Soalan: Yakin tidak lafaz dan tidak terlafaz
Nama*: | Insan |
Tajuk*: | Yakin tidak lafaz dan tidak terlafaz |
Message*: | Salam Ustaz....
Saya yakin tidak lafaz dan tidak terlafaz....
Begini Ustaz...saya pernah pergi ke pejabat agama...Saya berjumpa dengan pegawai disana kemudian saya beritahu pada dia..."Ketika bangun dari tidur dalam keadaan mamai saya ada macam terlafaz kemudian saya sambung tidur semula.Apabila saya bangun semula untuk mandi...saya jadi was was".Saya bertanya pada pegawai tersebut "Jatuh ke Tidak?" Pegawai itu menjawab tidak jatuh kerana separuh sedar atau keadaan mamai.Saya beritahu pada dia "Tapi Cik, Saya yakin saya tidak lafaz". Pegawai itu menegur saya "Awak yakin tidak lafaz...takda apalah"....Saya cakap pada dia yang saya was was....Ustaz....Saya yakin tak lafaz dan yakin tak terlafaz....Yakin berkata dalam hati dan lintasan hati....Itu disebabkan gangguan was was yang datang dalam diri saya...
Situasi diatas jatuh atau tidak Ustaz? |
Salam
Tinggalkan was-was kerana ia penyakit yang menyusahkan hidup anda.
Ia tidak dikira lafaz dan tiada terjadinya talak pada kes ini.
tk
Visitor IP: 143.192.98.130
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.