Friday, May 26, 2017

Soalan: Bergurau dgn suami

Nama*:Hani
Tajuk*:Bergurau dgn suami
Message*:Assalamualaikum ustaz...

Saya selalu mengusik suami dimana saya selalu minta dijimak oleh suami walaupun masa tu kami baru selesai bersama...

Bila saya ajak, suami akan bagi alasan yg dia penat, letih, mengantuk...
Kadang² siang hari ramadhan pun saya akan mengusik suami dgn berkata "abg nak tak puasa 2 bulan berturut turut sambil saya tersenyum",...

Suami akan ckp " abg taknak..sambil senyum...".

Soalan saya ;

1. Apakah hukum jika isteri minta dijimak tetapi suami memberi alasan...
Tapi saya sebagai isteri jenis tak kisah pun dan menerima alasan suami tu...
Maknanya,dlm urusan berjimak ni, saya dan suami ada sikap saling memahami antara satu sama lain.

2. Boleh jatuh talak ke sbb dlm lafaz taqlik selepas nikah, ada tertulia mengenai tanggungjawab Suami dlm hal memberi nafkah zahir & batin.

Mohon pencerahan ustaz
File Upload:
Salam

Jarang ditemui kes seperti ini. Biasanya isteri amat malu meminta berjimak dengan suaminya.. Tak apa, ia tidak salah pun untuk dibawa bergurau senda dengan suami. Ia baik jika ia dapat diterima baik oleh suami.

Pada saya, ia tidak salah asalkan ia bisa membahagiakan pasangan.

Ia tidak menjatuhkan talak kerana nafkah seks adalah atas kehendak suami isteri, atas kerelaan suami isteri. Dalam lafaz taklik semasa akad itu lebih ditekankan kepada nafkah yang ditinggalkan 4 bulan berturut-turut...
tk

Visitor IP: 113.210.66.155

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA