Tuesday, August 15, 2017

Soalan: Talak Kinayah dan Tergantung


Nama*:Pn. A
Tajuk*:Talak Kinayah dan Tergantung
Message*:Assalamualaikum, saya baru selesai bicara kes pengesahan lafaz cerai pada 1.8.2017 yang berbunyi "aku nak ceraikan kau!". Dan hakim menyabitkan jatuh talak 1 kali kedua oleh hakim atas pengakuan suami mengatakan niatnya nak bercerai pada 31.1.2017 yang lalu. Saya agak kecewa kerana selepas suami mengungkapkan lafaz tersebut, dia hanya mengugut saya kerana saya ketika itu sedang meyakinkan suami yang saya masih isterinya dan ketika itu kami telah bersama selepas melakukan rujuk dengan perbuatan, sebab waktu itu juga kami belum tahu lagi samada keputusan pengesahan rujuk secara perbuatan itu sah atau tidak dan akhirnya hakim kata sah. Selepas mengetahui sah rujuk, saya dan suami berdamai semula dan kami tinggal bersama dan suami ada meminta maaf dan kata dia minta maaf, dia tak tahu yg saya masih isterinya. Setelah dua bulan, kami ada bergaduh semula dan saya diarah balik duduk rumah mak oleh ibu bapa suami, dan saya terkejut sebulan selepas itu, suami menghantar saman pengesahan lafaz cerai yg setahu saya itu hanya ugutan dan semasa perbicaraan dia mengaku dia ada niat dan jatuh la talak kepada saya. Apa hukumnya jika niat suami tu datang semula dan menggunakan lafaz yg lepas? Boleh kah itu dikira sah? Sebab dia ada kata, nak pg daftar permohonan cerai tp sbb dia tahu saya akan tak setuju dan kes akan jadi lama, dia buat pengesahan lafaz dan membuat pengakuan palsu.
File Upload:
Salam

Apabila kes dibawa ke mahkamah, maka keputusan mahkamah itu adalah benar dan perlu diikuti.

Pihak mahkamah akan mendengar semua hujahan sebelum sesuatu hukuman dijatuhkan. Saya percaya kepada pengakuan suami, kerana hak cerai talak itu ada pada suami. Keterangan suami di mahkamah adalah mengikut apa yang dia niatkan, dia maksudkan. Jika suami menipu, maka itu adalah dosa kepadanya dan dia menipu mahkamah..

Maaf saya tidak dapat mengulas lebih lanjut.

tk

Visitor IP: 183.171.66.14

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Cerai


Nama*:Isteri
Tajuk*:Cerai
Message*:Aslm.ustaz,suami penah melafazkan cerai berbunyi."sy nak cerai..ayat tu terhenti seketika kemudian dia ckp sy ceraikan awak talak 1.adakah jatuh talak ketika itu
2.setengah jam kemudian dia melafazkan rujuk" sy rujuk awak kembali menjadi isteri saya".adakah sah rujuk kami ustaz?
File Upload:
Salam

Lafaz cerainya sah dengan NIAT suami memang untuk menceraikan isteri.

Lafaz rujuknya juga sah..

Ingatlah, telah terjadi talak satu ke atas isteri..

tk

Visitor IP: 14.1.193.93

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, August 14, 2017

Soalan: Isteri tawar hati dgn suami & ingin bercerai kerana suami selalu tuduh dia berzina .


Nama*:Puan tiara
Tajuk*:Isteri tawar hati dgn suami & ingin bercerai kerana suami selalu tuduh dia berzina .
Message*:Sy seorg suri rmh rmh tga sudah hampir 22 thn,merupakan isteri ke 2,masalahnya suami slu tidak beri nafkah yg cukup baju sy dan ank2 pun dia x mpu blikan.Sy sudah tidak rasa bahagia lg & tawar hati dgn suami.Apa2 sy lakukan sy x pnh ikhlas kerana suami pernah menuduh sy berzina, perempuan x guna apabila sy tidak mahu melayan nafsunya.Sy rasa tertekan krn sgala perbelanjaan ank2 sy terpaksa bantu dia dgn mengambil upah jg ank kawan & ajr mengaji.itupun dia x hargai sy.malah selalu jatuhkan air muka sy dpn ank2.
File Upload:
Salam

Puan, telah lama puan berumahtangga dengan suami puan. 22 tahun bukannya sekejab. Pada usia sebegini, banyak kes perceraian berlaku kerana adanay kedinginan dalam hubungan suami isteri. Ia berpunca daripada kedua belah pihak. Suami dan isteri. Isteri dilihat suami kurang menarik, suami dilihat isteri pula sudah hilang tanggungjawab, tidak mesra lagi dan sering mencari salah isteri.

Barsabarlah puan. Hidup bukannya lama sangat lagi. JIka puan mahu bercerai pun, apa yang akan dapat selain bebanan hidup terus ditanggung bersendirian pada usia tua. Mengharapkan anak-anak, mereka belum tentu bisa membahagiakan kita pada usia tua. Tidak semuanya..

Pada saya, abaikan suami seperti itu, bairlah dia dalam dunia hidupnya sendiri tetapi perkahwinan itu masih ada dan terus berjalan sebagai suami isteri. Sampai masanya, suami akan sedar sendiri akan keperluannya kepada isteri dan anak-anak. Tunggu tibalah masanya.

PErceraian bukan jalan terbaik pada semua keadaan.

Fokuslah pada ibadah dan mencari reda Allah.

Maafkan saya puan. tk

Visitor IP: 113.210.69.13

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Jatuh kah talak.


Nama*:Hidayah
Tajuk*:Jatuh kah talak.
Message*:Askm Ustaz. Sy punyai seorang suami berbangsa Sabah. Kami baru mendirikan rumahtangga beberapa bulan yang lalu n hidup dalam keadaan yg sangat sederhana kerana tidak kerja tetap. Suatu hari kami telah bertengkar dan sy tertampar suami sy kerana marah.

1. Lantas dia mngambil sebuah beg dan ingin keluar drpd rmh. Sy telah menghalang dia. Dia berkata "Sy tak mahu kalau ditampar u, sy taknak! Sy taknak". Niatnya ketika itu adalah untuk meninggalkn sy.

2. Tak lama selepas itu, ayah sy datang utk menenangkan keadaan. Pertengkaran kami berlarutan sehingga hal sewa rumah yg x mampu kami biayai. Ayah sy terus bertanya tentang hal kami ni mcm mane. Blum sempat perbincangan, si suami memulakan, "Macam ni lah ayah. Saya taknak susah-susahkan Hidayah. Sy kasi lepas lah Hidayah". Tak pasti ayat ini berunsur cadangan atau talak. Ayah mendengar, terus menyuruh kami beristigfar.

