Tuesday, October 31, 2017

Soalan: Lafaz Cerai

Nama*:Zamir Hamzah
Tajuk*:Lafaz Cerai
Message*:Salam Ustaz Nawawi,

Saya ada bertengkar dengan isteri sehingga dalam keadaan yang amat marah, saya ada berkata, "Kalau macam ni, jom la kita bercerai. Esok kita ke pejabat Agama". Soalan saya, adakah jatuh talak ke atas isteri saya? Saya menyesal dengan tindakan saya dan saya tidak berniat untuk menceraikan isteri saya. Mohon pencerahan dari Ustaz. Sekian terima kasih

Salam

Lafaz seperti ini tidaklah menjatuhkan talak. Talak terjadi dengan lafaz yang jelas dan terus terang..

tk

Visitor IP: 218.208.83.88

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: kepastian

Nama*:zarazya
Tajuk*:kepastian
Message*:salam ustaz.

Mesej yang diterima isteri daripada suami melalui aplikasi Whatsapp. Mesej tersebut semuanya ayat maki hamun yang amat kasar. Salah satu ayat kerana menjurus kepada lafaz. Jadi saya inginkan kepastian adalah terjatuh talak itu.

' Aku cer jgk ko ni'

TK ustz

Salam

Aku cerai juga engkau ini... ia lebih kepada ugutan bukannya lafaz langsung yang menjatuhkan talak..

itu pendapat saya.. tk

Visitor IP: 211.24.250.130

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, October 30, 2017

Soalan: Najis air kencing kucing

Nama*:Safinaz
Tajuk*:Najis air kencing kucing
Message*:Assalamualaikum ustaz...
Saya dah rasa penat & letih membersihkan kencing kucing di luar rumah.
Kucing kencing dlm kasut,dekat rak kasut dan merata rata...
Tadi pagi rak kasut saya bau air kencing kucing...bawah rak tu ada kasut suami saya...suami dah pakai kasut tu kemudian masuk dlm rumah tanpa mencuci kaki...
Rak kasut yg kena kencing kucing tu saya basuh..

Saya dah mop lantai semalam,satu rumah saya mop...tp baru perasan yg suami masuk rumah xcuci kaki..
Suami pijak lantai,pijak cadar tilam..pijak karpet..
Saya letih ustaz membasuh (lap lantai)...
Takkan saya nak kena basuh karpet,basuh cadar tilam yg suami pijak...
Allah penatnya ustaz,,saya suri rumah..
Kerja xpernah habis..

Mohon pandangan ustaz, perlukah saya cuci semua tu...
Atau saya perlu cuci tempat yg kucing kencing je (dekat kasut dan rak)?
Apa pandangan Islam mengenai isu ni...
Letihnya sbb saya menganggap semua tempat yg suami pijak tu dah terkena najis akibat dari kasut yg kena najis tu..

Bantu saya ustaz...saya letih sgt hari² mop lap lantai walaupun saya x nampak ain najis tu

Salam

Isalm tidak memberatkan kita. CUci pada najis yang zahir sahaja. jika ada bau, buang baunya, jika ada kesan najis, bersihkan pada najis itu sahaja. tidaklah perlu mop dan bersihkan semua tempat satu rumah.. kasihan kat kita..
tk

Visitor IP: 1.9.102.221

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: soalan

Nama*:yazid
Tajuk*:soalan
Message*:salam ustad,

apakah hukumnya jika saya berkata " ko jangan buat lagi mcmtu" kemudian saya menyebut didalam hati sahaja "kalau kau buat lagi aku c***"...apakah hukumnya disini...hanya perkataan pertama tersebut sahaja yang keluar dari mulut....jika isteri ulangi perbuatan yang dilarang...apakah hukumnya disini

Salam

Ia tidak dikira taklik. Taklik hendaklah dilafazkan dengan jelas dan diketahui oleh isteri.

tk

Visitor IP: 60.48.57.27

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, October 28, 2017

Soalan: sumpah

Nama*:sabiran
Tajuk*:sumpah
Message*:asalamualaikum

ustaz saya tak sengaja lafaz sumpah masa berseorangan.
sumpahnya hanya melibatkan diri saya bukan org lain. saya nak cakap benda lain tapi tersebut 'lillahhitaala aku...........' adakah dikira sebab tiada niat sumpah dan tiada maksud nak bersumpah.

wslm

Salam

Apakah perkara yang disumpahkan?

Jika tiada niat, tetapi ia gangguan was-was, saya kira ia tidak dikira menjatuhkan hukum oleh syarak.

Tetapi perlulah saudara ubah dan rawati penyakit ini.

tk


Visitor IP: 175.137.173.133

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: talak kinayah

Nama*:nurshuhada
Tajuk*:talak kinayah
Message*:slm ustaz,

suami saya mengalami masalah kemurungan. dia menangis disebabkan penyakitnya. dia sebut 'ya allah aku taknak semua ni' bermaksud dia nak sembuh taknak sakit berterusan. dia sebut berulang ulang kali sambil menangis.

selepas reda dia bgtau saya masa dia sebut perkataan perkataan tu tadi tiba tiba dia rasa macam ada niat kinayah nak bercerai. seolah olah dia taknak dengan perkahwinan kami. tp dia cakap dia takkan ada niat cerai. dah jadi masalah lain pula sebab dia tak pasti ada niat cerai atau tak. apakah situasi yang kami nak berpegang. sebab dia pun tak pasti ada niat atau lintasan niat. kami ambil keputusan yg berpegang kepada hanya lintasan niat sebab dia pun tak pasti. perlukah kami ke mahkamah untuk pengesahan?

terima kasih ustaz.

Salam

Usah dilayan lintasan seperti itu, jika ia datang, cepat-cepatlah nafikan.

Jika tidak dilayan, ia tidak akan menjatuhkan apa-apa hukum tetapi jika diiyakan dengan bersungguh-sungguh, maka boleh jadi akan menyebabkan terjadinya talak.


tk

Visitor IP: 175.145.209.140
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, October 27, 2017

Soalan: Jatuh talak jika bekerja hari lain?

Nama*:Danial
Tajuk*:Jatuh talak jika bekerja hari lain?
Message*:Salam ustaz,

Saya dan isteri ada berbalah bila mana dia ada buat perkara2 yang saya melarang. Kami belom lagi duduk bersama kerana kami belum mendapat rumah dan jarak kami sgt jauh. Kami hanya berhubung melalui whatsapp sahaja.

Pada beberapa hari lepas, saya dan isteri telah bergaduh yang sangat besar dan tanpa berfikir panjang saya telah whatsapp isteri saya bergini

"Ahad kau jejak opis tu. Aku letak talak aku pada hari ahad. Di mana kau jejak kaki kau kt opis tu kau dengan aku dah xde apa. Aku jatuh talak satu kalau talak kau jejak opis tu pada hari ahad. Salam."
(Ini saya copy dari whatsapp maaf jika ayatnya berterabur sedikit, saya menaip dalam keadaan marah"

Setelah keadaan kembali reda , saya sedar yg sayantelah berbuat silap besar. Isteri saya masih tidak jejak di opis itu.

Soalan saya:

Jika isteri saya bekerja pada hari lain selain hari ahad, jatuh kah talak satu itu? Kerana saya ada buat kajian di internet sedikit, cuma saya perlukan kepastian. Ayat saya di atas "jejak opis PADA hari ahad". Saya tidak tulis "MULAI hari ahad". Mohon pencerahan.

Salam

Oleh kerana taklik itu dihadkan pada hari Ahad sahaja, maka hanya pada Ahad sahaja hukum itu terjadi. Oleh kerana isteri saudara tidak bekerja pada hari Ahad, bererti tiadalah terjadinya talak taklik.

Pada hari lain, ia tidak terikat lagi dengan taklik talak berkenaan.

tk

Visitor IP: 183.171.185.49

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, October 26, 2017

Soalan: Jatuhlah talak?

Nama*:Ahluljannah
Tajuk*:Jatuhlah talak?
Message*:Assalamualaikum,
Saya pernah bercerai sblm ni berikutan suami gemar menonton video lucah dan 'sexting' dengan wanita lain...dan telah menikah semula...
Beberapa bulan yg lepas saya menjumpai video lucah lagi dlm laptopnya...Dia menafikan dan mengatakan itu kerja virus...saya paksa dia kata 'kalau abang memang buat benda tu (tonton video tu) akan jatuh talak' dan dia melafazkan kata2 yg saya suruh itu...

Jika sebenarnya dia tonton dan hanya menipu saya, adakah jatuh talak walapun dia terpaksa ikut kata2 saya? Dan dlm hatinya tak mahu ceraikan saya melainkan hanya utk menipu sahaja...

Kalau sudah jatuh, bgmn keadaan sy yg sudah berbulan2 tinggal bersama?

Salam

Taklik adalah lafaz yang dibuat oleh suami atas kerelaannya sendiri dan atas pilihannya sendiri. Tetapi jika ia adalah paksaan isteri dan suami sekadar mengikut tanpa kemahuannya ia tidaklah terjadi taklik.

Dalam kes ini, saya kira taklik itu tidak sah kerana suami tidak bersedia meninggalkan perbuatan jijiknya itu..

Seperkara lagi, isteri tidaklah perlu mendesak suami untuk membuat lafaz taklik pada perkara yang boleh terjadi seperti kes di atas... ia akhirnya menyusahkan diri sendiri.

tk


Visitor IP: 183.171.72.211

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, October 25, 2017

Soalan: Bacaan Bismillah

Nama*:Amran
Tajuk*:Bacaan Bismillah
Message*:Ustaz.. Dalam ayat bismillah adakah dibaca hir rohmaa atau hir rohman? Spa maksud Ar Rahmaa? Adakah ia juga bermaksud Maha Pengasih? Mohon pencerahan dari ustaz

Salam

ar-Rahman adalah nama Allah bermaksud Maha Pengasih.

dibacakan dengan ar-Rahmaan, kerana maa itu adalah mad asli, dua harakat.

tk


Visitor IP: 115.164.48.152

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: sumpah illa

Nama*:amri
Tajuk*:sumpah illa
Message*:assalammualaikum

ustaz, sahkah sumpah illa sekiranya
1. lafaz dalam hati
2. tidak melafaz nama allah atau sifat allah

sekiranya situasi sah
1. bolehkah saya bayar kafarah di pej agama

kalau situasi tak pasti pula mcmana ye ustaz. niat tiada. tp tak pasti lafaz tu keluar suara atau tak. bolehkah saya abaikan atau bayar kafarah utk sedapkan hari.
wslm

Salam

Sumpah perlulah disebut dengan jelas agar diketahui orang yang terlibat dengan ikat janji sumpah berkenaan. Jika dalam hati itu bukanlah sumpah.

Hilangkan keraguan dengan ilmu..

tk

Visitor IP: 183.78.47.117

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Yakin tidak lafaz dan tidak terlafaz

Nama*:Insan
Tajuk*:Yakin tidak lafaz dan tidak terlafaz
Message*:Salam Ustaz....

Saya yakin tidak lafaz dan tidak terlafaz....

Begini Ustaz...saya pernah pergi ke pejabat agama...Saya berjumpa dengan pegawai disana kemudian saya beritahu pada dia..."Ketika bangun dari tidur dalam keadaan mamai saya ada macam terlafaz kemudian saya sambung tidur semula.Apabila saya bangun semula untuk mandi...saya jadi was was".Saya bertanya pada pegawai tersebut "Jatuh ke Tidak?" Pegawai itu menjawab tidak jatuh kerana separuh sedar atau keadaan mamai.Saya beritahu pada dia "Tapi Cik, Saya yakin saya tidak lafaz". Pegawai itu menegur saya "Awak yakin tidak lafaz...takda apalah"....Saya cakap pada dia yang saya was was....Ustaz....Saya yakin tak lafaz dan yakin tak terlafaz....Yakin berkata dalam hati dan lintasan hati....Itu disebabkan gangguan was was yang datang dalam diri saya...


Situasi diatas jatuh atau tidak Ustaz?

Salam

Tinggalkan was-was kerana ia penyakit yang menyusahkan hidup anda.

Ia tidak dikira lafaz dan tiada terjadinya talak pada kes ini.

tk

Visitor IP: 143.192.98.130

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, October 24, 2017

Soalan: Status Perkahwinan

Nama*:Amir
Tajuk*:Status Perkahwinan
Message*:Salam. Adakah jatuh talak jika saya berkata begini pada isteri saya:

1. Kalau dah you tu nak jadi independent sangat tanpa suami, buat apa kahwin?

2. Lebih baik bercerai je kalau tak dapat nak ikut cakap suami apabila suami dah cakap tak suka ada lelaki bukan mahram masuk ke rumah.

3. Kalau kau nak cerai, aku lafaz cerai di depan mak kau.
Salam

1. Tidak jatuh talak

2. ia tidak terjadinya talak

3. Tidak juga terjadinya talak.

Talak perlu dilafazkan secara langsung dan jelas tanpa dikaitkan dengan situasi tertentu.

tk

Visitor IP: 113.210.124.59

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Soalan

Nama*:Am
Tajuk*:Soalan
Message*:Assalamualaikum wbt...

Saya nak bertanya....Saya pernah hantar soalan pada Ustaz sebelum ini....Dalam soalan tersebut sepatutnya saya nak taip perkataan "Berkata Semula" tetapi saya telah tertaip perkataan "Berkata Lafaz"....Ustaz..Saya yakin tidak lafaz, yakin tidak terlafaz dan yakin tidak berkata semula / tidak berkata lafaz....Saya benar - benar yakin Ustaz dan Saya tidak ada niat...Disebabkan saya tersalah taip dalam soalan tersebut,saya jadi was was....Saya pegang Yakin dari awal awal perkahwinan lagi...


Minta Ustaz tolong jelaskan....

Salam

Berpenganglah pada keyakinan dan keyakinan itu berlandaskan ilmu..

tk

Visitor IP: 175.143.100.137

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: kitab

Nama*:daud
Tajuk*:kitab
Message*:assalamualaikum ustaz,
saya ni ada kronik was was dalam lafaz lafaz. saya masih dlm tempoh berubat. ustaz ada ayat ayat atau amalan amalan yg boleh saya amalkan tak? sekarang ni sampai saya sakit dada dah pulak tanggung. menangis usah cakap lah. byk. saya tak langsung berniat nak berpisah. tp was was ni kerap ganggu. kalau boleh saya nak amalan, ayat dan kitab yg berkaitan was was yg boleh saya rujuk. terima kasih ustaz.
File Upload:
Salam

banyaklah membaca al-Quran. kuatkan azam untuk berubah,. Binalah keyakinan diri sendiri usah terpengaruh dengan lintasan yang sentiasa datang untuk menganggu anda. Bacalah buku agama esp bab fiqh bagi bina keyakinan berdasarkan ilmu yang benar.

tk

Visitor IP: 60.48.84.3

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, October 22, 2017

Soalan: masalah rumahtangga

Nama*:Nurhidayah
Tajuk*:masalah rumahtangga
Message*:assalamualaikum .saya telah bernikah hampir 8 bulan,sebelum bernikah suami mmpunyai pnyakit paranoid yg agak kritikal,setelah 2 mnggu bernikah,suami tetap ada penyakit tu dan telah menghantar whatsapp yg saya ada sertakan bersama,saya ingin tahu status hubungan kami masih halal @ jatuh talak ,dan pada masa itu saya dalam keadaan tidak suci @ haid,mohon pencerahan
File Upload:1508592534400[1].jpg
Salam

Suami perlu melafazkan atau menulis (SMS dll) dengan terang dan nyata untuk cerai. Jika masih berKALAU-KALAU, ia tidak sah talak.

tk

Visitor IP: 1.32.54.55

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, October 21, 2017

Soalan: janda

Nama*:kadir
Tajuk*:janda
Message*:asalamualaikum

ustaz, saya melihat isteri dan tiba tiba keluar perkataan 'jandaku'. saya abaikan dan menganggap hanyalah lintasan sahaja. tetapi dalam beberapa waktu kemudian saya mulai was was kemudian keluar ayat 'kau jandaku'. saya tak pasti itu berniat talak kinayah atau pun hanyalah contoh perkataan. jadi saya ambil hanyalah sebagai contoh sebab saya yakin tiada niat langsung nak melafazkan talak. apa pendapat ustaz. salahkah saya menganggap demikian mentikut hukum.

ws
File Upload:
Salam

Ia tidaklah termasuk dalam lafaz cerai..

tk


Visitor IP: 115.132.236.149

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, October 19, 2017

Soalan: Tiada Niat

Nama*:Riz
Tajuk*:Tiada Niat
Message*:Salam Ustaz....

Saya yakin tak lafaz dan saya yakin tak terlafaz....

1/. Sebelum ini saya ada pernah hantar soalan pada Ustaz berbunyi begini "Ustaz saya nak bertanya Jika Si Suami terlafaz seorang diri akibat lintasan hati dan Si Suami cuba ingat semula dengan berkata semula ayat lafaz namun dia was was samada dia benar terlafaz dan berkata semula atau hanya lintasan hati dan berkata dalam hati."Soalan itu saya tidak maksudkan saya,bukan saya.Saya yakin tak lafaz,saya yakin tak terlafaz dan yakin tidak berkata lafaz / tidak berkata semula.Disebabkan gangguan was was yang menganggu diri saya,saya menghantar soalan yang terbaru kepada Ustaz berbunyi begini "Saya yakin tak lafaz dan yakin tidak terlafaz.Sebelum ini saya ada hantar soalan (soalan diatas tadi tu) pada Ustaz yang saya terlafaz seorang diri dan berkata semula ayat lafaz.Saya yakin dalam hati,lintasan hati dan berkata dalam hati.Saya tidak lafaz dan saya tidak terlafaz.Saya benar-benar yakin...Saya pegang pada Yakin pada awal - awal lagi." Soalan terbaru ini yang saya hantar pada Ustaz....saya telah maksudkan saya...sedangkan soalan sebelum ini saya maksudkan Si Suami bukan saya.Saya terus terang yang saya yakin tidak lafaz,yakin tidak terlafaz dan yakin tidak berkata lafaz....Saya Yakin Ustaz....Disebabkan gangguan was was saya hantar soalan terbaru itu....


Jatuh atau tidak Ustaz?


Terima Kasih
File Upload:
Salam

Eh lupalah.. jatuh ke tidak..

Jika tiada lafaz yang soreh, maka tiadalah terjadinya talak.

tk

Visitor IP: 118.101.146.120

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: cerai

Nama*:saleh
Tajuk*:cerai
Message*:asalamualaikum

ustaz saya nk tanya...
saya selalu terfikir lafaz lafaz orang bercerai. selalu sangat berkata kata di dalam hati. itu sy tak risau sebab saya tahu dalam hati tak dikira tetapi yg saya risau beberapa kali juga keluar lafaz lidah tanpa niat langsung nak bercerai. contoh lafaz
* cerai
* aku cerai
* bercerai
* aku cerai kau
adakah jatuh talak sebab saya tak berniat langsung nak bercerai.

mohon ustaz beri penjelasan.
File Upload:
Salam

Jika tiada lafaz yang jelas menyebut talak, tiadalah terjadinya talak..

tk

Visitor IP: 183.78.47.137

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, October 16, 2017

Soalan: Ingin Penjelasan

Nama*:Azri
Tajuk*:Ingin Penjelasan
Message*:Salam....

Ustaz saya nak bertanya :

1/. Saya yakin lintasan hati dan saya yakin tidak lafaz dan tidak terlafaz...Begini Ustaz....Setahun lebih yang lalu...Saya bangun dari tidur...ketika itu datang lintasan hati atau bercakap dalam hati...Saya yakin tidak lafaz dan tidak terlafaz tapi was was telah menganggu saya ketika itu.Lalu saya hantar soalan kepada 2 orang Ustaz melalui khidmat pesanan ringkas menggunakan handphone.Dalam soalan itu saya berkata begini "Ustaz, Jika Si Suami bangun dari tidur dan secara tiba - tiba dia terlafaz seorang diri....Apakah hukumnya Ustaz? Jatuh atau tidak"...tetapi soalan yang saya hantar itu tidak dijawab oleh 2 orang Ustaz....Kemudian saya ingat semula...memang benar saya yakin tidak lafaz dan tidak terlafaz...yakin lintasan hati hanya dalam hati saja....Itu cumalah mainan syaitan semata - mata... Situasi diatas adakah jatuh atau tidak Ustaz?

2/. Saya pernah hantar soalan pada Ustaz sebelum ini....dalam soalan tersebut saya tertaip berkata lafaz sepatutnya saya taip ayat berkata semula....Terus terang saya katakan....saya yakin tidak lafaz dan tidak terlafaz.....Saya yakin berkata dalam hati....dan lafaz dalam hati, lintasan hati....Saya jadi was was bila saya tertaip ayat begitu dalam soalan yang dihantar kepada Ustaz. Jatuh atau tidak Ustaz?


Terima Kasih
File Upload:
Salam

Jika tiadal lafaz yang jelas tentang cerai, maka tiadalah terjadinya talak..

tk
Visitor IP: 175.143.88.178

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Adakah jatuh talak?

Nama*:boorhan
Tajuk*:Adakah jatuh talak?
Message*:Assalamualaikum ustaz

Beberapa tahun lepas, saya dan isteri bergaduh dan saya selalu melepaskan marah saya seorang diri, kerana tidak mahu apa-apa lafaz yang tak diingini terkeluar di depan nya.

Sejak dahulu lagi, saya tidak tahu bahawa talak boleh jatuh jika melafazkannya seorang diri. Saya hanya baru tahu tentang itu sejak baru-baru ini.

Terus saya teringatkan kata-kata marah saya ketika beberapa tahun lepas itu di dalam kereta (seorang diri). Oleh kerana sudah terlalu lama, hanya ini kata-kata yang saya dapat ingat:

1. "Sepatutnya dah lama aku c*raikan kau" (dalam keadaan marah, saya pun tak ingat sama ada dalam hati atau di mulut)
2. "Pergi mati lah kau" / "Baik ko mati cepat" (dalam keadaan amat marah, tapi saya tak berniat langsung utk berpisah)

Yang saya dapat ingat dan yakin sekarang:
3. Saya tidak pernah berkata talak/cerai dengan soreh, dan saya tak pernah berniat pun

Untuk no 2 dan 3, saya ada merujuk juga kepada jawapan ustaz (http://suraualmuhajirinsoaljawab.blogspot.my/2016/05/soalan-was-was-dengan-lafaz-cerai.html) dan (http://suraualmuhajirinsoaljawab.blogspot.my/2014/03/)

Soalannya, adakah jatuh talak untuk no 1 (jika keluar di mulut) dan untuk no 2?
File Upload:
Salam

Jika dipastikan tiada lafaz yang jelas dan soreh tentang talak, maka tiadalah terjadinya talak.

Jika benar tiada niat untuk cerai, maka tiadalah terjadinya talak (bagi kes pergi matilah kau"

tk

Visitor IP: 1.9.97.104

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, October 15, 2017

Soalan: Bau

Nama*:Kyxy
Tajuk*:Bau
Message*:Ustad...apakah hukum menghidu bau arak...adakah dosanya sama seperti minum arak dimana pahala tidak diterima
File Upload:
Salam

Menghidu bau arak, tidaklha haram. Allah haramkan meminumnya..

Tapi perbuatan menghidu itu kenapa ya? jika tanpa sebab ia hanyalah sia-sia

tk

Visitor IP: 49.196.151.185

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Dosa

Nama*:Kasim
Tajuk*:Dosa
Message*:Assalam.. Sy ingin tahu seorang isteri berkata dengan suami seperti ko lepaskn aku supaya aku tak buat dosa(tidak mahu ikut cakap) lagi dekat kau disebabkan suami cakap jgn tinggi suara atau melawan berdosa. Jika ianya isteri nusyuz adakah dosanya terhapus setelah diceraikan suaminya dan apakah kesan padanya.
File Upload:
Salam

Bab dosa pahala itu milik Allah, kita manusia ni, ikutlah apa yang syariat tunjukkan kepada kita.

Isteri yang derhaka, langkah pertama ialah membimbingnya ke jalan baik, beri nasihat dan bimbingan dahulu, baharulah langkah berikutnya boleh dibuat. Peranan suami lebih utama untuk membimbing isteri. Usah disalahkan isteri sahaja dalam perbalahan rumah tangga.

tk


Visitor IP: 113.210.197.232

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: soalan nak ceraikan isteri

Nama*:azly
Tajuk*:soalan nak ceraikan isteri
Message*:saya ada satu soalan. nak dijadikan cerita dulu saya selalu gaduh dengan isteri saya. kadang-kadang isteri mintak cakap baik tak payah kahwin kalau macam nie...tapi saya diamkan jer...saya juga ada masalah was-was dan bisikan-bisikan halus dalam hati, selalunya bisikan-bisikan halus nie berkaitan perkataan yang mensyirikkan Allah. baru2 nie bisikan-bisikan halus tersebut suruh saya menceraikan isteri saya. tapi saya cuba buat tak endah. satu hari tue bisikan-bisikan halus dalam hati saya bertanya adakh saya nak ceraikan isteri saya. bisikan halus tersebut lebih kurang begini bunyinya "ngko nak ceraikan dia ke? dalam dengar atau tidak tiba-tiba bibir saya jawab solan tue dengan lafaz "cerai" bagi menjawab bisikan soalan tersebut....saya rasa was-was samada saya ada terlafaz perkataan cerai bagi menjawab bisipkan hati tersebut. sebab saya rasa macam x sebut tapi kadang ada pula bisikan bgtau sy dah terlafaz. bagi menghilangkan keraguan tersebut saya telah melafazkan rujuk semula dengan isteri saya

Soalan saya adakah telah jatuh talak terhadap isteri saya. saya amat risau sekarang berkenaan status hubungan saya dengan isteri. harap ustaz dapat berikan jawapan segera terhadap masalah saya ini
File Upload:
Salam


Jika anda sendiri masih was-was, ragu-ragu bagaimana mahu terjadinya talak? Talak terjadi dengan lafaz yang jelas dan terang, disertai niat yang benar untuk menceraikan isteri.

Elakkan keraguan dan was was..

tk

Visitor IP: 161.139.222.135

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, October 12, 2017

Soalan: soalan

Nama*:yazid
Tajuk*:soalan
Message*:salam ustad,

saya ada pertanyaan,

Saya sedang berehat2 dengan isteri di ruang tamu..sambil menonton tv, isteri yang sedang baring di bahu saya..sambil saya menepuk2 bahunya...sedang saya menepuk..tiba2 terlintas dihati...jatuh ta*** sebanyak mana aku menepuk bahunya.saya terkejut lalu berhenti menepuk bahu isteri..apakah hukumnya disini ustad..saya tidak melafazkan apa2 dan lintasan itu tiba2 datang,,saya tidak ada langsut niat utk berpisah...datang gangguan secara tiba2
File Upload:
Salam

Jangan layan lintasan seperti itu. Biarkan ia berlalu, keran aia tidak memberi bekas kepada tindakan anda.

Ia tidak menjatuhkan talak..

tk

Visitor IP: 175.145.56.184

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, October 11, 2017

Soalan: lafaz cerai

Nama*:Amany
Tajuk*:lafaz cerai
Message*:Assalammualaikum!

saya dan isteri telah bercerai sebanyak 2 kali dan telah merujuk kembali. dan terjadi nye lagi sekali lafaz cerai yang ketiga

1.Cerai yang pertama lafaz yang sarih.
2.Cerai yang kedua "kalau kau tak ikut aku balik, aku ceraikan kau"
isteri menjawab taknak. saya amat marah berjalan kaki dari bukit katil melaka sehingga ke seremban. dan menaiki bas terus ke kuala lumpur(rumah). Semasa pengesahan di mahkamah. hakim terus tanya ada rujuk, dan terus mengesahka penceraian dan rujuk terbabit. tanpa menanyakan apa yang terjadi dan ha-hal yang lain.
3. Pada ogos lalu, saya dalam keadaan tidak tidur hampir 36jam, mengantuk yang amat sangat, disulam perasasan marah disebabkan merasakan diri solah-olah diaibkan oleh isteri. terjadinya pertelingkahan. isteri menyatakan saya melafaz kan " aku ceraikan kau" sejujurnya saya tak ingat lafaz ini. kemudian isteri ada menyatakan dan telah memfailkan di MAHKAMAH lafaz " nama isteri, akuceraikan kau dengan talak 3" seyakin saya lafaz ini disertakan dengan ayat " sekarang kau nak ape? (nama isteri) aku ceraikan kau dengan talak 3 kalau kau nak??" (lafaz ini terkeluar ketika mengantuk dan marah yang amat sangat sehingga membaling sesuatu mengenai anak tanpa mempedulikan anak)selepas dari hari itu, isteri menyatakan dia tidak mendengar lafaz saya pada hari itu dan mengarahkan saya pulang. dan terjadi lagi sekali lafaz sarih " nama isteri, aku ceraikan kau dengan talak 3" Di dalam applikasi whatsapp. selama 15 hari pertelingkahan ini berlaku di dalam whatsapps. isteri ada menyatakan yang saya telah meyakinkan dia bahawa bahawa saya mmg telah menceraikan dia. dan telah mngeluarkan kata-kata cerai contoh (aku dah lepaskan kau, kita dah abis, dan mcm lagi) menyebabkan dia mengambil keputusan memfailkan lafaz secara lisan. sejujurnya, apa sahaja lafaz atau kata-kata dalam whatsapp saya tidak ingati. demi allah. kecuali lafaz yang pertama di whatsapp.

Soalan
1. adakah boleh sah penceraian kedua?
2. adakah lafaz lisan saya sah??
3. adakah lafaz whatsapp sarih memerlukan niat.?
4. Isteri amat yakin lafaz semua adah sarih. walaupun sayang sgt2 tapi takutkan agama, apakah kemungkinan akan terjadi dari kes ketiga?

saya mohon jasa ustas boleh menjawab soalan saya ini untuk dijadikan kekuatan. hakikatnya kami tersilap dan amat menyesal setiap perbuatan. penyesalan yang akan berpanjangan.

terima kasih
hazalias@iumw.edu.my
File Upload:
Salam

Dengan lafaz cerai yang disebut, saya berpendapat lafaz ke tiga itu adalah sah. Yakni telah terjadinya talak tiga, ia diikuti dengan sms yang ditulis atau dirakamkan oleh isteri mengesahkan terjadinya talak tiga.

Namun untuk lebih jelas dan sahih, perkara ini perlu dibawa ke mahkamah syariah bagi mendapatkan pengesahan yang benar.

Saya hanya mengetahui apa yang tercatat, dan tidak mendapat info daripada pihak isteri tuan..

tk
Visitor IP: 113.210.12.195

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: bertanya

Nama*:kariman
Tajuk*:bertanya
Message*:slm ustaz,
1. masa bersembang, ipar saya ada cakap 'ko ada jumpa bekas isteri aku ke?'
sebenarnya mereka tak bercerai pun. bolehkah berlaku talak?
2. dia pernah bgtau kat sy 'nak bercerai lah'. jatuh tak talak atas dua dua situasi ini.

wslm
File Upload:

Salam

1. Tidak terjadi talak...

2. tidak terjadi talak juga..

Talak perlukan lafaz yang jelas dan tegas...

di sini lebih kepada satu pernyataan bukannya penegasan..

tk


Visitor IP: 183.78.47.224

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, October 9, 2017

Soalan: Was was

Nama*:W.ati
Tajuk*:Was was
Message*:Assalamualaikum ustaz..
Saya tidur malam mmg akan guna pad pada kemaluan..
Bila bangun pagi utk solat subuh, saya akan akan ke tandas dan saya akan rasa(pegang) kemaluan dgn jari utk memastikan tiada air kencing / tidak basah..
Saya yakin tiada air kencing .
Bila saya sedang rasa dgn jari,tiba2 jari saya basah...saya yakin yg keluar tu air kencing akibat saya sentuh kemaluan.

Jadi disini bermaksud pakaian saya dan cadar tilam mmg saya pasti dan yakin tak kena air kencing sbb saya yakin yg air kencing keluar semasa saya sentuh kemaluan di dlm tandas.

Soalan : Apakah hukum jika kita yakin yg pakaian & tempat tidur kita tak kena najis? Adakah keyakinan boleh hilang dgn wujudnya perasaan was was?
File Upload:
Salam

Hukum berdasarkan kepastian. Saudari perlutahu dan pastikan pad itu tidak bocor dan tilam tidak terkena najis.

Hukum Islam mudah sahaja, jika tidak terkena, maka tidaklah terkena najis. Usah difikirkan ang bukan-bukan.

Penyakit was-was perlu diatasi segera. Elakkan aripada mengikut lintasan yang mendatang kerana ia akan menyuburkan lagi keraguan dalam diri.

tk

Visitor IP: 113.210.124.242

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: hanya bertanya

Nama*:Siti
Tajuk*:hanya bertanya
Message*:assalamualaikum, sekadar bertanya .
contohnya jika si suami baru sahaja melafazkan cerai . dalam beberapa jam kemudian , dia nak rujuk kembali . Adakah itu sah?
File Upload:
Salam

Jika suami rujuk dalam tempoh edah, maka sahlah rujuknya walaupun baru sahaja terjadinya talak.

Suami kena sabar dan tahu hukum hakam agama, barulah kes seperti ini tidak akan terjadi.

tk

Visitor IP: 113.210.227.62

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Sah atau tidak

Nama*:Milla
Tajuk*:Sah atau tidak
Message*:Suami sy whatsapp 'sy akan pegi pjbt agama esok failkan cerai'..adakah cerai itu sah ke ustaz ?
File Upload:
Salam

Ia belum lagi terjadinya talak. Talak tidak jatuh..

tk

Visitor IP: 42.153.50.195

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, October 8, 2017

Soalan: talak

Nama*:suami nak tahu
Tajuk*:talak
Message*:slm ustaz

saya ada cakap sendirian
'lepas oktober kita bercerai'
adakah jatuh talak sebab bukan hadapan isteri

terima kasih
File Upload:
Salam

Talak tidak perlu dilafazkan di hadapan isteri, asal sahaja suami melafazkan talak secara terang dan jelas, boleh didengar oleh diri sendiri, ia sudah menjatuhkan talak.

Lepas Oktober kita bercerai, pada lafaz ini ia tidak menjatuhkan talak lagi kerana tarikh berkenaan belum lagi sampai..

tk

Visitor IP: 183.78.47.75

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: ragu ragu

Nama*:m.kadir
Tajuk*:ragu ragu
Message*:asalamualaikum ustaz,
harap ustaz boleh bantu saya menyelesaikan masalah saya.
pada 1hb oktober saya terlintas perkataan cerai di kepala. perkataan tu sharih. saya anggap dalam hati je sebab saya tak pasti lafaz lidah atau dalam hati.
sejak daripada tu saya asyik teringatkan kejadian tu sehingga saya seolah olah cakap berulang ulang semata mata nak tahu saya ni cakap dalam hati ataupun lafaz lidah. kelmarin saya ada lafaz guna lidah tetapi ayat tak penuh sebab saya masih waras. itu pun sebab saya macam ada desakan dalam diri nak tahu apa yang berlaku sebenarnya pada 1hb tu. bila bangun pagi saya berdoa agar allah tidak ambil hukum sekiranya lafaz tu jelas sebab saya memang tak pasti. jadi untuk elak was was saya stop kan terus. tak mahu ingat lagi. saya harap dengan doa saya dapat diberi keampunan dan kelapangan fikiran.

cumanya saya nak tanya ustaz, kalaulah saya ada lafaz perkataan yg saya keliru tu dengan lidah ketika leka, mengelamun dan keliru adakah ia dikira talak ataupun hanya pengulangan mengingat kejadian sahaja. sebab saya tiada niat langsung nak berpisah. harap ustaz dapat menyelesaikan kekeliruan saya.
ws
File Upload:
Salam

Lafaz talak hendaklah disebut dengan jelas dan terang, tuntas didengar oleh diri sendiri.. Jika diri sendiri tidak pasti ia terlafaz atau tidak, maka tidaklah dikira terjadinya talak.

rawati penyakit was-was anda. Ia menganggu hidup seharian. Belajarlah agama - bab fiqh- agar lebih tahu hukum hakam agama, lalu mudah untuk membuat keputusan.

tk

Visitor IP: 124.13.172.53

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, October 7, 2017

Soalan: tengah urut datang lintasan

Nama*:Salmi
Tajuk*:tengah urut datang lintasan
Message*:Assalamualaikum ustaz, saya ada penyakit lintasan hati dan was-was. Lintasan hati penceraian selalu hadir, sukar nak buang lintasan ni, semalam isteri minta urut belakang dia, saya urut isteri, masa mula-mula urut tu biasa sahaja, kemudian masa tengah urut tu, bentuk urutan tu macam buat tulisan/abjad S, pada masa tu jugak datang lintasan penceraian mengatakan saya tulis cerai, saya jadi was-was samada tu lintasan hati yang datang melintas atau niat. Boleh jatuh ke talak ustaz dalam situasi begitu? Urutan bentuk S tu saya buat begitu sebab urut dari bahagian bawah lepastu naik ke atas, lagi satu sebab saya buat tu maybe nak pelbagaikan bentuk urutan, saya jadi keliru datang lintasan dahulu baru saya buat bentuk S tu atau dikala saya tengah urut buat bentuk S datang lintasan hati, walhal saya tak tulis apa-apa perkataan atau ayat cerai/talak pun, saya hanya urut belakang isteri guna minyak. Saya jadi pening memikirkan kenapalah boleh berlaku begitu, padahal saya urut je isteri. Terima kasih ustaz.
File Upload:
Salam

Ubati dan rawat lah segera penyakit anda. Usah dilayan penyakit ini..

Cerai hanya akan terjadi dengan lafaz yang jelas




Visitor IP: 118.100.133.94

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, October 6, 2017

Soalan: tak mengaku isteri

Nama*:jazlan
Tajuk*:tak mengaku isteri
Message*:assalamualaikum ustaz,
anak saya bergurau dengan isteri saya
'ayah tengok isteri ayah ni'....
saya jawab 'bukanlah....'
bolehkah jatuh talak kinayah?

tq
File Upload:
Salam

Ia tidaklah menjatuhkan talak. Tiada niat cerai di sini..

tk

Visitor IP: 118.101.186.207

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Berzikir datang percakapan dalam hati

Nama*:Razak
Tajuk*:Berzikir datang percakapan dalam hati
Message*:Assalamualaikum ustaz. Saya tengah berzikir lepas solat, tiba-tiba tengah berzikir Allahuakbar tu datang lintasan sebut perkataan cerai, tiap kali saya zikir tu datang lintasan sebut perkataan cerai, saya terus jadi was-was dikala berzikir itu dibimbangi takut saya ada tersebut perkataan cerai, sebab suara saya zikir tu bunyi suara tak kuat sangat, tapi saya yakin saya zikir sebut Allahuakbar, kalau saya ada tersebut perkataan cerai mesti saya dapat rasa akan perubahan sebutan tersebut. Saya terus mengulang menyebut zikir-zikir dikala itu juga dalam hati berlaku percakapan sebut perkataan cerai, kemudian terpandang isteri yang sedang solat, terus saya berhenti berzikir, sebab takut dah tak jadi zikir yang betul-betul zikir. Disebabkan perasaan was-was dan gelisah itu membuatkan saya tidak boleh meyakinkan diri saya bahawa itu percakapan dalam hati sahaja. Susah lah saya nak buang penyakit ini, asyik terlintas terfikir perkataan-perkataan yang tidak patut saya fikir. Padahal saya zikir itu untuk mengelakkan daripada terlintas atau terfikir mengenai cerai. Bagaimana ustaz? Mohon bantuan ustaz. Terima kasih.
File Upload:
Salam

Rawatilah penyakit ini. Dalami ilmu fiqh dulu barulah tahu hukum hakam islam..

Elakkan diganggu lagi, usah dilayan bisikan mendatang..

tk

Visitor IP: 115.164.89.228

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, October 5, 2017

Soalan: Mahu Tahu

Nama*:Insan Kerdil
Tajuk*:Mahu Tahu
Message*:Salam Ustaz....

Saya tidak lafaz dan saya benar2 yakin tidak lafaz...

Begini Ustaz....Setahun lebih yang lalu...ketika saya bangun dari tidur dalam keadaan mamai atau kurang sedar...saya ada berkata2 dalam hati kemudian saya sambung tidur semula...Apabila saya bangun semula untuk mandi...saya jadi was was....samada saya ada terlafaz atau berkata2 dalam hati....Saya memang yakin tidak lafaz Ustaz namun was was itu datang secara tiba2.


Minta tolong Ustaz jelaskan......samada jatuh atau tidak?


Terima Kasih
File Upload:
Salam

Tidak melafazkan talak, bererti tiadalah talak terjadi..

Masalah saudara ialah keraguan dan waswas.. rawatilah penyakit ini dengan segera..

belajarlah fiqh islami agar tahu dan pasti dengan hukum hakam.

tk

Visitor IP: 175.143.100.137

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: LAFAZ AKAD NIKAH

Nama*:AMIN
Tajuk*:LAFAZ AKAD NIKAH
Message*:Asalamualaikum Ustaz. Pertanyaan saya mengenai lafaz akad nikah, seperti biasa "Aku terima nikah si fulan bt si fulan dengan mas kahwinnya rm22.50 dibayar tunai". Tetapi saya baru sedar bahawa nilai mas khwin yang ada pd sy hnya RM20 semasa pyerahan kpd pengantin perempuan. Tetapi balik rumah,saya terus bayar rm2.50 kepada isteri saya.Sah ke lafaz akad nikah dan perkahwinan saya. Harap ustaz boleh menyelesaikan keraguan saya. terima kasih
File Upload:
Salam

LAfaz dan akad nikah berkenaan adalah sah.

Tak cukup duit mas kahwin tu dikira berhutang, tetapi bila dah bayar kira selesai...

tk

Visitor IP: 192.228.155.153

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: cerai

Nama*:awin
Tajuk*:cerai
Message*:slm,

ketika bergaduh suami cakap
'i ceraikan you kang (nanti).......'
adalah telah jatuh talak?

terima kasih ustas. ws
File Upload:
Salam

Ia ugutan, dan tidak jatuh talak lagi..

tk

Visitor IP: 118.101.186.207

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, October 4, 2017

Soalan: Penyakit lintasan hati dan percakapan dalam hati.

Nama*:Suami yang resah
Tajuk*:Penyakit lintasan hati dan percakapan dalam hati.
Message*:Assalamualaikum ustaz, saya menghidap penyakit lintasan hati berkenaan talak. Sejak di awal perkahwinan sampai laa anak nak masuk 3 orang penyakit saya tak pernah nak hilang. Saya ada pergi berubat dengan darusyiffa. Kaunseling di pejabat agama dan saya pernah ke mahkamah syariah untuk membuat pengesahan lafaz. Saya juga mendapatkan rawatan dengan pakar psikatri dan ada mengambil ubat. Banyak cara saya cuba untuk merawat dan membetulkan diri saya. Sehingga sekarang ia masih datang, ada ketika ok ada ketika ia datang dengan teruk sekali. Saya tak tahu dah macamana nak rawat, boleh kata setiap hari setiap masa lintasan,percakapan dalam hati datang, bila ia datang saya jadi was-was, ragu-ragu, musykil. Saya selalu ragu-ragu, saya ada cakap ke apa yang terlintas atau saya ada lafaz perkataan/ayat berkaitan penceraian ke, persoalan ini selalu bermain dan membuatkan saya takut. Saya takut jika saya ada tercakap tapi saya tak boleh nak ingat sangat walaupun perkara itu baru berlaku dalam beberapa saat, saya jadi berdebar-debar saya ada lafaz atau hanya sekadar cakapan dalam hati. Saya tak tahu macamana mahu yakinkan diri saya.

Ada ketika itu, saya dah yakin bahawa itu adalah percakapan dalam hati, namun hati saya masih diselubungi perasaan was-was dan ragu-ragu. Padahal memang terbukti tiada suara yang kedengaran. Bila jadi begini ia melarat dan kemudiannya saya akan berfikir-fikir dan mengulang kembali dalam hati/fikiran saya apa yang berlaku dan kesudahannya berlaku kes terbaru pulak disebabkan leka memikirkan kes yang sebelum ini kemudiannya timbul lagi perkara baru.

Dalam melakukan ibadah solat juga lintasan-lintasan hadir sehingga mengganggu saya untuk fokus dalam solat. Sehinggakan solat berjemaah di masjid/surau pun masih berlaku lintasan. Saya cuba melawan, tapi hati ini tidak tenteram sebab saya takut jikalau dalam usaha saya untuk meyakinkan bahawa saya tidak ada cakap/lafaz, bagaimana jika andaian saya itu salah, dan saya akan dimasukan ke dalam neraka, saya jadi bimbang, saya nak saya dan keluarga sama-sama masuk syurga. Saya jadi susah nak yakinkan diri saya.

Pernah juga berlaku, tidak semena-mena datang lintasan, lintasan tu kata tadi saya ada lafaz, saya jadi pening saya ada lafaz ke tak, bila nak ingat balik tak boleh, kadang tu pergerakan mulut sahaja, bukan ada bercakap pun. Ada jugak berlaku bila saya bercakap dalam hati, saya cuba mengingati dan mengulang balik apa yang lintasan yang berlaku sebelum ini, kemudiannya tiba-tiba jadi was-was saya ada lafaz ke apa yang saya cakap dalam hati tadi atau saya ada cakap keluar suara ke tadi apa yang cuba saya ingat balik lintasan yang berlaku semalam. Pening saya ustaz.

Adakah salah jika saya hanya yakin dengan diri saya? Takkan setiap kali berlaku lintasan/percakapan/was-was atau ragu-ragu saya ada lafaz atau tidak saya perlu ke mahkamah syariah untuk pengesahan lafaz, sampai bila pun takkan selesai masalah saya. Saya ada terbaca "apabila ragu apakah pernah mengucapkan talak atau tidak, maka hukumnya dianggap tidak pernah mengucapkan talak. Hal ini berdasarkan pada kaedah fiqih: keyakinan tidak hilang kerana keraguan. Keraguan (akan talak) ditandai dengan perasaan was-was tanpa ada bukti. Sedangkan keyakinan (yakni ada perkahwinan) adalah berdasarkan fakta" Saya juga ada terbaca "tinggalkan apa yang meragukanmu menuju apa yang tidak meragukanmu." (hadis riwayat at-tirmidzi). Saya cuba memahami keadaan saya, namun saya tak tahu macamana lagi nak bantu. Semasa di mahkamah syariah dulu, pegawai disana kata nak bantu saya dan ada program susulan, tapi lepas abis prosedur pengesahan tu tidak ada apa-apa pun sehingga sekarang.

Ustaz. Bagaimana lagi yang boleh saya buat, adakah cukup sekadar saya yakin yang saya tidak ada lafaz sahaja? Saya bimbang jika saya salah bagaimana? Ke nerakalah jawabnya. Saya takut ustaz. Sekarang ni hari-hari saya usaha melawan namun dalam sehari tu mesti ada je kes yang membuatkan saya risau dan ragu-ragu. Terima kasih ustaz.
File Upload:
Salam

Allah turunkan Islam untuk manusia, manusia ini ada lemahnya ada lebihnya.

Allah yang Maha Tahu memberikan syariat dan peraturan yang termampu untuk manusia lakukan. ALlah tidak pernah membebankan manusia daripada batas kemampuan mereka. Rahmat Allah ada pada semua perkara dalam syariat.

Bila mana syariat itu menjadi susah dan disusahkan oleh manusia, maka manusia itulah sendiri yang berpenyakit dan bermasalah. Manusia itu yang bikinkan masalah, bukannya ALlah yang menurunkan syariat... Rahmat Allah telah dihilangkan oleh manusia itu sendiri.

Ibadah dan kehidupan dalam Islam begitu mudah dan berpanduan. Ia tidak pernah menyusahkan manusia. KEnapa sebilangan kecil manusia menjadi bebal dan susah, ia kerana kegagalan mereka mengenal agama sebaiknya.

Oleh itu, belajarlah fiqh islami terutamanya bab fikah solat, puasa, wuduk dll. dengan pemahaman yang jelas, anda lebih yakin dengan sebarang keputusan yang dibuat. JIka tidak ada ilmu, keyakinan anda akan hilang. Yakin mestilah berdasarkan ilmu.

baikilah diri sendiri untuk anda lebih senang dan mendapat rahmat ALlah..

tk



Visitor IP: 115.164.183.244

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, October 3, 2017

Soalan: Mohon bantuan

Nama*:Irna
Tajuk*:Mohon bantuan
Message*:Assalamualaikum,

Ustaz, baru-baru ini saya ada bercuti dalam malaysia.di hotel itu tandas nya agak kotor. masa saya hendak basuh tangan di sinki nye saya tengok macam tersumbat saya tekan di bahagian tengah sink itu.. saya ternampak mcm ada sisa makanan kuar , saya tak pasti apakah itu. sebab sink bertakung air jd jari saya terkena air itu. selepas itu saya basuh tangan saya dengan air paip, kemudian tak sedap hati saya basuh dengan sabun. apakah hukumnya ustaz? mohon bantuan.

tk
File Upload:IMG_3466.JPG

Salam

Makanan dan sisa makanan itu tidaklah bernajis. Apabila air telah melalui sisa makanan, bererti ia adalah bersih dan tidak ada najis yang perlu dirisaukan. Najis itu yang dalam lubang tandas..
Basuh tangan tu OK lah.. memadai. Usah membazir air..

tk


Visitor IP: 203.62.1.80

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: soalan

Nama*:zahid
Tajuk*:soalan
Message*:ustad...jika saya menyebut "aku nak makan" tiba2 terlintas niat cer**....apakah dengan menyebut " aku nak makan tadi" boleh terjadi apa2 kerana telah diwakilkan perkataan tersebut kepada ayat lain?
File Upload:
Salam

LIntasan usah dilayan, ia tidak membawa apa makna dalam hidup anda. Lintasan seperti ini jika dilayan ia akan membawa penyakit was-was. BErhentilah.

Kes ini tiada kaitan dengan cerai.

tk

Visitor IP: 113.210.5.153

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, October 2, 2017

Soalan: Tiada Niat

Nama*:Anuar
Tajuk*:Tiada Niat
Message*:Salam Ustaz.....

1/. Ketika Saya sedang menonton drama tv dirumah saya....Dalam drama itu ada sebuah keluarga sedang bergurau tentang lafaz...Secara tiba2 saya ketawa dalam keadaan mulut tertutup sambil memandang isteri yang sedang menggunakan handphone.Saya tidak ada niat apa2...

2/. Saya berbual dengan isteri berkaitan perkara lain....Ketika diakhir perbualan saya berkata Ok.....Secara tiba2 Suami dalam drama tersebut yang sedang ditonton telah melafaz pada isterinya....Saya jadi was was...Saya yakin tidak lafaz dan Saya tidak ada niat...

3/. Dalam drama yang sedang kami tonton....Isteri dalam drama tersebut berkata pada Suaminya....."Anggaplah kita tiada jodoh".Habis saja dialog tersebut,saya dan isteri saling berpandangan.Saya tidak berniat apa2


Jatuh atau tidak Ustaz?
File Upload:
Salam

Inilah penyakit dalam diri saudara, penyakit was-was. Kenapa semua perkara hendak dikaitkan dengan cerai. Cerai itu adalah lafaz yang jelas dan terang. Apabila dilayan keraguan, ia akhirnya menyusahkan hidup anda sendiri.

Belajarlah ilmu fiqh bagi memahamkan fakta dan hukum. Dengan ilmu sahaja anda akan dapat keyakinan. dengan keyakinan anda akan mampu menghilangkan keraguan.

tk

Visitor IP: 175.143.100.137

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: kepastian

Nama*:miza
Tajuk*:kepastian
Message*:assamualaikum ustaz..sy mau btanya..sy ada btengkar suami..sy ckp sy blk p tmpt bapa suami ckp pergila bgtau bapa sy mnta cerai suami esoknya kmi bbaik uda sy tnya suami adakah jatuh talak yg suami semlm..suami ckp xla lain kalo ckp aku ceraikan ko..suami sekadar bg contoh..slpas tu suami ckp lg time kt kursus kawen ustaz tu ckp aku ceraikan ko..adakah jatuh talak
File Upload:
Salam

Ia tidaklah menjatuhkan talak kerana suami tidak lagi melafazkan talak secara jelas dan terang...

tk

Visitor IP: 115.164.183.63

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, October 1, 2017

Soalan: soalan

Nama*:haziq
Tajuk*:soalan
Message*:maksud saya ustad..adakah melafazkan tal** dalam keadaan mulut tertutup hukumnya sah...lidah bergerak dan bunyi dari kerongkong...bibir tutup rapat
File Upload:
Salam

Talak hanya sah dengan lafaz yang jelas didengar, kecuali orang bisu memadai dengan isyarat yang difahami oleh mereka.

*Hindari dan jauhi penyakit was-was ansa. baikilah ia dengan ilmu... belajarlah sikit ttg fiqh agar kita lebih yakin dengan apa yang kita buat.

tk n sorry

Visitor IP: 113.210.5.153

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: soalan

Nama*:haziq
Tajuk*:soalan
Message*:salam ustad,

adakah bercakap dalam keadaan bibir tutup rapat dikira sebagai lafaz...lidah bergerak dan suara keluar...tetapi bibir ditutup rapat...suara dari kerongkong...apakah hukum disini
File Upload:
Salam

Bercakaplah sebaiknya.. gunakan lidah yang Allah beri untuk bercakap, kenapa hendak ditutupkan mulut...?

Atasi penyakit keraguan yang membinasakan hidup anda. tk

Visitor IP: 60.49.91.20

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Mazi/Mani?

Nama*:Fakhrul Azahari
Tajuk*:Mazi/Mani?
Message*:assalamwarahmatullah..saya masih berumur dalam lingkungan 20 an..ingin saya bertanya pada tuan ustaz,jika saya SETIAP kali berchatting dengan teman wanita saya,pasti akan ada keluar satu cairan yang jernih dan banyak,bertali,bila hidu tidak ada bau apa2,bila saya sentuh dan gosok ia licin dan meresap..saya bingung dan takut kadang kala nak bersolat..adakah itu hanya air mazi saja tuan ustaz? dan saya tidak faham juga dengan situasi saya ini kerana setiap kali chatting pasti akan berlaku situasi cairan mcm itu..dan pasti berlaku naik syahwat & ghairah sket sedangkan saya hanya bersembang perkara biasa dan tidak pula lakukan perkara negatif..dan kami pun langsung tidak pernah berjumpa..tuan ustaz,disini saya mohon bantuan,adakah jika berlaku seperti ciri ini hanyalah sekadar air mazi dan bukanlah air mani? hanya sekadar cuci dan solat saja la ye?? harap tuan ustaz dpt bantu situasi saya ini.assalam
File Upload:
Salam

Biasaya seperti itu adalah air mazi. Ia perlu dicuci, dibersihkan tanpa perlu mandi hadas besar.

Elok kiranya dikurangkan berchatting dengan wanita, kerana ia punca kepada kejelekan seperti ini.

tk

Visitor IP: 183.171.82.86

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA