Soalan: talak kias sah atau tidak sah
Nama*: | qila ganu |
Tajuk*: | talak kias sah atau tidak sah |
Message*: | assalamualaikum ustaz..sy dan suami sy selalu bergaduh..suami selalu mengatakn yg dia dh x sygkn sy lg dan dia mengatakn melaui msjmcm nie..
'mung kemas baju2 mu aku hantar balik umh mk mu..aku xmboh dh ke mu'..adakah jatuh talak seperti itu ustaz?dan dye sellu mengatakn yg dye x sygkn sy dh setiap kali sy bergduh..sblm nie dye penh jayuh lafaz 2 kali tp secara kias jgk tp dye rujuk kembali..mohon ustaz jelaskn..
soalan ..sblm nie suami sy penh lakukan ade msj dgn pempuan lain dan dye mengatakn dye bujng..selalu berjnji xkn ulngi lg..tp dye buat lg dan buat lg smpi skrng..ape ptt sy buat ustz?mohon ustz jelskn.. |
File Upload: | |
Salam
Jika msg suami seperti itu, ia perlukan niat suami untuk jatuhkan talak. jika tiada niat talak, ia tidak dianggap talak.
BErapa talak telah terjadi? saya tidak pasti kesahihan ceritanya. Elok dibawa kes ini ke pejabat agama untuk rujukan.
tk
Visitor IP: 210.186.55.228
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.