Soalan: Jatuh talk atau tidak
Nama*: | Farah |
Tajuk*: | Jatuh talk atau tidak |
Message*: | Assalamualaikum ustaz..
Pada satu hari sy bergaduh dgn suami atas sebab2 tertentu. Dalam pertelingkahan, suami berkata:
Suami:kalau kau nak jd isteri aku, jaga hati aku
Suami:kau tahu semua lelaki ada 4 kuota?kalau kau tak jaga hati aku, kalau ada perempuan lain boleh isi hati aku, mmg aku bg.. (Sy tak pasti maksud suami sama ada beristeri lg atau maksud lain)
Situasi dialog diatas, adakah jatuh talak ustaz jika satu hari nnt, tanpa sengaja sy tak jaga hati dia?
Terima kasih |
File Upload: | |
Salam
Ia tidak terjadinya lafaz taklik talak kerana tidak dikaitkan dengan talak atau cerai pada ungkapan di atas.
tk
Visitor IP: 60.50.114.128
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.