Wednesday, May 6, 2015

Soalan: Masalah nafkah batin

Nama*:sn
Tajuk*:Masalah nafkah batin
Message*:Assalam Ust,

Sy baru berkahwin sebulan 1 minggu. masalah yg sy hadapi adalah suami yang gagal mencapai ereksi. dan kami tidak mencapai kenikmatan yg sebenar pun dlm hubungan kelamin. perkara ini sudah berlarutan shgga sekarang. pada minggu kedua berkahwin, kami telah merujuk perkara ini dgn Dr. pakar sakit tuan, dan beliau telah memberikan ubat kpd suami..namun sehingga sekarang, ubat tersebut mcm tak memberi kesan...

saya sering menasihati suami utk mencari ikhtiar. tapi, disebabkan kekangan lain seperti melengkapkan keperluan rumah sewa (kerana kami baru nak mulakan hidup), mencari duit lebih, suami sering lupa untuk mencari penyelesaian terhdap perkara ini. semakin hari sy semakin stress kerana org sekeliling kerap mengusik sy 'dah ada isi ke' sedangkan sy tahu masalah kami yg sy belum mengandung. dr hari ke hari sy makan hati sehingga pagi ni sy bergaduh dgn suami setelah 2 hari sy bermasam muka..sy terluka bila suami tidak mencari ikhtiar..hanya beri alasan..tunggu ubat habis la, tunggu minggu dpn nak g klinik la, sbb nak kena ambil cuti la...sehingga sy terluah 'menyesal kahwin mcm ni'. tlg sy ust.
File Upload:
Salam

Ya Allah.. bawalah bersabar puan... Baharu sahaja sebulan berkahwin pun dah tak sabar.. Ujian ni kan... sabarlah dulu..

Lelaki tak semuanya tahu nak kawal emosi dan nak kawal ereksinya. Bagi yang dah biasa tu, dia tahulah macam mana nak kawal supaya lambat pancut, dan boleh memuaskan suami isteri, tapi bagi yang baru kahwin, sedikit terusik terus klimak... So usah dirisau sangat soal tu. Jangan terburu-buru sangat.

Ubat itu satu hal lain, ia sekadar membantu tetapi yang lebih utama ialah kemahiran suami mengawal klimaksnya.. bantulah suami untuk memahamkan bagaimana nak kawal klimak...

tk

Visitor IP: 202.185.32.3, 108.162.225.14

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA