Nama*: | Yahya |
Tajuk*: | Surat Taklik |
Message*: | Assalamualikum Ustad, Saya ada pertanyaan pada ustad mengenai surat taklik. Isteri saya seorang mualaf dan saya telah menceraiakn dia dengan talak 1 dan rujuk kembali dalam tempoh edah.Tidak lama selepas itu saya ada membuat satu surat taklik dan masih belum saya berikan ataupon lafaz cerai taklik tersebut kepada isteri saya. Berikut adalah surat tersebut. Bahawa saya xxxxxxxx, berIC no xxxxxxxxx dengan ini menjelaskan serta menegaskan sekiranya isteri saya, xxxxxxxxx berIC no xxxxx tidak mematuhi atau pun melanggar mana mana satu perkara di bawah yang saya nyatakan- 1. Tidak menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslimah dengan sengaja. (solat 5 waktu) 2. Mengabaikan tanggungjawab terhadap anak. 3. Memburukkan keluarga saya atau mengatakan perkara perkara yg buruk mengenaikan keluarga saya kepada org lain.(aib) 4. Mengaibkan saya kepada org lain. 5. Tidak jujur dalam berkata kata.(menipu/tidak berkata benar) 6. Kembali Murtad( secara lisan atau diam yakni dalam erti bahasa menyokong perkara perkara yang boleh memesongkan aqidah sebagai seorang islam seperti mengakui Jesus is the way of life , mendengar atau mengikuti lagu lagu ketuhanan Kristian . 7. Mempelajari agama Islam seperti yang di janjikan 8. Tidak menghormati nasihat dan teguran yang di berikan. 9. Tidak boleh meraikan Krimas. 10. Membandingkan agama. 11. Mencari ketuhanan selain dari Allah. maka dengan itu tertalaklah dia dengan talak 3. Soalan saya ustad.. adakah taklik ini sah jika saya memberikan saja surat taklik ini kepada isteri saya tanpa melafazkan taklik tersebut. Terima kasis ustad. |
File Upload: |
Sebagai suami, kenalah bijak mengurus diri sendiri dan menjaga isteri.. Isteri itu amanah Allah, bukan barang dagangan yang sehendaknya mengikut kemahuan suami semata-mata. Isteri ada perasaan, ada kemahuan, ada keinginan dan ada kelainan tersendiri..
Jika suami berbuat seperti ini; buat senarai taklik berjela-jela.. memang sah anda tidak layak menjadi suami yang baik.
Jika apa yang anda tulis ini belum diserahkan kepada isteri, isteri belum membacanya, maka ia tidak lagi dianggap sah sebagai taklik. Taklik itu mestilah difahami dan diketahui oleh isteri terlebih dahulu, baharulah sah ia dianggap taklik; baik sama ada anda membacanya (menyebutnya) atau cukup memadai isteri membacanya sahaja.
JIka ia belum diserahkan kepada isteri, saya nasihatkan anda buang dan padamkan terus taklik ini. Ia terlalu umum dan terlalu mudah untuk menjatuhkan taklik talak tiga seperti yang disebut...
Jadilah suami yang bijak, beriman, berilmu, bertaqwa dan sabar... Jangan hanya mengharapkan isteri sahaja jadi baik, sedangkan suami lagi teruk perangainya..
tk dan mohon maaf.
Visitor IP: 1.32.77.119
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.