Soalan: Musykil
Nama*: | Bella |
Tajuk*: | Musykil |
Message*: | Salam ustaz. Sy musykil tentang berapa talaq yang dah jatuh. Masa gaduh , sy paksa suami utk bercerai. Lpstu suami nk meredakan keadaan, dia ckp, "tunggu dulu kau sihat, aku ceraikan kau". Lepastu esoknya, kami ke pjbt agama. Suami ingt dh jatuh talaq msa dia ckp ayat tu. Dia cakap pd pegawai pjbt agama tu dia dh lafaz cerai. Pdhal sy rsa ayt yg dia ckp tu mcm lafaz taklik. Tapi kami rujuk balik. Adakah terjadi 2 talaq dah ? Sbb sblm ni dia pernah lafaz taklik jgk. Sy tkut bila sy dh sihat, jatuh talaq 3. Mohon pencerahan ustaz. |
File Upload: | |
Salam
Selepas ni usah bermain dengan talak lagi.. sikit-sikit nak sebut talak/cerai.. kan bahaya tu
Jika benar suami sebut tunggu dulu kau sihat.... ia tidaklah menjatuhkan talak.. dan tidak perlu rujuk pada kes ini.
tk
Visitor IP: 183.171.72.79
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.