Sunday, October 15, 2017

Soalan: soalan nak ceraikan isteri

Nama*:azly
Tajuk*:soalan nak ceraikan isteri
Message*:saya ada satu soalan. nak dijadikan cerita dulu saya selalu gaduh dengan isteri saya. kadang-kadang isteri mintak cakap baik tak payah kahwin kalau macam nie...tapi saya diamkan jer...saya juga ada masalah was-was dan bisikan-bisikan halus dalam hati, selalunya bisikan-bisikan halus nie berkaitan perkataan yang mensyirikkan Allah. baru2 nie bisikan-bisikan halus tersebut suruh saya menceraikan isteri saya. tapi saya cuba buat tak endah. satu hari tue bisikan-bisikan halus dalam hati saya bertanya adakh saya nak ceraikan isteri saya. bisikan halus tersebut lebih kurang begini bunyinya "ngko nak ceraikan dia ke? dalam dengar atau tidak tiba-tiba bibir saya jawab solan tue dengan lafaz "cerai" bagi menjawab bisikan soalan tersebut....saya rasa was-was samada saya ada terlafaz perkataan cerai bagi menjawab bisipkan hati tersebut. sebab saya rasa macam x sebut tapi kadang ada pula bisikan bgtau sy dah terlafaz. bagi menghilangkan keraguan tersebut saya telah melafazkan rujuk semula dengan isteri saya

Soalan saya adakah telah jatuh talak terhadap isteri saya. saya amat risau sekarang berkenaan status hubungan saya dengan isteri. harap ustaz dapat berikan jawapan segera terhadap masalah saya ini
File Upload:
Salam


Jika anda sendiri masih was-was, ragu-ragu bagaimana mahu terjadinya talak? Talak terjadi dengan lafaz yang jelas dan terang, disertai niat yang benar untuk menceraikan isteri.

Elakkan keraguan dan was was..

tk

Visitor IP: 161.139.222.135

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA