Soalan: Mahu Tahu
Nama*: | Insan Kerdil |
Tajuk*: | Mahu Tahu |
Message*: | Salam Ustaz....
Saya tidak lafaz dan saya benar2 yakin tidak lafaz...
Begini Ustaz....Setahun lebih yang lalu...ketika saya bangun dari tidur dalam keadaan mamai atau kurang sedar...saya ada berkata2 dalam hati kemudian saya sambung tidur semula...Apabila saya bangun semula untuk mandi...saya jadi was was....samada saya ada terlafaz atau berkata2 dalam hati....Saya memang yakin tidak lafaz Ustaz namun was was itu datang secara tiba2.
Minta tolong Ustaz jelaskan......samada jatuh atau tidak?
Terima Kasih |
File Upload: | |
Salam
Tidak melafazkan talak, bererti tiadalah talak terjadi..
Masalah saudara ialah keraguan dan waswas.. rawatilah penyakit ini dengan segera..
belajarlah fiqh islami agar tahu dan pasti dengan hukum hakam.
tk
Visitor IP: 175.143.100.137
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.