Soalan: kitab
Nama*: | daud |
Tajuk*: | kitab |
Message*: | assalamualaikum ustaz,
saya ni ada kronik was was dalam lafaz lafaz. saya masih dlm tempoh berubat. ustaz ada ayat ayat atau amalan amalan yg boleh saya amalkan tak? sekarang ni sampai saya sakit dada dah pulak tanggung. menangis usah cakap lah. byk. saya tak langsung berniat nak berpisah. tp was was ni kerap ganggu. kalau boleh saya nak amalan, ayat dan kitab yg berkaitan was was yg boleh saya rujuk. terima kasih ustaz. |
File Upload: | |
Salam
banyaklah membaca al-Quran. kuatkan azam untuk berubah,. Binalah keyakinan diri sendiri usah terpengaruh dengan lintasan yang sentiasa datang untuk menganggu anda. Bacalah buku agama esp bab fiqh bagi bina keyakinan berdasarkan ilmu yang benar.
tk
Visitor IP: 60.48.84.3
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.