Soalan: Mohon bantuan
Nama*: | Irna |
Tajuk*: | Mohon bantuan |
Message*: | Assalamualaikum,
Ustaz, baru-baru ini saya ada bercuti dalam malaysia.di hotel itu tandas nya agak kotor. masa saya hendak basuh tangan di sinki nye saya tengok macam tersumbat saya tekan di bahagian tengah sink itu.. saya ternampak mcm ada sisa makanan kuar , saya tak pasti apakah itu. sebab sink bertakung air jd jari saya terkena air itu. selepas itu saya basuh tangan saya dengan air paip, kemudian tak sedap hati saya basuh dengan sabun. apakah hukumnya ustaz? mohon bantuan.
tk |
File Upload: | IMG_3466.JPG |
Salam
Makanan dan sisa makanan itu tidaklah bernajis. Apabila air telah melalui sisa makanan, bererti ia adalah bersih dan tidak ada najis yang perlu dirisaukan. Najis itu yang dalam lubang tandas..
Basuh tangan tu OK lah.. memadai. Usah membazir air..
tk
Visitor IP: 203.62.1.80
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.