Soalan: terlafaz ketika was2
Nama*: | mohd |
Tajuk*: | terlafaz ketika was2 |
Message*: | Assalamualaikum ustaz..soalan tambahan dari saya
Ketika memandu dan asyik memikirkan ayat apakah yg datang dalam lintasan hati yg lepas tiba2 terlafaz "aku cerai lah" sebanyak 2x tanpa disengaja..tanpa diqasadkan atau niat kepada isteri..cuma niat sebenar hanya utk memikirkan apakah ayat pada lintasan hati yg lepas..apakah hukumnya ustaz? |
File Upload: | |
Salam
Awak ni kenapa suka melayan was-was dan keraguan dalam diri. Ia memakan diri sendiri. Ubatilah dan rawatilah penyakit ini.
Jika benar tiada niat untuk cerai, maka ia tidak menjatuhkan talak.
tk
Visitor IP: 203.106.149.62
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.