Monday, May 22, 2017

Soalan: Boleh jadi lafaz talaq taqlik ke??

Nama*:Yana
Tajuk*:Boleh jadi lafaz talaq taqlik ke??
Message*:Assalamualaikum ustaz...
Selamat sejahtera...

Saya ada berbual dgn suami mengenai perangai kakak saya yg suka sembunyikan masalah dari suaminya...

Suami saya berkata : kakak awak memang solehan tapi satu je, bila kemana mana, xnak beritahu suami, bila buat keputusan tak nak beritahu suami.

Suami saya berkata lagi kepada saya : macam yana bagus, nak keluar rumah beritahu abg, nak pergi mana mana beritahu abg...nak keluar sidai baju pun beritahu abg...

Saya pun tanya suami : keluar sidai baju pun nak beritahu abg juga ke...
Suami berkata : xkisah...beritahu boleh, xberitahu pun boleh...
Cuma jangan keluar dari pagar besar depan rumah...
Saya pun jawab : saya pun takut nak keluar dari Pagar besar... Kalaj saya nak keluar saya akan beritahu abg utk tujuaan keselamatan agar abg tahu saya pergi mana..

Soalan saya :
Apa hukum suami larang saya keluar ...?kalau nak keluar, perlu beritahu suami.

Suami cuma melarang sahaja tanpa mengaitkan dengan cerai / talaq...
Apa hukum nya yer ustaz kalau saya keluar tanpa beritahu suami (berdosa / jatuh talak)?.
Terima Kasih
File Upload:
Salam

Suami tidak sebutpun tentang cerai so tidaklah terjadinya taklik. cuma ia satu ingatan supaya isteri tidak sesuka hati keluar bebas tanpa izin suami. So, jika nak keluar tu, mintalah izin ataupun maklumkanlah nak keluar.. itu je..

Visitor IP: 113.210.191.113

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA