Thursday, October 19, 2017

Soalan: Tiada Niat

Nama*:Riz
Tajuk*:Tiada Niat
Message*:Salam Ustaz....

Saya yakin tak lafaz dan saya yakin tak terlafaz....

1/. Sebelum ini saya ada pernah hantar soalan pada Ustaz berbunyi begini "Ustaz saya nak bertanya Jika Si Suami terlafaz seorang diri akibat lintasan hati dan Si Suami cuba ingat semula dengan berkata semula ayat lafaz namun dia was was samada dia benar terlafaz dan berkata semula atau hanya lintasan hati dan berkata dalam hati."Soalan itu saya tidak maksudkan saya,bukan saya.Saya yakin tak lafaz,saya yakin tak terlafaz dan yakin tidak berkata lafaz / tidak berkata semula.Disebabkan gangguan was was yang menganggu diri saya,saya menghantar soalan yang terbaru kepada Ustaz berbunyi begini "Saya yakin tak lafaz dan yakin tidak terlafaz.Sebelum ini saya ada hantar soalan (soalan diatas tadi tu) pada Ustaz yang saya terlafaz seorang diri dan berkata semula ayat lafaz.Saya yakin dalam hati,lintasan hati dan berkata dalam hati.Saya tidak lafaz dan saya tidak terlafaz.Saya benar-benar yakin...Saya pegang pada Yakin pada awal - awal lagi." Soalan terbaru ini yang saya hantar pada Ustaz....saya telah maksudkan saya...sedangkan soalan sebelum ini saya maksudkan Si Suami bukan saya.Saya terus terang yang saya yakin tidak lafaz,yakin tidak terlafaz dan yakin tidak berkata lafaz....Saya Yakin Ustaz....Disebabkan gangguan was was saya hantar soalan terbaru itu....


Jatuh atau tidak Ustaz?


Terima Kasih
File Upload:
Salam

Eh lupalah.. jatuh ke tidak..

Jika tiada lafaz yang soreh, maka tiadalah terjadinya talak.

tk

Visitor IP: 118.101.146.120

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA