Soalan: Lafaz Talak
Nama*: | Siti |
Tajuk*: | Lafaz Talak |
Message*: | Assalamualaikum Ustaz, saya ingin bertanya:
Semasa berselisih paham,
Saya: Jika bergaduh begini, lebih baik pergi ke mahkamah dan selesaikan cara elok.
Suami dalam keadaan marah menyebut:
'Dah nak ceraikan?
Nak anak bahagia dengan penceraian kan
U got what u ask for
Nak cerai tak ada harta sepencarian
Saya akan failkan nusyuz
Esok kita pergi mahkamah syariah'
Selepas reda...saya tanya bagaimana status nikah. Suami kata ...itu lafaz kinayah, dia tidak maksudkan talak semasa dialog tersebut. Dia maksudkan setuju dengan cadangan ke mahkamah.
Saya ajak suami ke pejabat agama, tetapi dia kata dia yakin dengan niatnya di hati. Tetapi saya ingin bertanya pada ustaz, lafaz tersebut adalah lafaz yang jelas atau kinayah.
Terima kasih. Assalamualaikum |
File Upload: | |
Salam
Terimalah pengakuan suami..
tk
Visitor IP: 203.217.176.67
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.