Soalan: Taklik
Nama*: | Faizal |
Tajuk*: | Taklik |
Message*: | Aslm.ustaz,sy pernah mentaklik isteri sy pada tahun 2015,pada tahun 2016 ketika bergaduh,saya telah melafazkan lafaz soreh talak 1 kepada isteri.belum sempat habis eddah kami rujuk.adakah taklik dulu masih terpakai?saya jadi keliru,sebab ada ustaz dari pejabat mufti memaklumkan taklik tidak terbatal disebabkan bukan lafaz taklik.tambahnya lagi,masa dalam eddah,kami masih dikira suami isteri.boleh ustaz beri huraian tentang ini.apakah ada kesepakatan ulama dalam masalah ini.Saya kembali risau memikirkan masalah ini.Saya menyesal dengan semua ini.kalau boleh nak bina hidup baru.tak mahu diburu masalah lalu. |
File Upload: | |
Salam
Taklik terdahulu akan terbatal setelah jatuhnya talak.
Itu yang saya faham..
tk
Visitor IP: 14.1.193.173
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.