Sunday, October 8, 2017

Soalan: ragu ragu

Nama*:m.kadir
Tajuk*:ragu ragu
Message*:asalamualaikum ustaz,
harap ustaz boleh bantu saya menyelesaikan masalah saya.
pada 1hb oktober saya terlintas perkataan cerai di kepala. perkataan tu sharih. saya anggap dalam hati je sebab saya tak pasti lafaz lidah atau dalam hati.
sejak daripada tu saya asyik teringatkan kejadian tu sehingga saya seolah olah cakap berulang ulang semata mata nak tahu saya ni cakap dalam hati ataupun lafaz lidah. kelmarin saya ada lafaz guna lidah tetapi ayat tak penuh sebab saya masih waras. itu pun sebab saya macam ada desakan dalam diri nak tahu apa yang berlaku sebenarnya pada 1hb tu. bila bangun pagi saya berdoa agar allah tidak ambil hukum sekiranya lafaz tu jelas sebab saya memang tak pasti. jadi untuk elak was was saya stop kan terus. tak mahu ingat lagi. saya harap dengan doa saya dapat diberi keampunan dan kelapangan fikiran.

cumanya saya nak tanya ustaz, kalaulah saya ada lafaz perkataan yg saya keliru tu dengan lidah ketika leka, mengelamun dan keliru adakah ia dikira talak ataupun hanya pengulangan mengingat kejadian sahaja. sebab saya tiada niat langsung nak berpisah. harap ustaz dapat menyelesaikan kekeliruan saya.
ws
File Upload:
Salam

Lafaz talak hendaklah disebut dengan jelas dan terang, tuntas didengar oleh diri sendiri.. Jika diri sendiri tidak pasti ia terlafaz atau tidak, maka tidaklah dikira terjadinya talak.

rawati penyakit was-was anda. Ia menganggu hidup seharian. Belajarlah agama - bab fiqh- agar lebih tahu hukum hakam agama, lalu mudah untuk membuat keputusan.

tk

Visitor IP: 124.13.172.53

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA