Monday, October 30, 2017

Soalan: Najis air kencing kucing

Nama*:Safinaz
Tajuk*:Najis air kencing kucing
Message*:Assalamualaikum ustaz...
Saya dah rasa penat & letih membersihkan kencing kucing di luar rumah.
Kucing kencing dlm kasut,dekat rak kasut dan merata rata...
Tadi pagi rak kasut saya bau air kencing kucing...bawah rak tu ada kasut suami saya...suami dah pakai kasut tu kemudian masuk dlm rumah tanpa mencuci kaki...
Rak kasut yg kena kencing kucing tu saya basuh..

Saya dah mop lantai semalam,satu rumah saya mop...tp baru perasan yg suami masuk rumah xcuci kaki..
Suami pijak lantai,pijak cadar tilam..pijak karpet..
Saya letih ustaz membasuh (lap lantai)...
Takkan saya nak kena basuh karpet,basuh cadar tilam yg suami pijak...
Allah penatnya ustaz,,saya suri rumah..
Kerja xpernah habis..

Mohon pandangan ustaz, perlukah saya cuci semua tu...
Atau saya perlu cuci tempat yg kucing kencing je (dekat kasut dan rak)?
Apa pandangan Islam mengenai isu ni...
Letihnya sbb saya menganggap semua tempat yg suami pijak tu dah terkena najis akibat dari kasut yg kena najis tu..

Bantu saya ustaz...saya letih sgt hari² mop lap lantai walaupun saya x nampak ain najis tu

Salam

Isalm tidak memberatkan kita. CUci pada najis yang zahir sahaja. jika ada bau, buang baunya, jika ada kesan najis, bersihkan pada najis itu sahaja. tidaklah perlu mop dan bersihkan semua tempat satu rumah.. kasihan kat kita..
tk

Visitor IP: 1.9.102.221

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA