Tuesday, May 23, 2017

Soalan: Kecil hati dengan suami

Nama*:Atiqah
Tajuk*:Kecil hati dengan suami
Message*:Assalamualaikum ustaz. saya nak bertanya dan meminta pendapat daripada ustaz. Usia perkahwinan kami baru sebulan dan kami pjj. Saya di KL dan suami di JB demi kerjaya masing-masing. Di KL saya tinggal bersama ayah yang juga pjj. Ibu dan adik-adik saya tinggal di Perak. Sebelum berkahwin, tiap minggu cuti sabtu ahad, saya dan ayah akan pulang ke Perak dengan menaiki kereta saya (Myvi) manakala kereta ayah (Exora) diletakkan di Perak untuk memudahkan pergerakkan ibu untuk menguruskan adik-adik dan aktiviti harian. Suami saya pula ada kereta Myvi yang diletakkan di JB dan motosikal untuk kegunaan ke pejabat. Manakala mak mertua saya di Sabak bernam punya 3 buah kereta kancil, vios dan camry.
Ceritanya macam ni, baru seminggu usia perkahwinan kami tiba-tiba suami saya ingin berbincang dengan saya bahawa mak mertua saya ingin mengambil kereta suami saya (anaknya) untuk memudahkan pergerakan nya ke pejabat dan hantar bapa mertua saya ke rawatan dialisis. Sebelum berkahwin, saya bercadang untuk bagi kereta saya kepada ayah supaya mudah untuk dia pulang ke Perak untuk menguruskan anak-anak yang masih bersekolah dan belajar oleh kerana saya sudah bersuami dan tidak ikut bersama ayah untuk pulang ke Perak tiap hujung minggu. Suami saya awal nya ingin bagi keretanya kepada saya setelah saya memberi cadangan untuk bagi kereta saya kepada ayah. Saya jadi tidak bersetuju untuk suami saya bagi kereta nya kepada mak mertua saya kerana dia punya 3 buah kereta yang elok dan boleh diguna pakai. Saya tidak tahu apa motif dia minta kereta suami saya seelok kami berkahwin.Alasan yang diberi, kereta kancil yang selalu digunakan ulang-alik ke pejabat sudah uzur. Saya boleh terima jika hanya kancil kemudahan yang mak mertua saya miliki, tetapi 2 buah kereta yang mewah itu untuk kegunaan apa? Apabila suami saya meminta untuk tukar kereta Myvi dengan Vios, bapa mertua saya seakan tidak setuju. Bukan saya kedekut atau control suami untuk tidak memberi kepada mak nya. Tetapi saya juga perlu berfikir masalah keluarga saya dan kemudahan kami berdua juga. Macam mana nanti ayah nak pulang ke Perak, tak akan asyik naik bas. Macam mana jika saya kursus, dan ayah perlu pulang ke Perak? Saya agak berkecil hati dengan suami yang hanya setuju tanpa memikir panjang. Ya, dia ada bertanya pendapat pada saya dan saya terpaksa bersetuju jika masalah ini melibatkan mak nya a.k.a mak mertua saya walaupun hakikatnya saya tidak bersetuju. Siapa saya membangkang kata mak nya kepada anak nya. Dalam bulan depan dia ingin uruskan hantar kereta dari JB ke Sabak bernam dan kami masih memikir caranya bagaimana. Ya Allah dugaan nya. Macam mana masalah saya ini ustaz? Saya betul-betul tidak berani untuk luahkan rasa hati ini kepada suami saya. Saya takut dia berkecil hati kerana saya tidak setuju dengan mak nya.

Email saya : com
File Upload:
Salam Puan

tahniah kerana telah bersuami dan berkahwin.

Dugaan perkahwinan bukan sedikit, bukan juga terlalu berat untuk dipikul kerana Allah memberi dugaan mengikut kemampuan seorang hamba.

Saya tidak pasti kenapa mertua meminta kereta anaknya kembali, adakah kerana kereta itu mereka yang bayar atau mungkin sebab lain. Atau mungkin juga mereka tidak berapa selesa apabila mereka tahu kereta itu digunakan oleh besannya untuk perjalanan jauh.. Kadang kala manusia itu berfikir sebegitu, atas rasa tamak dan haloba, mereka memikirkan segala perkara perlu dihitungkan atas nilai ringgit dan sen.

Walau bagaimanapun, kita tidak tahu dengan jelas apa dan kenapa.. Usah dibuat hipotesis keterlaluan. Bersabarlah dahulu. Berikan dahulu kereta itu kepada mereka. Setelah puan suami isteri menghadapi masalah, fikirkan solution baharu yang boleh diatasi. Mungkin dengan membeli kereta baru yang lebih baik, mungkin mencari ruang berpindah agar hilang status PJJ... atau berbagai lagi aturan yang sebenarnya ALLAH hendak tentukan kepada kita.

Buat masa ini, biarlah mereka mengambil semula kereta itu, dan biarlah bersusah payah seketika dan cuba atasi dengan cara lain.

Suami isteri sepatutnya boleh berbincang dalam apa jua hal. Kadang kala suami tidak sedar tindakannya akan menyusahkan sesebelah pihak, sehinggalah masalah di hadapan mata, baharu tersedar masalahnya. So, turuti dahulu kehendak mereka dan berserahkan kepada ALlah.

Maaf lambat nak jawab.

tk

Visitor IP: 175.136.247.252

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA