Tuesday, May 30, 2017

Soalan: tak tahu kinayah atau tidak

Nama*:Rusdi
Tajuk*:tak tahu kinayah atau tidak
Message*:Assalamualaikum ustaz, semalam saya ada bertengkar dengan isteri di dalam kereta, memandangkan saya juga ada penyakit lintasan hati mengenai penceraian, jadi ketika bertengkar tu datang pemikiran-pemikiran yang tidak sepatutnya saya fikir, saya masih membebel kepada isteri saya dengan cuba untuk mengalihkan pemikiran saya daripada berfikir hal penceraian.

Dalam perjalanan itu juga kami singgah ambil anak-anak disekolah, sampai disekolah saya tunggu dalam kereta, manakala isteri pergi mengambil anak-anak, ketika anak sulong saya masuk dalam kereta di bahagian hadapan, saya cakap kat anak saya, "cabut selipar edris tu", saya tak tahu apa yang bermain difikiran saya, dan saya pun tak tahu kenapa saya cakap macamtu, mungkin sebab saya nak elak daripada datangnya lintasan penceraian dalam kepala saya, padahal kalau diikutkan anak saya tu mesti dah tau tak boleh pijak kerusi pakai selipar, apa yang memeningkan diri saya adalah saya jadi terlalu berfikir perkataan "cabut" diandaikan cerai, dan selipar itu adalah isteri sebab isteri saya yang belikan selipar itu.

Saya malas nak layan pemikiran-pemikiran macamni, tapi saya mula jadi risau dan sukar nak beribadat, sebab memikirkan itu adalah lafaz kinayah, padahal tidak ada satu patah perkataan pun yang saya sebut itu menunjukkan penceraian, kalau diikutkan bulan puasa syaitan diikat kenapa perasaan/pemikiran/lintasan ini masih bersarang dalam diri saya? boleh jadi lafaz kinayah ke ustaz perkataan macamtu?

Masa bulan rejab saya banyak solat hajat semoga penyakit bersarang dalam diri dapat saya buang, 2-3 hari puasa saya ok jer boleh kawal tetapi mungkin sebab bertengkar sikit ia menjadi trigger untuk penyakit tu datang tanpa diduga. bantu saya ustaz.

Terima kasih dan selamat menunaikan ibadah puasa.
File Upload:
Salam

Ubati penyakit yang bersarang dalam diri saudara. Itu punca utama masalah hidup anda hari ini.

Talak tidak akan terjadi jika tiada lafaz yang jelas disebut.

tk

Visitor IP: 115.132.51.199

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA