Wednesday, May 6, 2015

Soalan: Ingin kepastian tentang lafaz taklik

Nama*:Noraini
Tajuk*:Ingin kepastian tentang lafaz taklik
Message*:Assalam ustaz, saya mahu bertanya tentang lafaz taklik yang dilafazkan suami tetapi syarat yang dikenakan adalah kepada dirinya sendiri. Ini kerana perkahwinan kami sudah bermasalah daripada awal kerana suami tidak bekerja tetap dan tidak mampu memberi nafkah kepada saya. Pada ketika itu, saya seorang sahaja yang bekerja dan menanggung pelbagai hutang sehinggakan gaji sebulan pun belum cukup untuk membayar hutang setiap bulan.

Masalah kewangan saya semakin teruk bila suami kerap mengambil wang tanpa izin dan menghabiskan wang yang saya simpan untuk membayar komitmen kami setiap bulan seperti sewa rumah, kereta, dsb. Suatu hari suami telah mengguna habis duit yang saya peruntukkan untuk bayar sewa rumah. Saya sangat tertekan kerana saya tiada cara lain untuk dapatkan wang bayar sewa lagi sebab memang tiada lagi sesiapa yang dapat bantu. Ini juga bukan kali pertama dia berbuat demikian dan saya sangat sensitif berkaitan duit sewa kerana kami pernah dihalau keluar daripada rumah sewa sebelum ini kerana gagal bayar sewa.

Jadi, kami bergaduh besar kerana hal itu sebab saya sudah tidak dapat bersabar lagi dan saya pernah berkata inginkan dia ceraikan saya. Suami berkali-kali kata dia menyesal, mengaku salah dan minta maaf. Selepas tu, dia sendiri berjanji kepada saya, jika selepas kejadian itu, dia masih mengulangi perbuatannya (menghabiskan wang yang diperuntukkan untuk membayar komitmen bulanan tanpa kebenaran saya), maka akan jatuh talak kepada saya. Saya tidak pasti samada dia benar2 berniat ingin ceraikan saya atau tidak kerana suami yang saya kenali, adalah seorang yang bermulut ringan (suka cakap lepas tanpa fikir panjang) dan memang suka berjanji (kosong). Semasa dia berjanji tu pun, dia dalam keadaan menangis kerana saya benar2 marah pada dia. Jadi saya tidak dapat pastikan samada dia benar2 berniat cerai atau sekadar mahu sedapkan hati saya yang sedang marah. Beberapa minggu selepas itu, saya dapati suami tetap mengulangi perbuatan yang sama. Dia habiskan wang yang saya peruntukkan untuk bayar komitmen bulanan kami tanpa pengetahuan saya.

Jadi soalan saya, adalah talak telah jatuh kepada saya kerana suami telah melanggar janjinya sendiri? Bagaimana kalau suami katakan ketika dia melafazkan janji tersebut, dia bukan berniat untuk menceraikan saya tetapi sekadar mahu sedapkan hati saya? Adakah talak tetap jatuh? Dalam kes kami, suami yang kerap berjanji dan dia sendiri yang selalu langgar janji tersebut.
File Upload:
Salam

Begnilah puan, bawa berbincang dengan suami. Pastikan apakah sebenarnya yang dia lafazkan taklik itu, adakah dia bermaksud taklik talak setelah dia mengambil wang untuk bayar sewa tanpa izin, atau dia ambil dengan izin atau bagaimana.. Sebab yang melafazkan taklik itu sahaja yang terlebih faham.

Jika benar dia sebut dengan jelas seperti; 'aku ambil wang engkau, jatuhlah talak satu' maka ia sahlah akan menjatuhkan talak, tetapi jika lafaznya tidak tegas atau berkabur, ia bergantung kepada maksud dan niat si suami.

tk

Visitor IP: 203.176.151.250, 108.162.225.161

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA