Saturday, October 7, 2017

Soalan: tengah urut datang lintasan

Nama*:Salmi
Tajuk*:tengah urut datang lintasan
Message*:Assalamualaikum ustaz, saya ada penyakit lintasan hati dan was-was. Lintasan hati penceraian selalu hadir, sukar nak buang lintasan ni, semalam isteri minta urut belakang dia, saya urut isteri, masa mula-mula urut tu biasa sahaja, kemudian masa tengah urut tu, bentuk urutan tu macam buat tulisan/abjad S, pada masa tu jugak datang lintasan penceraian mengatakan saya tulis cerai, saya jadi was-was samada tu lintasan hati yang datang melintas atau niat. Boleh jatuh ke talak ustaz dalam situasi begitu? Urutan bentuk S tu saya buat begitu sebab urut dari bahagian bawah lepastu naik ke atas, lagi satu sebab saya buat tu maybe nak pelbagaikan bentuk urutan, saya jadi keliru datang lintasan dahulu baru saya buat bentuk S tu atau dikala saya tengah urut buat bentuk S datang lintasan hati, walhal saya tak tulis apa-apa perkataan atau ayat cerai/talak pun, saya hanya urut belakang isteri guna minyak. Saya jadi pening memikirkan kenapalah boleh berlaku begitu, padahal saya urut je isteri. Terima kasih ustaz.
File Upload:
Salam

Ubati dan rawat lah segera penyakit anda. Usah dilayan penyakit ini..

Cerai hanya akan terjadi dengan lafaz yang jelas




Visitor IP: 118.100.133.94

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA