Wednesday, October 11, 2017

Soalan: lafaz cerai

Nama*:Amany
Tajuk*:lafaz cerai
Message*:Assalammualaikum!

saya dan isteri telah bercerai sebanyak 2 kali dan telah merujuk kembali. dan terjadi nye lagi sekali lafaz cerai yang ketiga

1.Cerai yang pertama lafaz yang sarih.
2.Cerai yang kedua "kalau kau tak ikut aku balik, aku ceraikan kau"
isteri menjawab taknak. saya amat marah berjalan kaki dari bukit katil melaka sehingga ke seremban. dan menaiki bas terus ke kuala lumpur(rumah). Semasa pengesahan di mahkamah. hakim terus tanya ada rujuk, dan terus mengesahka penceraian dan rujuk terbabit. tanpa menanyakan apa yang terjadi dan ha-hal yang lain.
3. Pada ogos lalu, saya dalam keadaan tidak tidur hampir 36jam, mengantuk yang amat sangat, disulam perasasan marah disebabkan merasakan diri solah-olah diaibkan oleh isteri. terjadinya pertelingkahan. isteri menyatakan saya melafaz kan " aku ceraikan kau" sejujurnya saya tak ingat lafaz ini. kemudian isteri ada menyatakan dan telah memfailkan di MAHKAMAH lafaz " nama isteri, akuceraikan kau dengan talak 3" seyakin saya lafaz ini disertakan dengan ayat " sekarang kau nak ape? (nama isteri) aku ceraikan kau dengan talak 3 kalau kau nak??" (lafaz ini terkeluar ketika mengantuk dan marah yang amat sangat sehingga membaling sesuatu mengenai anak tanpa mempedulikan anak)selepas dari hari itu, isteri menyatakan dia tidak mendengar lafaz saya pada hari itu dan mengarahkan saya pulang. dan terjadi lagi sekali lafaz sarih " nama isteri, aku ceraikan kau dengan talak 3" Di dalam applikasi whatsapp. selama 15 hari pertelingkahan ini berlaku di dalam whatsapps. isteri ada menyatakan yang saya telah meyakinkan dia bahawa bahawa saya mmg telah menceraikan dia. dan telah mngeluarkan kata-kata cerai contoh (aku dah lepaskan kau, kita dah abis, dan mcm lagi) menyebabkan dia mengambil keputusan memfailkan lafaz secara lisan. sejujurnya, apa sahaja lafaz atau kata-kata dalam whatsapp saya tidak ingati. demi allah. kecuali lafaz yang pertama di whatsapp.

Soalan
1. adakah boleh sah penceraian kedua?
2. adakah lafaz lisan saya sah??
3. adakah lafaz whatsapp sarih memerlukan niat.?
4. Isteri amat yakin lafaz semua adah sarih. walaupun sayang sgt2 tapi takutkan agama, apakah kemungkinan akan terjadi dari kes ketiga?

saya mohon jasa ustas boleh menjawab soalan saya ini untuk dijadikan kekuatan. hakikatnya kami tersilap dan amat menyesal setiap perbuatan. penyesalan yang akan berpanjangan.

terima kasih
hazalias@iumw.edu.my
File Upload:
Salam

Dengan lafaz cerai yang disebut, saya berpendapat lafaz ke tiga itu adalah sah. Yakni telah terjadinya talak tiga, ia diikuti dengan sms yang ditulis atau dirakamkan oleh isteri mengesahkan terjadinya talak tiga.

Namun untuk lebih jelas dan sahih, perkara ini perlu dibawa ke mahkamah syariah bagi mendapatkan pengesahan yang benar.

Saya hanya mengetahui apa yang tercatat, dan tidak mendapat info daripada pihak isteri tuan..

tk
Visitor IP: 113.210.12.195

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA