Nama*: | nak tahu |
Tajuk*: | soalan |
Message*: | slm ustaz, saya ada beberapa soalan 1. situasi suami isteri bergaduh. suami keluar rumah untuk elak perkara berlarutan. kemudian suami lafaz talak jelas dan terang tetapi bukan qasad untuk talak isteri. cuma la untuk memastikan/menunjukkan tidak/belum berlaku talak lagi. kalaulah isteri terdengar adakah talak dikira? 2. semasa nak solat jemaah di surau, saya selalu elakkan bersebelahan dengan seseorang. sebabnya bacaan fatihahnya mengganggu saya. bolehkan saya bertindak demikian? 3. kalau kita sembbahyang qada', bolehkah kita hanya buat yang wajib sahaja? maksudnya tanpa surah lazim, qunut dll? 4. kalau sekiranya kita tak pasti jumlah solat yg perlu di qada', dan sembahyang qada' itu melebihi yg kita pernah tinggalkan dulu, adakah ia menjadi sia sia atau dpt juga pahala? terima kasih |
File Upload: |
1. Talak yang jelas dilafaz oleh suami akan menjatuhkan talak walaupun dikatakan tiada niat. Ini kerana suami sebut talak berkenaan sebagai reaksi kepada pergaduhan yang terjadi pada masa itu.
2. Solat berjemaah sebaiknya dirapatkan antara jemaah... Tak baik berenggang.. Rapatkanlah saf. Soal bacaan kuat tu, tak semua orang baca dengan kuat..
3. Boleh dan sah. Buatlah sesegera yang mungkin
4. Pahala yang nak bagi itu ialah ALLAH, bukan hamba.. SOlatlah dengan betul dan qadalah atas apa yang kita pastikan berapa lama ditinggal.. Usah berkira dengan Allah.
tk
Visitor IP: 175.140.214.123
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.