hubungan kami agar kami bercerai sehinggakan isteri saya selalu merasa sakit2 badan dan terdapat tanda2 lebam pada anggota tubuhnya. Setelah berubat hubungan kami pulih hanya seketika dan kejadian yang sama berulang lagi dan bila saya berjumpa lagi dengan ustaz2 tersebut perkara yang sama dinyatakan. Hal ini menyebabkan isteri saya menyatakan untuk tinggal berasingan bersama dengan keluarganya.

Pada pendapat ustaz adakah bercerai jalan yang terbaik bagi kami.
File Upload:
Salam

Sabar adalah jalan terbaik, berusaha dengan gigih dan tawakal kpd Allah. Usah dijadikan perceraian sebagai satu jalan penyelesaian.. Bina kekuatan dalaman pada suami dan isteri, ia boleh membantu melawan gangguan mendatang. Banyakkan zikir dan al-quran... banyakkan amalan sebagai kekuatan kita.

tk

Visitor IP: 183.171.166.57, 108.162.225.116

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA