Soalan: sumpah illa
Nama*: | amri |
Tajuk*: | sumpah illa |
Message*: | assalammualaikum
ustaz, sahkah sumpah illa sekiranya
1. lafaz dalam hati
2. tidak melafaz nama allah atau sifat allah
sekiranya situasi sah
1. bolehkah saya bayar kafarah di pej agama
kalau situasi tak pasti pula mcmana ye ustaz. niat tiada. tp tak pasti lafaz tu keluar suara atau tak. bolehkah saya abaikan atau bayar kafarah utk sedapkan hari.
wslm |
Salam
Sumpah perlulah disebut dengan jelas agar diketahui orang yang terlibat dengan ikat janji sumpah berkenaan. Jika dalam hati itu bukanlah sumpah.
Hilangkan keraguan dengan ilmu..
tk
Visitor IP: 183.78.47.117
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.