Nama*: | Ahluljannah |
Tajuk*: | Jatuhlah talak? |
Message*: | Assalamualaikum, Saya pernah bercerai sblm ni berikutan suami gemar menonton video lucah dan 'sexting' dengan wanita lain...dan telah menikah semula... Beberapa bulan yg lepas saya menjumpai video lucah lagi dlm laptopnya...Dia menafikan dan mengatakan itu kerja virus...saya paksa dia kata 'kalau abang memang buat benda tu (tonton video tu) akan jatuh talak' dan dia melafazkan kata2 yg saya suruh itu... Jika sebenarnya dia tonton dan hanya menipu saya, adakah jatuh talak walapun dia terpaksa ikut kata2 saya? Dan dlm hatinya tak mahu ceraikan saya melainkan hanya utk menipu sahaja... Kalau sudah jatuh, bgmn keadaan sy yg sudah berbulan2 tinggal bersama? |
Salam
Taklik adalah lafaz yang dibuat oleh suami atas kerelaannya sendiri dan atas pilihannya sendiri. Tetapi jika ia adalah paksaan isteri dan suami sekadar mengikut tanpa kemahuannya ia tidaklah terjadi taklik.
Dalam kes ini, saya kira taklik itu tidak sah kerana suami tidak bersedia meninggalkan perbuatan jijiknya itu..
Seperkara lagi, isteri tidaklah perlu mendesak suami untuk membuat lafaz taklik pada perkara yang boleh terjadi seperti kes di atas... ia akhirnya menyusahkan diri sendiri.
tk
Visitor IP: 183.171.72.211
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.