Soalan: Taklik
Nama*: | Ingin tahu |
Tajuk*: | Taklik |
Message*: | Salam ustaz.
Saya ada menonton utube,ceramah seorang ustaz berkaitan taklik. Dia jelaskan-
1.jika suami lafaz 3 taklik,dan andainya isteri langgar 1 taklik,dan rujuk dlm eddah,2 taklik lg masih terpakai.
2.jika suami lafaz taklik dlm eddah,taklik itu valid
3.kalau nak batalkan semua taklik kna tgu eddah abis dan nikah semula
Perkongsian:dari puan suzana ghazali perunding psikologi keluarga & guaman syarie: taklik tidak boleh dibatalkan.taklik sah dan berjalan sehingga berlaku pelanggaran taklik atau perceraian yang bukan disebabkan lafaz taklik.
Mohon penjelasan |
File Upload: | |
Salam
Ok.. terima kasih atas perkongsian ilmu yang baik..
tk
Visitor IP: 14.1.193.173
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.