Nama*: | Danial |
Tajuk*: | Jatuh talak jika bekerja hari lain? |
Message*: | Salam ustaz, Saya dan isteri ada berbalah bila mana dia ada buat perkara2 yang saya melarang. Kami belom lagi duduk bersama kerana kami belum mendapat rumah dan jarak kami sgt jauh. Kami hanya berhubung melalui whatsapp sahaja. Pada beberapa hari lepas, saya dan isteri telah bergaduh yang sangat besar dan tanpa berfikir panjang saya telah whatsapp isteri saya bergini "Ahad kau jejak opis tu. Aku letak talak aku pada hari ahad. Di mana kau jejak kaki kau kt opis tu kau dengan aku dah xde apa. Aku jatuh talak satu kalau talak kau jejak opis tu pada hari ahad. Salam." (Ini saya copy dari whatsapp maaf jika ayatnya berterabur sedikit, saya menaip dalam keadaan marah" Setelah keadaan kembali reda , saya sedar yg sayantelah berbuat silap besar. Isteri saya masih tidak jejak di opis itu. Soalan saya: Jika isteri saya bekerja pada hari lain selain hari ahad, jatuh kah talak satu itu? Kerana saya ada buat kajian di internet sedikit, cuma saya perlukan kepastian. Ayat saya di atas "jejak opis PADA hari ahad". Saya tidak tulis "MULAI hari ahad". Mohon pencerahan. |
Salam
Oleh kerana taklik itu dihadkan pada hari Ahad sahaja, maka hanya pada Ahad sahaja hukum itu terjadi. Oleh kerana isteri saudara tidak bekerja pada hari Ahad, bererti tiadalah terjadinya talak taklik.
Pada hari lain, ia tidak terikat lagi dengan taklik talak berkenaan.
tk
Visitor IP: 183.171.185.49
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.