Mohon penjelasan Ustaz. Jatuh kah talak untuk kdua-dua situasi ini. Jika jatuh, berapakah jumlah talak dalam hari tersebut? Mohon pencerahan
File Upload:
Salam

Pada situasi pertama ia tidak jelas menunjukkan talak.

Pada situasi kedua ia boleh menyebabkan talak jika suami bermaksud (berniat) ucapannya itu adalah cerai. Pastikan perkara ini daripada suami.

Jika begini, maka talaknya terjadi talak satu.

(Bangsa Sabah tak ada la.. yang ada suku kaum Bajau, DUsun, Kadazan.. dll)

tk

Visitor IP: 115.164.212.50

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, August 13, 2017

MOHON MAAF- BERCUTI DI ABC

Salam semua

Saya mohon maaf kerana tidak dapat menjawab soalan dan pertanyaan kepada pelayar blog ini buat masa ini.

Saya akan bercuti ke Annapurna Base Camp, Nepal dari 18 Ogos hingga 31 Ogos.

JIka berkelapangan minggu selepas itu baharulah saya akan kembali menjawab.

Doakan keselamatan saya di sana.

Terima kasih.

Soalan: Jatuh talak atau tidak?


Nama*:Azri
Tajuk*:Jatuh talak atau tidak?
Message*:Asslamualaikum..baru neh saya ada bergaduh dengan isteri..semasa bergaduh isteri telah mengamuk..jadi dengan niat ugut untuk dia diam saya bercakap sekejap lagi cerai depan ni ha..amat jelas dalam niat saya semasa itu untuk ugut dan bukan cerai..jadi adakah talak telah jatuh?terima kasih
File Upload:
Salam

Suami ucapkan; sekejap lagi cerai depan ni ha..' ia bukan lafaz cerai secara langsung.

Ia tidak menjatuhkan talak.

tk

Visitor IP: 183.171.89.127

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, August 12, 2017

Soalan: Najis yg x pasti


Nama*:Yanie
Tajuk*:Najis yg x pasti
Message*:Assalamualaikum ustaz...
Semasa sedang tidur, saya berasa sakit perut nak membuang air besar..
Kemudian saya bangun Dan Terus ke tandas...
Saya cangkung dan teran sedikit ,terasa ada najis yg keluar...
Kemudian, saya tengok semula pada seluar yang saya guna semasa tidur tadi samada Ada najis atau tidak..
Saya tengok pada seluar tidur tidak terdapat ain najis & bau najis sebab saya yakin semasa sakit perut, saya tahan dulu nak membuang sebelum ke tandas.

Soalan saya : apa hukum jika saya begitu YAKIN yg najis Tidak kena pada seluar tidur saya semasa saya tidur...? / Tiada najis pada seluar saya.

Sah tak solat saya jika saya guna seluar tidur untuk solat subuh?
File Upload:
Salam

Benda yang tak pasti atau yakin yang ia tidak bernajis, maka tidaklah ia bernajis..

Jika dipastikan tiada kesan najis pada pakaian, maka tidaklah ia dianggap najis.

tk

Visitor IP: 113.210.77.169

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: jatuh talak?


Nama*:balqis
Tajuk*:jatuh talak?
Message*:assalamualaikum ustaz,

Saya ingin bertanya suami dan saya bergaduh,selesai pergaduhan saya ada buat statement "awak mesti berjanji tak ulangi perbuatan ini jika tidak jatuh talak ketas saya".Saya suruh dia ulang perkataan itu dan dia berjanji dan setujuTetapi suami ulangi perbuatan itu.
Soalnya jatuh talak serta cerai keatas saya ke ustaz?Mohon pendapat dan pandangan.
File Upload:
Salam

Bagus juga cara puan nak buat taklik tu.. Akibatnya ialah ikatan perkahwinan terlerai dengan sebab suami melanggar taklik yang diciptakan sendiri oleh isteri.. Sebab itu, kita nak buat apa pun, terutamanya melibatkan cerai dan talak, perlu sangat berfikir panjang dan matang...

Pada saya, taklik berkenaan adalah sah kerana suami mengikut dengan sukarela. Apabila suami melanggar taklik, maka denan sendirinya talak satu telah terjadi.

tk

Visitor IP: 113.210.68.38

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, August 11, 2017

Soalan: Memohon Kepastian


Nama*:Insan Biasa
Tajuk*:Memohon Kepastian
Message*:Assalamualaikum Ustaz,

Kalau tersasul tersebut perkataan 'cerai isteri' bila berseorangan akibat terlalu memikirkan soal nikah cerai yang didengar melalui You Tube tanpa ditujukan kepada isteri.Jatuh Talak x Ustaz?

Terima Kasih
File Upload:
Salam

Jika dengan niat sebenar nak ceraikan isteri, maka sahlah talaknya.

Jika tidak ada niat untuk cerai, ia masih selamat.

Hilangkan was-was dan keraguan sebab insan biasa yang lain tak berkelakuan seperti insan biasa yang ini..

maaf n tk
tk

Visitor IP: 183.171.67.246

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, August 10, 2017

Soalan: Mengeluh Takdir


Nama*:Insan Lemah
Tajuk*:Mengeluh Takdir
Message*:Assalamualaikum wbt...
Sy ingin tahu sekiranya kita mengeluh tentang suratan takdir yg tidak menyebelahi kita, adakah kta dikira kufur seterusnya murtad tanpa sengaja? Sedangkan kta x bermaksud untuk kufur dan murtad khususnya, semoga Allah melindungi kita...
Terima kasih ustaz...
File Upload:
Salam
Mengeluh itu ragam manusia.. keluh kesah itu juga tabiat manusia.. Cuma kita jangan terlalu bebal dan mengeluh habis habisan seolah-olah tiada lagi ALLAH dalam menentukan hidup kita...

BErpadalah dengan berkeluh kesah.. ingat selalu Allah ada bersama kita.

tk

Visitor IP: 42.153.51.92

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Rujuk mengikut taklik negeri

Nama*:Abdullah
Tajuk*:Rujuk mengikut taklik negeri
Message*:assalam ustaz,

mohon pencerahan bagi rujuk isteri bagi yang bertaklik (semasa nikahnya) di negeri Kelantan.

mohon perbetulkan sekiranya salah.

Taklik Negeri Kelantan
"Bahawa adalah saya (nama suami) dengan ini bertaklik iaitu manakala saya tinggalkan isteri saya (nama isteri) selama 4 bulan atau lebih dengan sengaja atau paksa atau saya atau wakil saya tiada memberi nafkah yang wajib kepadanya selama masa yang tersebut pada hal ia taat kepada saya atau saya menyakiti tubuh badannya atau saya tidak mengambil tahu mengenainya selama 4 bulan atau lebih atau (nama isteri) kemudian ia mengadu kepada mana-mana kadi/hakim Syarak jika disabitkan oleh kadi/hakim Syarak ini akan aduannya maka gugurlah talak saya dan dan tiap-tiap kali saya rujuk akan isteri saya tersebut tanpa redanya maka gugurlah pula satu talak lagi."

berdasarkan taklik ini, adakah memerlukan persetujuan isteri sekiranya mahu dirujuk?

sekiranya isteri tidak setuju maka jatuh talak satu lagi.

terima kasih.
File Upload:
Salam

Jika itu lafaz taklik yang disebut, maka taklik itu adalah sah dan terpakai.. Sebetulnya rujuk tidak memerlukan persetujuan isteri, tetapi oleh kerana taklik itu dibuat seperti itu, maka ia (hukum) akan mengikut apa yang ditaklikkan.

tk

Visitor IP: 175.138.187.136

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, August 9, 2017

Soalan: Tidak pasti sama ada lintasan hati atau terlafaz

Nama*:Hamba Allah
Tajuk*:Tidak pasti sama ada lintasan hati atau terlafaz
Message*:As-Salam Ustaz

Saya ingin bertanya satu soalan. Disebabkan saya selalu membaca artikel pasal hukum-hukum nikai cerai. Saya boleh menjadi takut yang melampau.Sehingga saya istigfar sepanjang masa. Takut takut ada terlafaz lafaz soreh. Saya nie memang jenis was-was ataupun saiko.

Nak dijadikan cerita..ketika saya mandi tertiba lintasan hati "CERAI ISTERI". Perkataan tu saja yang terlintas dalam hati sy. Datang tibe2..
Saya mula was-was...tapi saya yakin mulut saya tertutup..

Bolehkah ustaz bagi contoh-contoh lafaz soreh yang boleh menjatuhkan talak.

Terima Kasih

Semoga Allah merahmati hidup Ustaz dan keluarga
File Upload:
Salam

JIka dipastikan tiada niat untuk cerai, maka ia tidaklah dikira talak atau cerai ke atas isteri.

tk
Visitor IP: 115.135.173.21

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Adakah lafaz taklik boleh terpakai sampai bila-bila?

Nama*:Abdullah
Tajuk*:Adakah lafaz taklik boleh terpakai sampai bila-bila?
Message*:Assalam Ustaz,

Sekiranya suami melafazkan taklik kepada isterinya "Sekiranya salah seorang dari kita pernah tidur (bersetubuh) dengan orang lain, pada masa dahulu dan akan datang maka jatuhlah talak".

Kes 1: Masa dahulu salah seorang dari mereka telah berbuat demikian dan mereka telah rujuk kembali.

Kes 2: Setelah mereka rujuk dan kembali hidup sebagai pasangan suami isteri, tidak disangka salah seorang dari mereka telah berbuat (tidur) dengan orang lain.

adakah secara automatiknya taklik yang sebelum ini akan terpakai kembali walaupun tanpa dilafazkan oleh suami pada masa kini.

istilah tidur ini adakah hanya tertumpu kepada niat si suami iaitu dengan melakukan persetubuhan atau ia merangkumi kesemuanya? contoh kalau tertidur semasa balik naik bas dan disebelahnya merupakan orang lain. atau semasa tidur ramai-ramai di ruang tamu, ada sepupunya sekali tidur di situ.

terima kasih.
File Upload:
Salam

Lafaz taklik seperti ini adalah sah, cuma kenalah jujur sama ada pasangan pernah bersetubuh atau tidak..

setelah berlakunya talak sengan sebab taklik ini, (suami isteri merujuk kembali) maka taklik itu dengan sendiri akan terbatal. Taklik akan sah selama tempoh perkahwinan itu sahaja.

tk


Visitor IP: 175.138.187.136

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Keraguan

Nama*:Hamba Allah
Tajuk*:Keraguan
Message*:Assalamualaikum.

Saya ingin memohon pandangan dan nasihat dari ustaz yg lebih arif.
Sejujurnya saya kini dalam proses rawatan sihir pemisah ( mengikut pengamal perubatan islam yg saya temui ), dan rawatan saka di sebelah isteri saya.

Sejak dari awal perkahwinan, kami sering bertengkar walau kerana perkara yang kecil.Lebih kurang 2 tahun yg lalu, saya ada mengungkapkan kata-kata berbentuk kinayah yg mana saya tidak mampu mengingati apa yg saya telah ungkapkan dengan Jelas, Cuma di penghujung ayat itu ada terungkap x "payah balik lagi lah". Sejujurnye saya tidak mampu mengingati dengan jelas apa yg telah saya ungkapkan dan apakah niat saya pada ketika itu. Setelah saya mengungkapkan kata-kata td, mainan dalam hati bermula, dan timbul persoalan seperti :-

1) maksud kau x payah balik tu, balik semula bila da puas duduk kampung kan? Dalam keadaan keliru, YA atau Tidak, di dalam hati menjawab tidak.

2) Boleh kah aku hidup tanpa dia, Dalam keadaan keliru, YA atau Tidak, di dalam hati menjawab YA

3) Bagaimana dengan Anak ? Macam mana dengan dia membesar tanpa bapa, Dalam keadaan keliru, Boleh atau Tidak, di dalam hati menjawab Boleh.

4) Semasa saya bangun dari tempat duduk, Hati bertanya perkataan Cerai ? dari dalam tekak berbunyi suara "Hmm" Meng ye kan lintasan hati.
( Tiada lafaz Jelas di sebut )

Sambil saya berjalan saya bertanya pada diri saya sendiri knapa aku Meng YA kan semua perkara yg bermain dalam hati. Pada mlmnye semasa saya bersendirian, terfikir kisah tadi, saya mula gelisah dan terus mencari di internet tentang perkara lafaz kinyah. Kerana tidak memahami dengan jelas rukun talak kinayah pada ketika itu, tanpa mngambil kita bentuk ayat yg di sebut, Tanpa mengambil nilai niat sebenar semasa saya sebut, Saya telah beranggapan telah berlaku perkara tersebut dan saya mengucapkan kata-kata rujuk kepada isteri saya.

Untuk pengetahuan ustaz, Diawal perbualan saya tidak ada niat langsung untuk MenCe***kan Isteri saya, Namun apabila timbul pergaduhan, Didalam hati saya mengarahkan agar saya mengucap kata-kata seperti :-

Kalau Balik Kali ini Jangan Balik Sini Lagi ( Rumah Saya ), dan bisikan ini datang berkali-kali seolah-olah memaksa mengucapkannya semasa saya berleter, namun saya tidak mengendahkannye sehingga satu tahap dimana di luar kawalan saya, Dan Hati Tergerak untuk mengucapkan untuk mengungkap saya satu ucapan yang mana saya tidak mengingati ayat tersebut dengan jelas, namun dia di akhiri dengan kata seperti x payah balik lah ( lebih Kurang ). Di dalam hari semasa saya mengucakpan kata-kata tersebut, timbul satu bisikan Marah dengan berkata Knapa Cakap Macam TU, Cakap Macam Aku Suruh Cakap!!! namun saya x endahkan. Sesungguhnya Ustaz, saya tidak pasti niat saya ungkapkan kata2 tersebut. Sama ada marah, memberi cadangan atau sebaliknya. Kata-kata yang terkeluar di mulut saya tidak seiring dengan apa yg bermain di dalam hati. Selama 6 bulan saya cuba mengingati apa yg telah berlaku, namu idea sering berubah-bubah, saya tidak mampu mengingati dengan jelas apa yg saya niatkan dan ungkapkan kerana ia sudah 2 tahun.

Saya sering was-was dan ragu, Tidak mampu fokus pada kerjaya saya, sering murung dan tak keruan. Sering bersendirian dan ada kala saya terfikir untuk ke mahkamah dan buat pengakuan pada mahkamah tanpa ada bukti yang kukuh kerana saya takut saya telah terniat pada ketika itu. Sejujurnya Ustaz, saya tidak tahu dimana kedudukan saya. Ada kala saya yakin saya tidak berniat, namun adakala hati dengan kuat mengatakan bahawa saya berniat. Sejujurnya ustaz, saya ragu keterlaluan dan sudah lama saya tidak mendekati isteri saya kerana takut menghapiri zinar.

Mohon jasa baik ustaz, nasihat ustaz, apa yg harus saya lakukan.
Harap maaf kalo jalan cerita saya agak panjang.

Terima Kasih
File Upload:
Salam

Saya mohonmaaf kerana tidak dapat menjawab persoalan yang dikemukakan..

tk

Visitor IP: 211.25.211.2

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, August 8, 2017

Soalan: tanya pendapat

Nama*:mohd
Tajuk*:tanya pendapat
Message*:asalamualaikum tuan.
saya selalu keliru dengan diri saya. bila ingat satu perkara saya akan bercakap sorang sorang. kalau isu tak berkaitan agama saya tak kisah pun. tetapi bila terfikir tentang sumpah, talak dan taklik saya jadi takut sangat. sebab saya ada tabiat suka cakap sorang sorang. pernah juga saya lafaz talak soreh tanpa sebab. semuanya kerana tabiat saya yg suka bercakap apa yg terlintas (termasuk lintasan niat) dalam kepala. saya dah ke pejabat agama utk pengesahan talak. pej agama cakap talak tak berlaku sbb sy ada masalah psikologi. ustaz tu ada bg istilah sainsnya tp saya tak ingat. ustaz tu ada bg kaedah kepada sy yg talak soreh tanpa niat saya kena abaikan. tp saya tengok dalam laman web dan buku ckp talak soreh tanpa niat tetap sah. saya cenderung nak guna pendapat pej agama sebab saya dah beberapa kali buat kaunseling. kadang kadang saya tak tahu nak beza antara lafaz lidah atau lafaz dlm hati ( isteri sy suruh abaikan dan anggap ia hanya lafaz dlm hati sbb isteri saya turut hadir dalam kaunseling dgn pej agama)
- adakah hukum akan terjadi disebabkan tabiat buruk saya ini?
- adakah ini jalan keluar bg saya yg bermasalah atau terguna pakai kepada orang lain. wslm.
File Upload:
Salam

Alhamdulillah.. Rawatilah penyakit anda sebaiknya. Ia menjadi punca kepada masalah lain.

Bacalah kitab-kitab fiqh tentang hukum perkahwinan dan fahami hukum hakam Islam untuk menambah keyakinan kepada diri anda. Ada ilmu barulah yakin..

tk

Visitor IP: 175.144.37.169

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Isu Murtad

Nama*:Ingin Tahu
Tajuk*:Isu Murtad
Message*:السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ
Ustaz disini sy ada sedikit persoalan... Isteri hantar mesej kpada sy menyatakan anak dmam... Sy btul2 sedih & membalas "Allahla" bknlah maksud sy utk mnyatakan Allah tiada sbb spt yg kta tahu la dlm bahasa arab bermaksud tiada... Tp la yg sy tlis itu lbih kpd mnunjukkan kesedihan sy... lps sy menaip tu brulah sy sdar yg la tu bleh jga dimaksudkan tiada dlm bahasa arab... Sy x bermaksud bgitu ustad, & skrg sy btl2 risau akan kesannya pada akidah sy, setelah menaip barulah sy sdar implikasinya dlm bahasa arab sdgkan dlm hati sy sedikitpum sy tidak meragui kewujudan Allah... Bantu sy ustaz...
File Upload:
Salam

Ketidaksengajaan dan tiada niat sebegitu, tidaklah menjejaskan perbuatan anda. Tidaklah ia menjejaskan akidah anda. Hanya perlu bertaubat atas kealpaan kita..

tk

Visitor IP: 42.153.62.149

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Keyakinan + Ragu

Nama*:Naji
Tajuk*:Keyakinan + Ragu
Message*:Ustaz

Saya yakin 100% bahawa apabila saya berkata sebegini pada isteri saya :

"Pergilah balik rumah emak kau"

Di dalam hati saya saya tidak niat cerai, hanya niat ingin dia pergi balik ke sana sahaja.

Apabila saya dah yakin 100%, tiba-tiba sahaja datang pula was-was atau ragu-ragu berkata :

"Eh betul ke yakin 100%, ke salah ni"

"Betul ke kau ni, entah2 memang niat cerai"

Bagaimana tu ustaz, bagaimana nak settle penyakit saya ni?
File Upload:
Salam

Hentikan keraguan, berpeganglah kepada qasad dan tujuan asal bicara.. Hentikan keraguan. Usah dilayan perkara yang mendatang, sebab niat awal tu adalah untuk minta dia pulang sahaja...

tk

Visitor IP: 178.209.42.84

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lafas lepaskan

Nama*:arman
Tajuk*:lafas lepaskan
Message*:slm ustaz, pertamanya saya memohon ampun kepada allah sekiranya apa yg saya bgtau ustaz ni ada khilaf. saya dah sedaya upaya mengingatkan kejadian.

kejadian pertama
sebelum pergi kerja saya ada bercakap kepada isteri 'awak hanya perlu ikut suruhan allah, solat, jgn risau pasal saya, saya dah lepaskan awak, saya redho awak masuk syurga' selepas tu saya jadi panik. saya risau saya ada lafaz perkataan lepaskan dia. takut takut juga ada niat talak. saya ada tanya isteri samada dia faham tak apa yg saya ckp sbb sy takut tertalak. dia ckp dia faham. ikut keseluruhan kejadian saya nak bgtau dia ikut je suruhan allah jgn risau dosa dosa dia dengan saya sbb saya redho dia masuk syurga. lepaskan tu maksud saya lepaskan bebanan dosa dia pada saya yg belum saya maafkan. itu je ustaz.

kejadian kedua
ketika maghrib saya jadi risau kejadian pagi tu. jadi saya menyebut lafaz tu '............ lepaskan.............' maaf ustaz saya tak ingat tp masih guna perkataan lepaskan. saya tak pasti kenapa saya sebut tapi yg pasti bukan nak talak cuma keliru/ terbayang kejadian pagi tadi.

ustaz rasa mcm mana. adakah jatuh talak. saya takut ada lintasan niat masa sebut. tq
File Upload:
Salam

Jika itulah niat suami pada ucapan begitu, maka ia tiada kaitan dengan talak.

Hanya masalah di sini ialah suami itu sendiri yang tidak ada keyakinan diri.. mudah was-was dan terbuai oleh mainan syaitan.

So, hentikan keraguan dan berpegang pada ilmu dan hukum Allah.

tk

Visitor IP: 113.210.124.30

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Ragu-ragu / Was-was / Syak Akan Niat Kita

Nama*:Saiful
Tajuk*:Ragu-ragu / Was-was / Syak Akan Niat Kita
Message*:Salam

Bagaimana jikalau kita ragu-ragu / was-was / syak akan niat kita.

Baru-baru ini saya ada bergaduh dengan isteri saya, lalu saya berkata:

"aku tak suka lihat muka mu lagi"

"kau membuat aku malu"

"kau jangan sampai aku lepaskan kau"

Tetapi pada masa itu seakan-akan tiada apa-apa niat di dalam hati dan fikiran saya atau mungkin saya lupa apa akan niat saya (saya memang jenis cepat lupa, baru 2 saat letak kunci kereta atas almari, dah lupa dekat mana letak). Dan beberapa2 hari selepas itu fikiran / hati saya berkata:

1. "adakah aku niat cerai hari tu"

2. "adakah aku niat untuk menakut-nakutkan kan dia sahaja pada hari tu"

3. "adakah niat aku hanya untuk membuat dia insaf dan takut akan perbuatan dia terhadap aku"

Nombor 1, 2 dan 3 diatas ini bermain-main di fikiran / hati saya sekarang. Bagaimanakah untuk menyelesaikan masalah ini? Adakah ini permainan bisikan syaitan?
File Upload:
Salam

Pastikan ungkapan itu tiada ada NIAT utk cerai, maka ia tidaklah terjadinya talak.

Masalahnya kerana saudara sendiri yang timbul keraguan selepas ia diucapkan.

So, hentikan keaguan dan berpeganglah kepada ilmu dan hukum Allah.

Usah terleka dengan mainan syaitan dan kelemahan yang ada pada diri anda sendiri.

tk
Visitor IP: 162.253.130.19

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Berkenaan Dengan Lafaz Cerai / Talak

Nama*:Kamal Bin Ahmad
Tajuk*:Berkenaan Dengan Lafaz Cerai / Talak
Message*:Assalamualaikum

Soalan 1: Adakah ada disyaratkan bahawa lafaz cerai itu memerlukan 1 nafas sahaja?

Soalan 2: Bagaimana dengan sebutan lafaz cerai "I ceraikan you" dengan 2 nafas, contoh:

I..... (1 nafas)

selang 3 saat kemudian:

ceraikan you (1 nafas lain)

PS: Niat dalam hati memang nak ceraikan isteri pun.

Adakah jatuh walaupun 2 nafas?

---
Thanks ya ustaz.
File Upload:
Salam

Tiak kira berapa sela nafasnya, berapa saat lat antara perkataan i ceraikan you itu.. jika ia disebut dengan jelas dan difahami ia adalah lafaz talak, maka jatuhlah talak.

Jika sudah jelas ia membawa makna talak, akan terjadilah talak.

tk

Visitor IP: 142.234.115.119

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, August 7, 2017

Soalan: Wuduk

Nama*:Ingin tahu
Tajuk*:Wuduk
Message*:Mohon pandangan ustaz,adakah batal wuduk jika bersentuhan suami isteri
File Upload:
Salam

Pendapat ulama as-Syafie mengatakan batalnya wuduk.

Tapi saya berpegang kepada beberapa pendapat lain yang mengatakan sentuhan suami isteri tidak membatalkan wuduk dengan adanya dalil yang tersendiri.

tk

Visitor IP: 14.1.193.173

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: kemusykilan lafaz cerai

Nama*:hazif
Tajuk*:kemusykilan lafaz cerai
Message*:assalamualaikum

adakah di kira satu lafaz jikalau di antara perkataan 'aku' dengan 'ceraikan kau' di tengah2nya terhenti seketika?

Example: aku .... (terhenti seketika) ... ceraikan kau

adakah dikira satu lafaz?

tq
File Upload:
Salam

Suami yang menyebut hal itu maka semestinya dialah yang terlebih faham dan tahu apa maksud yang diucapkan.

Boleh diandaikan maksudnya;  AKU...(nak).. ceraikan engkau; AKU (sah) seraikan engkau; AKU.. (tak nak) ceraikan engkau dan lain-lain makna.

Suami perlu tahu apa makna akan setiap sebutannya.

tk



Visitor IP: 49.213.19.70

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: soalan

Nama*:abdullah
Tajuk*:soalan
Message*:assalamualaikum,

ustad saya ada satu kemusykilan,

saya hampir setiap hari bergaduh dengan isteri, kadang2 perkara kecil pon nak dibawa bergaduh..satu hari isteri berkata "macam beruk xreti kemas rumah" kemudian saya balas " bini beruk xboleh tolong ke...kan saya sibuk ni" isteri berkata kembali " beruk tu ada bini ke?" merujuk kepada saya...kemudian saya balas " bukan bini sangat pun...pasangan nafsu je...nothing near suami isteri" apakah jatuh apa2 hukum bagi lafaz tersebut...niat saya hanyalah ingin mengingatkan isteri bahawa jika asik bergaduh...xnampak macam pasangan suami isteri yang bahagia...tiada langsung niat ingin berpisah..mohon penjelasan ustad...
File Upload:
Salam

Tahniah kepada pasangan ini. Anda boleh masuk Book OF Record sebagai pasangan yang paling banyak bergaduh setiap hari... beruk pun ada sama.. hebat tu.. (belajarlah jadi suami yang baik, suami yang boleh membimbing isteri, suami yang sabar dan bijak meneladani isteri. Isteri itu amanah suami. Usah dipersalahkan isteri 100 peratus. Banyak hal berpunca daripada suami juga)

Sebutan seperti itu jika tiada NIAT untuk cerai, ia tidaklah menjatuhkan talak.

tk

Visitor IP: 113.210.207.240

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: tiada suara

Nama*:hasan
Tajuk*:tiada suara
Message*:salam ustaz,

Adakah pergerakan mulut dan lidah tanpa keluar suara ketika lafaz talak dikira sah?
File Upload:
Salam

Lafaz cerai hendaklah jelas dan terang sebagaimana lafaz AKU TERIMA NIKAHNYA disebut terang dan jelas baharulah sah AKAD NIKAH...

tk

Visitor IP: 219.92.106.218

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, August 6, 2017

Soalan: Tiada Niat

Nama*:Ali
Tajuk*:Tiada Niat
Message*:Assalamualaikum Ustaz....

1/. Semasa isteri saya sedang memandu, lampu isyarat masih hijau lagi.Saya berkata pada isteri saya "Hijau....Hijau".Secara tiba - tiba isteri saya berhenti dilampu isyarat tersebut lalu saya berkata pada isteri saya "Alah....lepaslah sayang".Kemudian isteri saya berkata pada saya "Mana sempat bang...lampu isyarat dah tukar merah dah".Saya pun diam....
Ustaz,Saya yakin tidak lafaz dan tidak ada niat.

2/. Saya berkata pada isteri saya "Kalau abang terlupa tu...minta maaflah yea,sebab abang dah termakan semut api banyak.....Okay".Semasa saya menyebut perkataan "Okay" kebetulan drama tv yang kami sedang tonton itu...Si Suami dalam drama tersebut telah melafazkan (saya taknak taip apa dia,saya rasa Ustaz tahu) pada isterinya.....
Saya tidak ada niat......


Sila Ustaz jelaskan......


Terima Kasih
File Upload:
Salam

Anda ini jenis apa ya? Kenapa lampu merah hijau pun nak dikaitkan dengan cerai dan talak.. Tak usah berfikiran seperti itu. Itulah was-was dan keraguan yang anda layan dan akhirnya ia menyusahkan hidup anda..

Dalam kes dikemukakan, tiada terjadinya talak..

tk

Visitor IP: 175.143.100.137

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Talak - sambungan 2

Nama*:Abdullah
Tajuk*:Talak - sambungan 2
Message*:salam ustaz,

maaf ustaz.mohon perbetulkan sekiranya saya silap.cuma nak kepastian.waktu edah isteri mengandung adalah sehingga dia bersalinkan?

maksudnya dalam masa isterisnya mengandung tu (anggaran dalam 9 bulan) A boleh rujuk kembali isterinya dalam tempoh masa tersebut (memadai dengan ajakan suami kepada isterinya untuk kembali bersama-sama)?

terima kasih.
File Upload:
Salam

Edah isteri yang mengandung ialah sehingga melahirkan anak.

Rujuk memadai dengan ajakan suami untuk kembali bersama-sama, kembali berdamai dengan isterinya.

tk
Visitor IP: 175.138.187.136

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Lafaz Talak

Nama*:Mohd Sharul
Tajuk*:Lafaz Talak
Message*:Assalam

Adakah di kira lafaz talak jikalau hanya di sebut "ceraikan kau" sahaja dan tiada perkataan "aku" ?

Mohon penjelasan dari Ustaz.

Syukran...
File Upload:
Salam

Ia boleh dikira sah talak dengan adanya NIAT dan tujuan lafaz itu adalah untuk menceraikan isterinya.

tk

Visitor IP: 88.202.181.11

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, August 5, 2017

Soalan: Talak - sambungan

Nama*:Abdullah
Tajuk*:Talak - sambungan
Message*:Salam,

sambungan dari pertanyaan sebelumnya ustaz.

maka telah tejatuhnya talak tersebut. adakah memadai si suami mengucapkan rujuk kembali kepada isterinya.sekiranya kedua-duanya bersetuju ingin rujuk kembali.

atau perlu melalui proses apa2? (kalau ada boleh terangkan).

terima kasih.
File Upload:
Salam

Suami boleh merujuk isterinya selagi dalam tempoh edah. Untuk rujuk, memadai dengan ajakan suami kepada isterinya untuk kembali bersama-sama...

tk

Visitor IP: 183.171.68.228

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Talak

Nama*:Abdullah
Tajuk*:Talak
Message*:السَّلاَÙ… ُعَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللّٰÙ‡ِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡

Ustaz.sy ada persoalan nak tanya ustaz.sepupu sy (namakan A) dia dah nikah lama.dah ada anak dah.satu hari tu A dpt tahu isteri dia ada hubungan dgn suami org.A cuma ada bukti yg isteri dia bergambar mesra dgn org tu dan beberapa mesej mesra.org tu saya bg nama Z.

Lepas tu A ada kata lbh kurang mcm ni kat isteri dia.kalau awak pernah tido dgn Z ni maka jatuh talak.masa tu A kata dlm keadaan emosi tak terkawal.

Isteri dia terkejut.isteri dia tanya balik.kejadian tu utk yg akan dtg ke?atau masa2 yg terdahulu?

A jwp balik.tak kira la akan dtg ke sebelumnya ke kalau salah seorang dr kita pernah tido dgn org lain.

Jadinya masa kata kali kedua tu dia dah masukkan dirinya sekali.

Utk makluman ustaz masa dulu2 sebelum kawin ni dia org agak sosial.mungkin isteri dia ada pernah buat dgn org lain (selain dgn Z).mungkin jg A ada pernah dgn perempuan lain dan mungkin jg A dgn isterinya sendiri (yg ketika tu diaorg sedang berkasih).

Ada 3 situasi berbeza di situ.jadi persoalan di sini.adakah terjatuh talak?

Masa pertama kali A sebut tu.itulah niat sebenarnya dia.kalau isteri dia pernah buat dgn Z maka jatuh talak.A takde niat utk libatkan isteri dia dgn org lain selain Z.

Masa tu saksi takde.cuma A, isterinya dan anak2 sj.

Lagi satu selepas kejadian ni.isteri A ada buat pregnancy test.dan ia positif.jadi kejadian ni berlaku semasa isteri A mangandung.

Terima kasih.
File Upload:
Salam

Lafaz taklik itu sah seperti apa yang diucapkan oleh suami;

kalau awak pernah tido dgn Z ni maka jatuh talak

tak kira la akan dtg ke sebelumnya ke kalau salah seorang dr kita pernah tido dgn org lain.

Talak akan terjadi jika isteri pernah tidur dengan Z, sama ada sebelum kejadian atau selepas kejadian pada hari itu.

Talak juga akan terjadi jika A (suami) pernah tidur dengan perempuan lain sama ada sebelum atau selepas kejadian pada hari itu.

Cuma perlu diingat, taklik ini hanya terikat dalam tempoh mereka disahkan menjadi suami isteri. Jika kejadian itu terjadi sebelum mereka berkahwin, tidaklah ia terikat dengan taklik kerana hukum taklik hanya terjadi kepada suami isteri sahaja. Kisah silam usah diungkit dan ia tiada kaitan dengan cerai dan taklik.

tk

Visitor IP: 183.171.68.228

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, August 4, 2017

Soalan: Kemusykilan pd lafaz Takliq

Nama*:Ahmad
Tajuk*:Kemusykilan pd lafaz Takliq
Message*:Assalamualaikum ust..sy ada bergaduh dgn isteri menyebabkan isteri sy ingin mbawa diri ke dlm bilik tidur kami di tingkat 2..Semasa beliau ingin naik ke atas..sy telah lafazkan kalau kau naik ke atas, aku talak kau..dia tidak engkar arahan sy..

Soalan sy.. Adakah jatuh talak ke atas beliau jika dia naik ke bilik tidur slps ini (kemudian hari) kerana semasa sy melafazkan hnya waktu itu shj cuma sy tidak sebut ketika itu..niat di hati hnya itu waktu itu shj..tq ustaz
File Upload:
Salam
Lafaz taklik mengikut apa yang diniatkan oleh suami. Jika suami bermaksud ia hanya pada malam itu sahaja, maka taklik itu terkhusus pada malam berkenaan sahaja.

Malam berikutkan ia tidaklah lagi terikat dengan taklik jika itulah yang diniatkan oleh suami.

tk

Visitor IP: 183.78.62.46

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Ingin Bertanya

Nama*:Saad
Tajuk*:Ingin Bertanya
Message*:Assalamualaikum Ustaz...

Saya ada 3 soalan untuk bertanya dengan Ustaz :

1/. Ketika saya ingin mengambil gambar AJK Muslimah Surau rumah saya...Saya memanggil isteri saya "Iera" lalu saya menyebut nombor 1,2,3 dan saya menekan butang kamera untuk ambil gambar mereka semua.Saya tidak ada niat apa-apa pun...

2/. Selesai saja ambil gambar mereka semua....saya ambil gambar Isteri saya dan AJK Muslimah Surau sekali lagi dengan menyebut "Ok bebas..1,2,3" dan saya terus menekan butang kamera tersebut....Bebas maksud saya....buat gaya bebas atau free style...Saya tak berniat apa-apa pun...

3/. Saya beritahu pada Mak saya...anak saya letak kat rumah mak mertua saya di Setapak manakala Isteri saya tinggal dengan saya di Ukay Perdana...Kemudian mak saya berkata "Kesian anak kau...Kecil - kecil lagi dah terpisah dengan mak bapa dia".Saya pun berkata pada Mak saya "Ok mak....nanti Naz (saya) bincang dengan Iera (Isteri saya)...untuk bawa balik Amin (anak saya) ke rumah di Ukay Perdana".Saya tidak ada niat...


Ustaz.....jatuh atau tidak situasi tersebut?.....Saya tidak berniat apa2...


Tolong Ustaz jelaskan.....


Terima Kasih...
File Upload:
Salam

Hai tak kanlah semua benda hendak dikaitkan dengan cerai dan talak. Itukan situasi ambil gambar, situasi berpisah dengan ibu dan anak...

Usah dikaitkan semua hal dengan talak yang akhirnya ia akan menyusahkan hidup anda.

Berfikirlah secara waras dan yang lebih penting belajarlah ilmu fiqh agar ia membantu dalam membuat keputusan.

tk

Visitor IP: 175.143.100.137

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Suami melarang tapi tidak kaitkan dgn cerai

Nama*:Yana
Tajuk*:Suami melarang tapi tidak kaitkan dgn cerai
Message*:Assalamualaikum ustaz
Saya nk tanya, apa hukum jika suami berkata kepada isteri :
- kau jangan keluat rumah
- kau jangan tidur lagi lepas asar
-kau jangan makan nasi (kadang² saya nak makan nasi ,saya minta izin suami, kadang² saya tak minta izin pun)

Dan sebagainya ustaz...
Soalan saya pada ustaz, apa hukum jika suami melafaz ayat larangan tapi dalam lafaz tu tak ada ayat cerai / tak dikaitkan dengan cerai..
Boleh jatuh cerai ke?
File Upload:
Salam

Larangan seperti itu adalah larangan semata-mata. Ia tidak dikaitkan dengan cerai. So, jika dibuat ia mungkin menimbulkan kemarahan suami sahaja tetapi tidaklah terjadinya cerai..

Kasihan kat puan kan.. nak makan nasi pun tak boleh.. kuruslah lepas ni.. he he..

tk

Visitor IP: 113.210.71.225

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Lafaz

Nama*:Harman
Tajuk*:Lafaz
Message*:Salam

Adakah melafaz secara berdengus dikira dah...lidah tidak bergerak dan suara tidak keluar...cuma angin Dari tekak
File Upload:
Salam

Cerai hendaklah dilafazkan dengan jelas baharulah dikira sah.. seperti juga akad nikah, hendaklah dilafazkan dengan jelas, baharulah sah terjadinya akad..

tk

Visitor IP: 113.210.197.241

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Adakah Jatuh Talak 2.0

Nama*:Adam Muhammad
Tajuk*:Adakah Jatuh Talak 2.0
Message*:Salam Ustaz

Pada 02 Ogos 2017 saya ada bertanya soalan:

---
Salam Ustaz

Baru-baru ini oleh kerana saya terlalu marah akan isteri saya, maka saya telah berkata kepadanya:

"Jikalau engkau keluar dari rumah ini pada hari ini, aku akan ceraikan engkau"

Jarak diantara "Aku akan" dengan "ceraikan engkau" terhenti seketika diantara 2-3 saat, "Aku akan..... ceraikan engkau"

Adakah jatuh talak?

Terima kasih Ustaz.

Jawapan:

Salam

Ia dikira sebagai lafaz taklik. Taklik akan terjadi (jatuh talak) apabila isteri keluar pada hari berkenaan sahaja. Kerana seperti itulah lafaz taklik yang disebut oleh suami.

tk
---

Soalan baru:

Ini bermakna lafaz yang diucapkan walaupun terhenti 2-3 saat diantara dua patah perkataan tersebut adalah tidak sah yakni tidak jatuh talak, betul ya Ustaz?

Terima kasih.
File Upload:
Salam

Lafaz taklik hanya dimengerti oleh suami yang menyebutnya sahaja. Suami tahu apa yang dimaksudkan bukannya orang lain..

Jika itu yang dimaksudkan suami, maka itulah sebenarnya..

tk
Visitor IP: 172.98.87.118

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, August 3, 2017

Soalan: chatting

Nama*:amran
Tajuk*:chatting
Message*:asalamualaikum

ustaz, ketika saya jahil dulu saya selalu menipu orng dalam laman sesawang menggunakan tulisan yg saya ni telah bercerai dengan niat nak menipu. saya tak pernah berniat bercerai. saya terbaca artikel yg mengatakan lafaz soreh berguraupun boleh jatuh talak. mcmana ye ustaz benda ni berlaku dah 5 tahun dah. saya tak mampu tarik balik masa. bolehkan saya bertaubat sahaja tanpa ke pejabat agama.
File Upload:
Salam

Jika anda bermaksud menipu maka ia tidaklah dikira talak yang sah. Kerana suami tidak pernah menceraikan isterinya hanya dia berniat menipu atas tujuan tertentu.. hehe... maka tidaklah terjadi talak.. tetapi perbuatan itu berdosa besar kerana MENIPU... ini mesti nak goda awek yeee..

Ok, jom lah kita taubat banyak-banyak.

tk

Visitor IP: 175.145.114.67

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Kemusykilan

Nama*:Rahman
Tajuk*:Kemusykilan
Message*:Salam Ustad

Isteri saya kuat berleter...satu hari dia telefon saya Dan berleter...saya hanya mendiamkan diri Dan mengiyakan sahaja...selepas dia habis bercakap...sebelum saya mahu menekan butang "drop call".. Terlintas niat di hati..." Kalau aku tekan butang ni maka jatuh ****k"...kemudian saya menekan butang off tersebut...semuanya berlaku terlalu pantas...apa hukumnya disini Ustad...risau saya...saya tidak mengeluarkan apa2 lafaz...hanya terlintas di hati sebelum saya tekan butang tutup panggilan
File Upload:
Salam

Jika itu hanyalah lintasan hati dan bukan NIAT yang benar untuk cerai, maka tidaklah dikira terjadinya talak.

Abaikan lintasan hati dan bawalah bersabar dengan leteran sang isteri.. he he..

Suami mana-mana pun sama sahaja menghadapi situasi seperti ini..

tk

Visitor IP: 113.210.188.95

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, August 2, 2017

Soalan: Adakah ini Ziha?

Nama*:Mus
Tajuk*:Adakah ini Ziha?
Message*:Assalamualaikum ....


Ustaz....Saya ingin bertanya jika saya terpanggil isteri saya YA (nama panggilan adik perempuan saya)....atau saya terpanggil adik perempuan saya YANG (panggilan untuk isteri)....

Adakah ia Ziha?

Minta Ustaz tolong jelaskan....

Terima Kasih....
File Upload:
Salam

Ia tidaklah dikira sebagai zihar..

Zihar lain caranya..

tk
Visitor IP: 115.134.119.37

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Hukum isteri tak nak tidur dgn suami

Nama*:Mas
Tajuk*:Hukum isteri tak nak tidur dgn suami
Message*:Saya gaduh dgn suami dan tak nak tidur bersama suami...
Suami pujuk saya dan suami cakap :
" Bukan abang yg cakap yer,abang tak cakap yer ( cakap disini bermaksud bukan suami yg tak nak tidur dengan isteri, tetapi isteri yg tak nak tidur dengan suami ).

Soalan:

1. Boleh jatuh cerai ke,?
2. Berdosakah saya sbg isteri tak mahu tidur dengan suami?
File Upload:
Salam

Tidak dikira talak pada ucapan seperti itu

Berdosa bagi isteri yang enggan tidur bersama suaminya.. kena pujuk baik-baik tu..

tk

Visitor IP: 113.210.53.230

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: hukum

Nama*:pemuda
Tajuk*:hukum
Message*:salam ustad,

apakah hukum onani ketika berseorang diri setelah berkahwin,

adakah jatuh apa2 hukum terhadap perkahwinan?
File Upload:
Salam

Onani antara perbuatan dicela oleh syarak kecuali kes-kes tertentu. Banyakkan bersabar..


Ia tidak melibatkan apa-apa kesan kepada perkahwinan (seperti talak @ cerai)

tk

Visitor IP: 60.53.117.227

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Adakah Jatuh Talak

Nama*:Adam Muhammad
Tajuk*:Adakah Jatuh Talak
Message*:Salam Ustaz

Baru-baru ini oleh kerana saya terlalu marah akan isteri saya, maka saya telah berkata kepadanya:

"Jikalau engkau keluar dari rumah ini pada hari ini, aku akan ceraikan engkau"

Jarak diantara "Aku akan" dengan "ceraikan engkau" terhenti seketika diantara 2-3 saat, "Aku akan..... ceraikan engkau"

Adakah jatuh talak?

Terima kasih Ustaz.
File Upload:
Salam

Ia dikira sebagai lafaz taklik. Taklik akan terjadi (jatuh talak) apabila isteri keluar pada hari berkenaan sahaja. Kerana seperti itulah lafaz taklik yang disebut oleh suami.

tk
Visitor IP: 175.139.51.170

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, August 1, 2017

Soalan: mohon penjelasan

Nama*:muhd jasni awaluddin
Tajuk*:mohon penjelasan
Message*:salamwarahamatullah ustaz..saya ada satu masalah yg ingin dikongsi pada ustaz dan berharap ustaz dapat tolong saya.ia berkenaan dgn hal dan penyakit was2..saya setiap kali bangun tidur pada waktu pagi kadang kala pasti nampak cairan yang bercirikan kilau-kilauan,bertali lekit seperti air liur,dan apabila saya hidu,ia tidak berbau apa pun..jadi saya teruskn dengan membersihkannya dan tidak laksanakan pun mandi hadas..tapi kadang kala saya diganggu bermacam2 perasaan seperti saya ni berhadas besar la dan mcm2 bisikan dlm perasaan ini..ini lah yang saya alami selalu..tapi ustaz jika lihat dari ciri itu ia bukanlah air mani kan?? mazi pun boleh juga keluar semasa tidur juga ye? ada yang saya bertanya pada yang lain semua berkata abaikan saja dan cuci..jadi ustaz berdasarkan masalah yang saya hadapi ini,ia bukanlah mani ye? yang berlaku pada sya ini hanyalah mazi sje ye?? jadi tepatkah tindakan saya abaikan sje?
File Upload:
Salam

Usah dilayan keraguan yang mendatang. Jika tidak ada mimpi kemuncak, ia adalah air mazi yang cukup dengan basuhan sahaja.

Atasi penyakit anda dengan ilmu.. BElajarlah hukum hakam fiqh sebaiknya dan tahu hukum hakam. dengan keyakinan anda tidak ada lagi keraguan.

banyakkan istighfar dan binalha keyakinan diri sendiri.

tk

Visitor IP: 183.171.69.34

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA