Wednesday, May 31, 2017

Soalan: terlafaz takliq dgn menekan isteri adakah ia mahu diceraikan.

Nama*:mie
Tajuk*:terlafaz takliq dgn menekan isteri adakah ia mahu diceraikan.
Message*:salam,
saya nak tanya,pada beberapa bulan lepas di awal perkahwinan sy ada bertengkar dengan isteri..sy terlafaz takliq ketika marah dengan berkata jika syg keluar tak pakai tudung abg ceraikan syg talak 1,padahal sy tak ingat apa yang saya cakap..selepas peristiwa itu kami seperti biasa berbaik semula dan berlaku pergaduhan lagi..saya telah menekankan isteri utk menjawab syg nk ke abg ceraikan syg?kalau syg masih nak abg cakap nak!kalau tak nak abg,abg akan lepaskan syg,,tetapi isteri saya cakap dia masih nak saya dan isteri saya menangis mengatakan ini kali kedua saya ungkapkan kata cerai..saya terkejut..isteri saya menceritakan bahawa dulu saya telah pun lafaz takliq padanya..tapi kali ini saya sebut lagi perkataan cerai..padahal saya hanya bertanyakan pada isteri saya..saya yakin dengan diri saya dan saya bertanya dengan isteri adakah abg sudah lepaskan syg?abg hanya bertanya pada syg dan ugut syg itu saja..isteri sy begitu yakin juga seperti sy talak tidak jatuh lagi kerana sy hanya bertanya..tetapi menjadi keraguan sy kerana takut perzinaan berlaku dan setiap hari hati sy berbisik yg sy sudah ceraikannya sekali lagi talak 2..sy musykil sy masih yakin dan masih tanya isteri sy..dan isteri sy kata talak sah masa takliq saja..
File Upload:
Salam

Taklik yang pertama itu adalah sah jika benar suami melafazkannya. Isteri kena menutup aurat setiap kali keluar rumah jika tidak ia akan menjatuhkan talak.

Lafaz yang kedua tidaklah menjatuhkan talak kerana ia adalah satu ugutan.

Suami kena bijak dan tahu hukum hakam nikah. Bila tak faham, banyak perkara yang berlaku tanpa sedar ia ada kesannya dalam perkahwinan.

Usah dilayan keraguan dan was-was. Hindarilah segera.

tk


Visitor IP: 183.171.74.137

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, May 30, 2017

Soalan: Taklik

Nama*:Faizal
Tajuk*:Taklik
Message*:Aslm.ustaz,sy pernah mentaklik isteri sy pada tahun 2015,pada tahun 2016 ketika bergaduh,saya telah melafazkan lafaz soreh talak 1 kepada isteri.belum sempat habis eddah kami rujuk.adakah taklik dulu masih terpakai?saya jadi keliru,sebab ada ustaz dari pejabat mufti memaklumkan taklik tidak terbatal disebabkan bukan lafaz taklik.tambahnya lagi,masa dalam eddah,kami masih dikira suami isteri.boleh ustaz beri huraian tentang ini.apakah ada kesepakatan ulama dalam masalah ini.Saya kembali risau memikirkan masalah ini.Saya menyesal dengan semua ini.kalau boleh nak bina hidup baru.tak mahu diburu masalah lalu.
File Upload:
Salam

Taklik terdahulu akan terbatal setelah jatuhnya talak.

Itu yang saya faham..

tk

Visitor IP: 14.1.193.173

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: kias atau jelas?

Nama*:kaido
Tajuk*:kias atau jelas?
Message*:salam ustad,

saya dan isteri bekerja di syarikat yang sama...oleh kerana saya berkedudukan didalam syarikat tersebut, isteri selalu meminta pertolongan saya untuk menyelesaikan masalah dia walaupun kami ada tugas masing2...satu hari dia berkali2 meminta saya membantu dia tetapi saya sangat sibuk..lalu saya berkata..."saya bukan suami awak...saya boss awak di syarikat ini"..adakah lafaz tersebut dikira berkias atau jelas? jika lafaz kinayah saya tidak risau kerana niat saya hanya marah kepada isteri...boleh beri penjelasan ustad adakah jatuhnya talak?
File Upload:
Salam

Lafaz ini tidak menjatuhkan talak... situasi itu difahami pada posisi tempat kerja.

Isteri kena faham situasi tempat kerja berbeza dengan situasi di rumah.
tk

Visitor IP: 210.195.122.149

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: talak ketika berzikir

Nama*:fikri
Tajuk*:talak ketika berzikir
Message*:asalamualaikum ustaz,
semalam ketika saya sedang berzikir tiba tiba ada perasaan nak lafaz talak dan seakan ada terlintas perkataan talak dimulut. tetapi ketika saya berzikir tu tidak pula tertukar suara berzikir. saya membuat andaian bahawa mungkin hanya cakap dalam hati atau lafaz tak jelas sebab zikir saya seolah tidak diganggu sangat dengan lafaz talak tu. saya ambil pendekatan hanya dalam hati atau lafaz tak jelas sahaja. adakah tindakan saya betul?

saya ada tanya rakan saya tentang hal ini. dia cakap hukum fekah jatuh hukum dengan 4 perkara. iaitu yakin, syak, zann dan waham. dia bgtau masing masing ada peratus keyakinan. oleh kerana kesuntukan masa saya tidak dapat penjelasan penuh. saya tak faham. boleh ustaz jelaskan sedikit. yg mana peratus jatuh hukum dalam situasi saya.

sekiranya saya ambil pendekatan was was dan sekiranya betullah ada lafaz tanpa saya pasti adalah lafaz itu diampunkan atau tiada lafaz sebenarnya. hanya kelemahan sendiri.

wslm. terima kasih
File Upload:
Salam

Kenapa dalam keadaan zikir, berbuat ibadah boleh disebutkan talak.. PElik betul...

Jiak dipastikan tiada lafaz talak yang jelas keluar, maka tiadalah terjadinya talak.

tk


Visitor IP: 183.78.62.104

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: tak tahu kinayah atau tidak

Nama*:Rusdi
Tajuk*:tak tahu kinayah atau tidak
Message*:Assalamualaikum ustaz, semalam saya ada bertengkar dengan isteri di dalam kereta, memandangkan saya juga ada penyakit lintasan hati mengenai penceraian, jadi ketika bertengkar tu datang pemikiran-pemikiran yang tidak sepatutnya saya fikir, saya masih membebel kepada isteri saya dengan cuba untuk mengalihkan pemikiran saya daripada berfikir hal penceraian.

Dalam perjalanan itu juga kami singgah ambil anak-anak disekolah, sampai disekolah saya tunggu dalam kereta, manakala isteri pergi mengambil anak-anak, ketika anak sulong saya masuk dalam kereta di bahagian hadapan, saya cakap kat anak saya, "cabut selipar edris tu", saya tak tahu apa yang bermain difikiran saya, dan saya pun tak tahu kenapa saya cakap macamtu, mungkin sebab saya nak elak daripada datangnya lintasan penceraian dalam kepala saya, padahal kalau diikutkan anak saya tu mesti dah tau tak boleh pijak kerusi pakai selipar, apa yang memeningkan diri saya adalah saya jadi terlalu berfikir perkataan "cabut" diandaikan cerai, dan selipar itu adalah isteri sebab isteri saya yang belikan selipar itu.

Saya malas nak layan pemikiran-pemikiran macamni, tapi saya mula jadi risau dan sukar nak beribadat, sebab memikirkan itu adalah lafaz kinayah, padahal tidak ada satu patah perkataan pun yang saya sebut itu menunjukkan penceraian, kalau diikutkan bulan puasa syaitan diikat kenapa perasaan/pemikiran/lintasan ini masih bersarang dalam diri saya? boleh jadi lafaz kinayah ke ustaz perkataan macamtu?

Masa bulan rejab saya banyak solat hajat semoga penyakit bersarang dalam diri dapat saya buang, 2-3 hari puasa saya ok jer boleh kawal tetapi mungkin sebab bertengkar sikit ia menjadi trigger untuk penyakit tu datang tanpa diduga. bantu saya ustaz.

Terima kasih dan selamat menunaikan ibadah puasa.
File Upload:
Salam

Ubati penyakit yang bersarang dalam diri saudara. Itu punca utama masalah hidup anda hari ini.

Talak tidak akan terjadi jika tiada lafaz yang jelas disebut.

tk

Visitor IP: 115.132.51.199

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, May 29, 2017

Soalan: pencerahan talak (2)

Nama*:haqi
Tajuk*:pencerahan talak (2)
Message*:Assalamualaikum Ustaz,

Merujuk kepada pertanyaan saya semalam, jika terdapat keraguan sama ada talak kias yang dilafazkan beserta niat cerai atau niat lain ( marah atau menyakitkan hati isteri)...tidak pasti yang mana kerana dilafazkan dalam keadaan marah...bolehkan kita memilih keputusan yang membawa lebih kebaikkan iaitu niat bukan cerai? kerana terdapat keraguan yang jelas antara dua niat diatas...mohon penjelasan yang terakhir supaya saya boleh selesaikan masalah ini dan keluarkan dari kepala saya...
File Upload:
Maaf, saya tidak dapat menjawab soalan ini..

tk

Visitor IP: 210.195.123.89

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Taklik

Nama*:Ingin tahu
Tajuk*:Taklik
Message*:Salam ustaz.
Saya ada menonton utube,ceramah seorang ustaz berkaitan taklik. Dia jelaskan-
1.jika suami lafaz 3 taklik,dan andainya isteri langgar 1 taklik,dan rujuk dlm eddah,2 taklik lg masih terpakai.
2.jika suami lafaz taklik dlm eddah,taklik itu valid
3.kalau nak batalkan semua taklik kna tgu eddah abis dan nikah semula
Perkongsian:dari puan suzana ghazali perunding psikologi keluarga & guaman syarie: taklik tidak boleh dibatalkan.taklik sah dan berjalan sehingga berlaku pelanggaran taklik atau perceraian yang bukan disebabkan lafaz taklik.
Mohon penjelasan
File Upload:
Salam

Ok.. terima kasih atas perkongsian ilmu yang baik..

tk

Visitor IP: 14.1.193.173

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Lafaz cerai sah atau tidak

Nama*:Suhana
Tajuk*:Lafaz cerai sah atau tidak
Message*:Salam..saya ingin bertanya tentang status hubungan saya dan suami..
Beberapa hari yang lalu berlaku pertelingkahan antara sy dan suami.dalam keadaan marah suami telak menyebut "Klu ko tk ikut aku.. tk payah ikut terus dah pasni..Ini aku berkias..!!" Dan dia juga menyebut "Klu ko tk ikut aku.. jatuh talak..!!"..dan dia keluar dr rumah dan masuk kereta dan sy tidak mengikut dia.kemudian suami kembali masuk ke rumah..keesokan harinya sy telah keluar rumah dan pulang ke rumah ibu sy.soalan saya:
1.adakah jatuh talak pada malam itu kerana sy tidak mengikut suami keluar.(suami mahu pulang ke rumah ibu bapanya) dan suami keluar menunggu dlm kereta dan masuk ke rumah semula.

2.adakah jatuh talak pada keesokan hari kerana sy telah keluar dr rumah dan pulang ke rumah ibu sy dan tidak ikut suami pulang ke rumah keluarganya .sy pulang atas izin suami.
Terima kasih.assalamualaikum.
File Upload:
Salam

Suami bertaklik, jika isteri tidak ikutnya pada malam itu, akan jatuh talak.. Isteri difahamkan tidak ikut suami yang menunggu dalam kereta, dan suami masuk semula ke rumah dengan (membatalkan perjalanannya pada malam itu). Itu yang saya faham.

Cuba dapatkan kepastian daripada suami, sama ada dia benar yakin bahawa kejadian itu tidak menjatuhkan talak atau mungkin ada niat suami untuk membatalkan perjalanannya kerana tidak mahu menjatuhkan talak ke atas isteri? Kena pastikan daripada suami akan hal ini sebab dia yang lebih tahu apa maksud dan tindakan yang dia buat.

2. Keluar rumah pada keesokan hari dengan izin suami tidaklah menjadi kesalahan dan suami tidak melafazkan taklik pada perbuatan ini.


tk



Visitor IP: 103.1.70.65

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lafaz cerai

Nama*:hamba Allah
Tajuk*:lafaz cerai
Message*:Assalamualaikum ustaz.,
Saya masih keliru hingga sekarang..apakah hukumnya jika kita melafaz "aku ceraikan engkau" melebihi 3 kali ketika dalam keadaan marah dan adakah itu masih jatuh talak satu? mohon penjelasannya ustaz..
File Upload:
Salam

Jika benar lafaz itu disebut TIGA kali dengan jelas dan terang, maka akan terjadilah talak tiga... Itu pendapat sebahagian ulama. Perulangan talak akan menyebabkan ia menjadikan bilangan talak itu kepada TIGA talak atau DUA talak mengikut apa yang diucapkan suami.

tk

Visitor IP: 103.42.210.236

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, May 28, 2017

Soalan: Lafaz taklik tidak jelas

Nama*:Isteri keliru
Tajuk*:Lafaz taklik tidak jelas
Message*:Aslamualaikum ustaz,
1.Saya ada bertengkar dengan suami.Saya kemas barang dan bersiap untuk keluar tanpa bagitau suami.tapi tak jadi.selepas setengah jam bila keadaan reda, Saya memohon maaf pada suami dan suami bertaklik yang berbunyi "kalau buat perangai macam ni lagi, jatuh talak 1. Bila saya tanya suami mcm ni tu mcm mana..dia jawab buat perangai mcm tadi.bawa beg dan keluar tidak bgtau suami (seperti kejadian sebelum).macam mana tu ye ustaz?
2.adakah jatuh talak apabila suami menyebut contoh cerai dan beza dengan lafaz taklik untuk memberi pemahaman pada isteri.tapi tiada niat ceraikan isteri
3.adakah cerai taklik memerlukan niat pelafaz..
Mohon ustaz jelaskan.terima kasih
File Upload:
Salam

Itu maksudnya suami telah bertaklik talak satu jika isteri mengulangi perbuatannya 'kemas barang dan keluar rumah'.. SO, puan tak boleh buat sebegitu lagi kerana ia akan menjatuhkan talak satu.

Suami menerangkan situasi tidaklah menjatuhkan talak.

Bila sudah ada lafaz, tidaklah perlu akan adanya niat lagi kerana lafaz itulah niat akan apa yang ada di dalam hati...

tk


Visitor IP: 14.1.193.82

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: pencerahan talak

Nama*:haqi
Tajuk*:pencerahan talak
Message*:Assalamualaukum Ustaz,

Pada satu hari saya dan isteri bertengkar, isteri ajak bertolak ke tempat kerja, tapi saya sedang membuat sesuatu tugas yg lain...oleh kerana xtahan dengan leteran isteri, saya menyuruh isteri pergi dahulu..kemudian isteri berkata "apa orang ofis kata nanti kalau kita pergi berasingan"..kemudian saya berkata balik kepadanya "cakap dengan diorang kita dah xda apa2"...saya dan isteri sangat terkejut dengan keadaan ini dan kami menelefon pihak jabatan agama untuk pengesahan..mereka berkata ia perlu niat keran ia adalah talak kias...saya telah yakin bahawa saya hanya berkata sedemikian hanya kerana marah dan ingin menyakitkan hati isteri saya dengan berkata begitu...namun sehingga hari ini ada suara2 halus yang memainkan perasaan saya...saya tidak mau hidup dalam keadaaan haram sepanjang hidup saya dengan isteri...mohon penjelasan ustad...ty
File Upload:
Salam

Jika suami tiada niat untuk cerai, maka tidaklah ia terjadinya talak. Lafaz kinayah memerlukan niat yang jelas untuk bercerai.

Saudara kenalah yakin dengan pendirian dan ilmu yang ada. Usah termain dek lintasan hati dan gangguan syaitan.

tk

Visitor IP: 210.195.120.139

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, May 26, 2017

Soalan: Bergurau dgn suami

Nama*:Hani
Tajuk*:Bergurau dgn suami
Message*:Assalamualaikum ustaz...

Saya selalu mengusik suami dimana saya selalu minta dijimak oleh suami walaupun masa tu kami baru selesai bersama...

Bila saya ajak, suami akan bagi alasan yg dia penat, letih, mengantuk...
Kadang² siang hari ramadhan pun saya akan mengusik suami dgn berkata "abg nak tak puasa 2 bulan berturut turut sambil saya tersenyum",...

Suami akan ckp " abg taknak..sambil senyum...".

Soalan saya ;

1. Apakah hukum jika isteri minta dijimak tetapi suami memberi alasan...
Tapi saya sebagai isteri jenis tak kisah pun dan menerima alasan suami tu...
Maknanya,dlm urusan berjimak ni, saya dan suami ada sikap saling memahami antara satu sama lain.

2. Boleh jatuh talak ke sbb dlm lafaz taqlik selepas nikah, ada tertulia mengenai tanggungjawab Suami dlm hal memberi nafkah zahir & batin.

Mohon pencerahan ustaz
File Upload:
Salam

Jarang ditemui kes seperti ini. Biasanya isteri amat malu meminta berjimak dengan suaminya.. Tak apa, ia tidak salah pun untuk dibawa bergurau senda dengan suami. Ia baik jika ia dapat diterima baik oleh suami.

Pada saya, ia tidak salah asalkan ia bisa membahagiakan pasangan.

Ia tidak menjatuhkan talak kerana nafkah seks adalah atas kehendak suami isteri, atas kerelaan suami isteri. Dalam lafaz taklik semasa akad itu lebih ditekankan kepada nafkah yang ditinggalkan 4 bulan berturut-turut...
tk

Visitor IP: 113.210.66.155

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, May 24, 2017

Soalan: Lafas cerai

Nama*:Hidayha
Tajuk*:Lafas cerai
Message*:Assalammualikum,
1)sy nak tya kalau suami berkata kepada ibunya ,
Contoh: jamal nak ceraikan die la ibi.
Adakah jatuh talak??

2) sekiranya suami berkata kalau hang nak cerai sgt tpe
A hang p pejabat agama sendiri. Aq xnak.
Adakah jatuh talak.

3) apa beza pekataan cerai dan talak??

4)suami ckp, klu ang nak sgt cerai tpa la.. jom p pejabat agama.
(Tp pasangan tu xpergi) adakah jatuh talak??
File Upload:
Salam

1. Tidak jatuh talak selagi tiada lafaz jelas dan terang. ia hanya cadangan pada pernyataan di atas.

2. Ia tidak jatuh talak

3. cerai dan talak adalah makna yang sama, talak tu dalam bahasa Arab..

4. Ia tidak menjatuhkan talak

tk

Visitor IP: 123.136.111.51

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, May 23, 2017

Soalan: Syarat Masuk Syurga

Nama*:Pn Reza
Tajuk*:Syarat Masuk Syurga
Message*:Salam Ustaz,

pertanyaan saya:
Amalan / Perkara yang bagaimanakan yang membolehkan masuk syurga tanpa di hisab.

Moga Ustaz boleh beri pencerahan. Saya dahului ucapan terima kasih. Sekian.

Wasalam
File Upload:
Salam

Terima kasih atas soalan yang amat besar maknanya kepada kita..

Pastinya, segala perintah Allah kita laksanakan, sempurnakan sebaiknya dengan penuh ikhlas dan betul. Taati ibu bapa, taati suami dan hayatilah cara hidup sebagaimana Islam anjurkan.

Kita banyakkan doa semoga Allah permudahkan urusan kita di akhirat kelak. Tidak ada seorang pun yang tenang ketika dibangkit kelak, semuanya risau dengan amalan yang tidak lengkap dan sempurna.. Apakan daya kita jika tidak ada REDA Allah kepada kita. Kepada Allah kita mengharapkan keredaan-Nya.

Permudahkanlah urusan orang-orang yang berada di sekeliling kita, semoga Allah permudahkan urusan kita di akhirat kelak. Usah terlalu berkira, baik benda yang kecil mahupun benda besar.... Berlapanglah sesama manusia dan mahkluk lain, agar Allah melapangkan hidup kita di akhirat sana.

Akhirat adalah sasaran dan KPI kita yang sebenar.

Mohon doakan kepada saya juga ya.. tk



Visitor IP: 175.139.183.234

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Kecil hati dengan suami

Nama*:Atiqah
Tajuk*:Kecil hati dengan suami
Message*:Assalamualaikum ustaz. saya nak bertanya dan meminta pendapat daripada ustaz. Usia perkahwinan kami baru sebulan dan kami pjj. Saya di KL dan suami di JB demi kerjaya masing-masing. Di KL saya tinggal bersama ayah yang juga pjj. Ibu dan adik-adik saya tinggal di Perak. Sebelum berkahwin, tiap minggu cuti sabtu ahad, saya dan ayah akan pulang ke Perak dengan menaiki kereta saya (Myvi) manakala kereta ayah (Exora) diletakkan di Perak untuk memudahkan pergerakkan ibu untuk menguruskan adik-adik dan aktiviti harian. Suami saya pula ada kereta Myvi yang diletakkan di JB dan motosikal untuk kegunaan ke pejabat. Manakala mak mertua saya di Sabak bernam punya 3 buah kereta kancil, vios dan camry.
Ceritanya macam ni, baru seminggu usia perkahwinan kami tiba-tiba suami saya ingin berbincang dengan saya bahawa mak mertua saya ingin mengambil kereta suami saya (anaknya) untuk memudahkan pergerakan nya ke pejabat dan hantar bapa mertua saya ke rawatan dialisis. Sebelum berkahwin, saya bercadang untuk bagi kereta saya kepada ayah supaya mudah untuk dia pulang ke Perak untuk menguruskan anak-anak yang masih bersekolah dan belajar oleh kerana saya sudah bersuami dan tidak ikut bersama ayah untuk pulang ke Perak tiap hujung minggu. Suami saya awal nya ingin bagi keretanya kepada saya setelah saya memberi cadangan untuk bagi kereta saya kepada ayah. Saya jadi tidak bersetuju untuk suami saya bagi kereta nya kepada mak mertua saya kerana dia punya 3 buah kereta yang elok dan boleh diguna pakai. Saya tidak tahu apa motif dia minta kereta suami saya seelok kami berkahwin.Alasan yang diberi, kereta kancil yang selalu digunakan ulang-alik ke pejabat sudah uzur. Saya boleh terima jika hanya kancil kemudahan yang mak mertua saya miliki, tetapi 2 buah kereta yang mewah itu untuk kegunaan apa? Apabila suami saya meminta untuk tukar kereta Myvi dengan Vios, bapa mertua saya seakan tidak setuju. Bukan saya kedekut atau control suami untuk tidak memberi kepada mak nya. Tetapi saya juga perlu berfikir masalah keluarga saya dan kemudahan kami berdua juga. Macam mana nanti ayah nak pulang ke Perak, tak akan asyik naik bas. Macam mana jika saya kursus, dan ayah perlu pulang ke Perak? Saya agak berkecil hati dengan suami yang hanya setuju tanpa memikir panjang. Ya, dia ada bertanya pendapat pada saya dan saya terpaksa bersetuju jika masalah ini melibatkan mak nya a.k.a mak mertua saya walaupun hakikatnya saya tidak bersetuju. Siapa saya membangkang kata mak nya kepada anak nya. Dalam bulan depan dia ingin uruskan hantar kereta dari JB ke Sabak bernam dan kami masih memikir caranya bagaimana. Ya Allah dugaan nya. Macam mana masalah saya ini ustaz? Saya betul-betul tidak berani untuk luahkan rasa hati ini kepada suami saya. Saya takut dia berkecil hati kerana saya tidak setuju dengan mak nya.

Email saya : com
File Upload:
Salam Puan

tahniah kerana telah bersuami dan berkahwin.

Dugaan perkahwinan bukan sedikit, bukan juga terlalu berat untuk dipikul kerana Allah memberi dugaan mengikut kemampuan seorang hamba.

Saya tidak pasti kenapa mertua meminta kereta anaknya kembali, adakah kerana kereta itu mereka yang bayar atau mungkin sebab lain. Atau mungkin juga mereka tidak berapa selesa apabila mereka tahu kereta itu digunakan oleh besannya untuk perjalanan jauh.. Kadang kala manusia itu berfikir sebegitu, atas rasa tamak dan haloba, mereka memikirkan segala perkara perlu dihitungkan atas nilai ringgit dan sen.

Walau bagaimanapun, kita tidak tahu dengan jelas apa dan kenapa.. Usah dibuat hipotesis keterlaluan. Bersabarlah dahulu. Berikan dahulu kereta itu kepada mereka. Setelah puan suami isteri menghadapi masalah, fikirkan solution baharu yang boleh diatasi. Mungkin dengan membeli kereta baru yang lebih baik, mungkin mencari ruang berpindah agar hilang status PJJ... atau berbagai lagi aturan yang sebenarnya ALLAH hendak tentukan kepada kita.

Buat masa ini, biarlah mereka mengambil semula kereta itu, dan biarlah bersusah payah seketika dan cuba atasi dengan cara lain.

Suami isteri sepatutnya boleh berbincang dalam apa jua hal. Kadang kala suami tidak sedar tindakannya akan menyusahkan sesebelah pihak, sehinggalah masalah di hadapan mata, baharu tersedar masalahnya. So, turuti dahulu kehendak mereka dan berserahkan kepada ALlah.

Maaf lambat nak jawab.

tk

Visitor IP: 175.136.247.252

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, May 22, 2017

Soalan: Boleh jadi lafaz talaq taqlik ke??

Nama*:Yana
Tajuk*:Boleh jadi lafaz talaq taqlik ke??
Message*:Assalamualaikum ustaz...
Selamat sejahtera...

Saya ada berbual dgn suami mengenai perangai kakak saya yg suka sembunyikan masalah dari suaminya...

Suami saya berkata : kakak awak memang solehan tapi satu je, bila kemana mana, xnak beritahu suami, bila buat keputusan tak nak beritahu suami.

Suami saya berkata lagi kepada saya : macam yana bagus, nak keluar rumah beritahu abg, nak pergi mana mana beritahu abg...nak keluar sidai baju pun beritahu abg...

Saya pun tanya suami : keluar sidai baju pun nak beritahu abg juga ke...
Suami berkata : xkisah...beritahu boleh, xberitahu pun boleh...
Cuma jangan keluar dari pagar besar depan rumah...
Saya pun jawab : saya pun takut nak keluar dari Pagar besar... Kalaj saya nak keluar saya akan beritahu abg utk tujuaan keselamatan agar abg tahu saya pergi mana..

Soalan saya :
Apa hukum suami larang saya keluar ...?kalau nak keluar, perlu beritahu suami.

Suami cuma melarang sahaja tanpa mengaitkan dengan cerai / talaq...
Apa hukum nya yer ustaz kalau saya keluar tanpa beritahu suami (berdosa / jatuh talak)?.
Terima Kasih
File Upload:
Salam

Suami tidak sebutpun tentang cerai so tidaklah terjadinya taklik. cuma ia satu ingatan supaya isteri tidak sesuka hati keluar bebas tanpa izin suami. So, jika nak keluar tu, mintalah izin ataupun maklumkanlah nak keluar.. itu je..

Visitor IP: 113.210.191.113

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: nak tanya

Nama*:md zin
Tajuk*:nak tanya
Message*:aslm ustaz,

tahun lepas sy ada sebut perkataan 'engkau aku talaki' ketika sendirian. ketika sebut tu saya yakin bukan dituju kepada isteri tetapi sebagai contoh lafaz cerai.

lama kelamaan saya jadi tak pasti. macamana saya nak bina keyakinan sebab masa saya sebut tu memang saya pasti bukan lafaz untuk penceraian
File Upload:
Salam

Jika benar keyakinanan suami bahawa yang disebutnya tidak ditujukan kepada isteri, ia tidaklah menjatuhkan talak.

Cuma masalahnya datang kemudian ialah KERAGUAN.. Ragu-ragu ni tak mainlah.. usah dilayan keraguan seperti itu. Yakinlah dengan kenyataan pertama. itu yang pasti.

Keraguan datang atas kelemahan diri sendiri dan hasutan syaitan.

tk

Visitor IP: 183.78.62.173

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, May 20, 2017

Soalan: Suami isteri

Nama*:Ahmad
Tajuk*:Suami isteri
Message*:Salam,
Minta pendapat ustaz tentang hal ini.
Sepanjang 2tahun kahwin. Isteri masih tak berubah. Isteri susah/malas utk solat, puasa dan tutup aurat. Kdg² solat kdg² tidak. Sama juga dgn mnutup aurat. Puasa yg dtgl pn tidak diganti. Adakah dosa isteri masih dtanggung oleh suami jika suami sudah byk kali nasihat dia? kdg² bila ditegur dia buat tak tahu dan panas baran. Dia penah memaki suami.
File Upload:
Salam

Bersabarlah. Tidak senang dan mudah untuk membentuk seorang manusia. Suami perlu bijak, tabah dan sabar serta berhikmah dalam mendidik isteri. Usah terburu-buru untuk mendidiknya. Isteri akan berubah setelah suaminya berubah, setelah suaminya menyakinkan isteri akan kesolehan pada diri suami. Bila isteri masih boleh pertikai kelemahan suami, masakan isteri akan terikut dan taat dengan suami.

Oleh itu, bersabarlah dan teruskan usaha dan doa untuk membimbingnya ke jalan yang baik. Ia tidak semudah lelaki menerima akad nikah; AKU TERIMA NIKAHNYA...  he he..

tk

Visitor IP: 123.136.107.135

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, May 19, 2017

Soalan: terlafaz ketika was2

Nama*:mohd
Tajuk*:terlafaz ketika was2
Message*:Assalamualaikum ustaz..soalan tambahan dari saya

Ketika memandu dan asyik memikirkan ayat apakah yg datang dalam lintasan hati yg lepas tiba2 terlafaz "aku cerai lah" sebanyak 2x tanpa disengaja..tanpa diqasadkan atau niat kepada isteri..cuma niat sebenar hanya utk memikirkan apakah ayat pada lintasan hati yg lepas..apakah hukumnya ustaz?
File Upload:
Salam

Awak ni kenapa suka melayan was-was dan keraguan dalam diri. Ia memakan diri sendiri. Ubatilah dan rawatilah penyakit ini.

Jika benar tiada niat untuk cerai, maka ia tidak menjatuhkan talak.

tk

Visitor IP: 203.106.149.62

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lintasan hati/niat

Nama*:mohd
Tajuk*:lintasan hati/niat
Message*:1- Assalamualikum ustaz..soalan saya,saya memandu sambil menyanyi lagu dan lirik asalnya "kau melepaskan diriku"..tp saya tersilap lirik dgn menyanyi "ku melepaskan dirimu" dan terlintas dlm hati cerai pula apabila menyebut lirik yg salah mcmtu..mcmna dgn keadaan ini ustaz..?..sy amat runsing skrg..harap ustaz dpt bg pandangan

2- apakah perbezaan lintasan hati dgn niat?
File Upload:
Salam

Sekadar ikut lagu, ia tidaklah menjatuhkan talak.


Lintasan hati ia datang sebegitu sahaja, lintasan yang sekejab datang dan sekejap pergi. Sedangkan niat sememangnya kita ada berniat atau berhajat atau bermaksud untuk membuat sesuatu. Niat hendak cerai, akan hadir dengan ucapan atau perbuatan  yang boleh menjatuhkan talak.

tk

Visitor IP: 203.106.149.62

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Was-was lafaz cerai

Nama*:Insan
Tajuk*:Was-was lafaz cerai
Message*:Assalamualaikum ustaz.

Jika seseorang terbayang dan memikirkan mengenai situasi cerai. Selepas selesai terbayang dan memikirkan situasi tersebut, terdapat perasaan was-was ada lafaz cerai atau tidak.

Tidak pasti sama ada menyebut lafaz cerai atau tidak. Adakah boleh jatuh talak.

Terima kasih
File Upload:
Salam

Lintasan sahaja tidaklah menjatuhkan talak. usah dilayan lintasan jahat seperti ini, ia merugikan diri sendiri..

tk

Visitor IP: 14.192.209.237

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, May 17, 2017

Soalan: talak

Nama*:ida
Tajuk*:talak
Message*:ustaz klo suami cakap aku lepaskan kau , jatuh x lafaz cerai tu
File Upload:
Salam
Jika dengan NIAT untuk cerai, maka terjadilah talak.

tk

Visitor IP: 175.140.248.148

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, May 15, 2017

Soalan: lafas kinayah yg jelas

Nama*:zubir
Tajuk*:lafas kinayah yg jelas
Message*:Salam ustaz , saya ingin bertanya adakah lafaz tahlik saya dianggap sah menerusi sms...kejadian pagi itu kami berbalas kata dgn saya tidak beremosi, lalu saya keluar untuk pergi ke krja dan tiada lafaz apa2 dlm masa saya keluar rumah. lalu saya menerima sms dari isteri pertama menyatakan jika dia keluar rumah adakah antara kita akan habis.... dalam masa itu sebenarnya saya memandu dgn ditemani isteri kedua dan anak2..untuk pengetahuan ustaz kedua isteri saya duduk serumah. Dalam masa saya terima sms dari isteri pertama saya ,saya dalam keadaan memandu dgn memang hp.. concentrasi saya lebih kepada memandu dan saya telah menulis tahlik seperti berikut nama isteri jika engkau kelaur rumah tanpa izin aku selama 3 hari berturut2 akan jatuh talak satu atas engkau... saya tidak emosi dan tk berniat . NIAT hanya untuk mencabar keinginan dia meninggalkan saya kerna saya mengetahui niat dia sejak 3 tahun dgn perkatann kiasan di dalam blogg dan hari itu saya inginkan kepastian adakah apa yg saya syak adalah benar. sebenarnya saya dahagkan kasih syg isteri pertama saya kerna dia berubah tidak mengindahkan saya lansung... tiada niat lain hanya takut akan kehilangan dia satu hari nanti ... adakah lafaz saya mengunakan sms sah jatuh talak ....?
File Upload:
Salam

Oleh kerana 'lafaz' itu ditulis dengan jelas dan nyata, maka ia tidaklah lagi memerlukan NIAT untuk cerai.. Ia sudah cukup membuktikan kesahan lafaz berkenaan.

Maksudnya taklik berkenaan adalah sah dan valid. Jika isteri berkenaan keluar tiga hari berturut-turut akan jatuhlah talaknya.

tk

Visitor IP: 129.126.151.86

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Pertanyaan

Nama*:Insan
Tajuk*:Pertanyaan
Message*:alamualaikum,

Tuan,

jika seseorang tersedar dari tidur. pada masa tersebut dalam keadaan mamai atau separuh sedar terlafaz mengenai cerai.

a) Tidak pasti sama ada disebut secara jelas atau tidak. Adakah ini boleh menjatuhkan talak.

b) Bagaimana Jika lafaz tersebut adalah lafaz sorih.

Terima kasih.
File Upload:
Salam

Jiak dalam keadaan separuh sedar, ia tidak dikira sah lafaznya sama ada soreh atau kinayah.

tk

Visitor IP: 123.136.112.106

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, May 14, 2017

Soalan: cerai

Nama*:ida
Tajuk*:cerai
Message*:salam ustz
hukum isteri mnta cerai bila suami ingin brkahwin lagi sedang suami kata isterinya xde kekurangan. Bila ditnya suaminya mnyatakn hanya dia yg tahu apa kehendaknya. Calon2 perempuan yg dipilih smuanya brmasalah sedangkn kluarga yg ada harmoni shj. Isteri xrela sbb xnk trjebak sama dgn masalah yg mndtg.
Bagaimana cara si isteri mohon kemaafan jika perbuatan mminta cerai itu brdosa besar
File Upload:
Salam

Isteri berdosa apabila meminta cerai tanpa alasan yang syarie.. Jika pernah terjadi, mohonlah kemaafan kepada suami dan bertaubatlah kepada Allah. Tiada yang sempurna, hanya kita ini yang tersasar...

tk

Visitor IP: 115.164.185.168

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Pengertian Lafaz & Pencerahan

Nama*:Insan Biasa
Tajuk*:Pengertian Lafaz & Pencerahan
Message*:Asslamualaikum ustaz..
1) Seperti yang kita sedia tahu bahawa salah satu rukun talak/cerai adalah lafaz. Betulkan ustaz? Boleh kah ustaz menerangkan apakah MAKSUD LAFAZ BERDASARKAN HUKUM SYARAK yang menjadikan sesuatu talak itu sah.

2) Soalan tambahan, adakah 2 perbuatan di bawah ini DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI LAFAZ sebagaimana pegertiannya mengikut hukum syarak dalam konteks lafaz dalam talak:-
i) Perbuatan menelan air liur sehingga mengeluarkan bunyi pergerakan air liur di dalam tekak yang mana iannya boleh didengari oleh pelaku/ diri sendiri.
ii) Perbuatan menggerakkan lidah ke kiri dan ke kanan dengan keadaan mulut tertutup sehingga mengeluarkan bunyi air liur berkocak di dalam mulut yang mana ianya boleh didengari oleh pelaku/ diri sendiri.
File Upload:
Salam

1. Talak hendaklah dilafazkan sejelasnya sebagaimana penerimaan akad nikah yang terang dan jelas

2. Ia tiada kaitan dengan talak, kenapa perlu dirisaukan..

*mungkin saudara ini jenis was-was dan terlalu banyak fikirkan soal talak dan cerai.. Sikit-sikit fikir nak cerai.. Jika begini, berubatlah. Atasi penyakit dalaman saudara... dan jika susah sangat, bercerailah dan membujang itu lebih baik jika sanggup.. op sorry..

tk


Visitor IP: 175.138.5.201

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, May 12, 2017

Soalan: Isu cerai

Nama*:Min
Tajuk*:Isu cerai
Message*:Assalamualaikum

Tuan/Puan,

Saya ingin bertanya mengenai rukun cerai. Dimana salah salah satu rukun cerai iaitu lafaz. Seperti yang diketahui. Salah satu jenis lafaz iaitu soreh.

1) Berkenaan dengan lafaz cerai. Adakah jatuh talak jika lafaz tersebut dilafaz secara perlahan dimana diri sendiri tidak berapa dengar atau tidak jelas dengan perkataan yang disebut.

2) Adakah jatuh talak Jika lafaz tersebut dilafaz hanya menggerakkan bibir dan mulut sahaja tanpa ada bunyi.
File Upload:
Salam

Lafaz cerai hendaklah jelas didengar oleh diri sendiri. Ingat tak masa akad nikah dahulu, jika sebutan AKU TERIMA NIKAHNYA tidak jelas disebut, tak sah nikah..begitulah juga lafaz talak..

tk

Visitor IP: 14.192.208.251

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, May 11, 2017

Soalan: Meludah

Nama*:Hamba Allah
Tajuk*:Meludah
Message*:Assalamualaikum... Ustaz, di sini saya ada sedikit keraguan... Adakah perbuatan meludah boleh menjatuhkan talak? Untuk pengetahuan ustaz sy sering terlintas di hati akan lafaz talak yg x dpt dikontrol... ketika mandi adalah biasa kdg2 kita meludah... Ketika mandi lintasan hati itu sentiasa datang... Ingin dijadikan cerita, sy meludah ketika mandi, sblm meludah ada lintasan hati yg tidak terkontrol tentang talak... sy jd was was samada lintasan itu datang sebelum atau semasa sy & sy keliru anatar lintasan hati & niat... tp sy yakin sy meludah kerana ada air yg msk dlm mulut... tp memandangkan adanya lintasan hati talak, sy jd was was & keliru... harap ustaz dpt membantu... setahu sy talak mesti berlafaz...
File Upload:
Salam

Ludahan tidaklah menjatuhkan talak..

Tetapi hendaklah dihentikan penyakit keraguan dan was-was itu. Ia merosakkan hidup anda.

Visitor IP: 42.153.60.3

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Musykil

Nama*:Bella
Tajuk*:Musykil
Message*:Salam ustaz. Sy musykil tentang berapa talaq yang dah jatuh. Masa gaduh , sy paksa suami utk bercerai. Lpstu suami nk meredakan keadaan, dia ckp, "tunggu dulu kau sihat, aku ceraikan kau". Lepastu esoknya, kami ke pjbt agama. Suami ingt dh jatuh talaq msa dia ckp ayat tu. Dia cakap pd pegawai pjbt agama tu dia dh lafaz cerai. Pdhal sy rsa ayt yg dia ckp tu mcm lafaz taklik. Tapi kami rujuk balik. Adakah terjadi 2 talaq dah ? Sbb sblm ni dia pernah lafaz taklik jgk. Sy tkut bila sy dh sihat, jatuh talaq 3. Mohon pencerahan ustaz.
File Upload:
Salam

Selepas ni usah bermain dengan talak lagi.. sikit-sikit nak sebut talak/cerai.. kan bahaya tu

Jika benar suami sebut tunggu dulu kau sihat.... ia tidaklah menjatuhkan talak.. dan tidak perlu rujuk pada kes ini.
tk

Visitor IP: 183.171.72.79

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, May 10, 2017

Soalan: talak kias sah atau tidak sah

Nama*:qila ganu
Tajuk*:talak kias sah atau tidak sah
Message*:assalamualaikum ustaz..sy dan suami sy selalu bergaduh..suami selalu mengatakn yg dia dh x sygkn sy lg dan dia mengatakn melaui msjmcm nie..
'mung kemas baju2 mu aku hantar balik umh mk mu..aku xmboh dh ke mu'..adakah jatuh talak seperti itu ustaz?dan dye sellu mengatakn yg dye x sygkn sy dh setiap kali sy bergduh..sblm nie dye penh jayuh lafaz 2 kali tp secara kias jgk tp dye rujuk kembali..mohon ustaz jelaskn..
soalan ..sblm nie suami sy penh lakukan ade msj dgn pempuan lain dan dye mengatakn dye bujng..selalu berjnji xkn ulngi lg..tp dye buat lg dan buat lg smpi skrng..ape ptt sy buat ustz?mohon ustz jelskn..
File Upload:
Salam

Jika msg suami seperti itu, ia perlukan niat suami untuk jatuhkan talak. jika tiada niat talak, ia tidak dianggap talak.

BErapa talak telah terjadi? saya tidak pasti kesahihan ceritanya. Elok dibawa kes ini ke pejabat agama untuk rujukan.

tk

Visitor IP: 210.186.55.228

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, May 8, 2017

Soalan: Sah ke taklik tersebut?

Nama*:Noor
Tajuk*:Sah ke taklik tersebut?
Message*:Saya dan suami telah berkahwin 11tahun. Sepanjang tempoh perkahwinan, suami sentiasa ada hubungan dgn pompuan lain. Sampai la ke satu tahap, saya betul2 tak tahan dan meminta dia menceraikan saya. Suami meminta maaf dan memujuk tidak akan mencari mana2 pompuan lagi. Dan saya menyuruh dia melafazkan taklik, kalau betul awak cari pompuan tu lagi, jatuh talak kat saya. Dan dia mengulang, kalau saya cari pompuan tu lagi, kita bercerai. Saya dihantar kursus luar kawasan selama 2 hari. Balik dari kursus, saya dapati suami ada call dan berwassap dgn pompuan tersebut. Kami bergaduh lagi. Soalan saya: kalau mengikut lafaz taklik yg pertama tadi, jatuh ke talak ke atas saya skg? Apa yg patut saya lakukan? T.kasih ustaz
File Upload:
Salam

Pada pendapat saya, jatuh talak satu. Setelah jatuh talak, suami boleh merujuk. Lafaz taklik yang lalu akan terbatal setelah rujuk.

tk

Visitor IP: 210.195.44.220

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: ingin tahu

Nama*:husien
Tajuk*:ingin tahu
Message*:"Nanti abg kawin lain baru tau" adakah itu dikira talak? Terima kasih
File Upload:
Salam

Ia tidak dikira talak..

tk

Visitor IP: 123.136.107.250

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, May 7, 2017

Soalan: Mohon kepastian ustaz..

Nama*:Hamba Allah
Tajuk*:Mohon kepastian ustaz..
Message*:Assalamulaikum ustaz..
Saya ada satu soalan dengan talak. Situasi di dalam kereta di mana saya bersama dengan isteri dan anak-anak saya beumur 5 tahun dan 10 bulan. Ketika di persimpangan lampu isyarat (lampu merah) saya terpandang seorang perempuan sedang melintas jalan. Si isteri saya perasan dengan tingkah laku saya tersebut dan mula membebel dan acah-acah merajuk.

Selepas itu isteri saya cakap kepada saya "Abang pandang perempuan lain lagi..saya keluar daripada rumah.." (nada tak serius pun) Lepas itu anak saya yang berumur 5 tahun menyampuk... "Kakak pun nak ikut ibu keluar rumah.." ...saya pun cakap... "OK...adik ikut papa yer (merujuk anak yg seorang lagi)..kita pergi hotel.." Tujuan nya cuma untuk mewujudkan suasana humor..dan niat untuk bergurau dan menyakat si kakak, anak saya yang berumur 5 tahun tu.

Adakah jatuh talak ustaz dengan situasi di atas. Adakah perkataan "OK..." tersebut boleh menyebabkan jatuh talak ke atas isteri saya ustaz. Bagaimana pula jika isteri saya berniat cerai ketika dia cakap nak keluar rumah tu..adakah jatuh talaknya...aduh..pening saya ustaz..Saya tiada niat cerai pun masa tu..niat cuma untuk bergurau dan menyakat anak saya, si kakak tu. Tolong saya ustaz.
File Upload:
Salam

Tidaklah ia dikira talak. tidaklah terjadinya talak ..
tk

Visitor IP: 175.141.30.33

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: gangguan talak 2

Nama*:mizi klang
Tajuk*:gangguan talak 2
Message*:assalamualaikum ustaz, saya mizi yg bertanya tentang gangguan talak tempoh hari tarikh 12april.
ustaz ckp 'ia tidaklah menjatuhkan talak selagi suami tidak melafaz secara terang dan jelas'. saya kurang faham. sebab suara saya jelas masa tu. adakah dimaksudkan dengan suara, niat nak cerai atau apa ye ustaz? saya kurang faham.

tq
File Upload:
Salam

Masalahnya ialah anda sendiri meragui apa yang anda cakapkan.. so, bagaimana hendak dipastikan hukumnya, sama ada jatuh atau tidak. Jika anda telah pasti bahawa anda memang menyebutkan talka secara jelas, maka jatuhlah TALAK itu..

tk

Visitor IP: 175.138.122.77

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Dua pertanyaan

Nama*:Ahmad
Tajuk*:Dua pertanyaan
Message*:1) Adakah jatuh talak jika suami menghantar mesej seperti dibawah kepada isteri kerana isteri keluar rumah pd waktu malam.
"Awk tak balik sni kejap lg sy ceraikan awak..dh la pegi snyap² tak bgtaw tak minta izin..awk ingt sy spa?tak reti nk respect lgsg..."
"Ikot la...tak nk blik sudah..isnin pegi pejabat agama"
Niat suami untuk cerai pada mlm tu sahaja jika isteri tidak balik ke rumah. Malam tu isteri balik rumah tp lambat.

2) boleh tak batalkan talak kinayah jika telah dilafazkan seperti tak bagi isteri keluar rumah
File Upload:
Salam

Isteri tidak boleh sama sekali keluar rumah tanpa izin dan kebenaran suami. Isteri itu berdosa pada kes ini..

Ia tidak menjatuhkan talak kerana lafaz itu memberikan peluang kepada isteri untuk kembali semula ke rumah.

Soalan no 2, kurang jelas.

Taklik tidak boleh ditarik balik..


tk

Visitor IP: 123.136.107.180

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, May 6, 2017

Soalan: Rujuk

Nama*:Liyana
Tajuk*:Rujuk
Message*:Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanya adakah apabila suami bersama dengan isteri yang masih di dalam idah itu akan dikira sebagai rujuk? Suami tidak melafazkan niat untuk merujuk dan telah memaksa isteri untuk bersama. Isteri tidak merelakan keadaan itu. Adakah ianya telah dikira sebagai rujuk sedangkan isteri tidak lagi mahu bersama suami?
File Upload:
Salam

Rujuk hendaklah dilafazkna dengan jelas sebagaimana lafaz akad nikah itu jelas dan terang.

Jika setubuh tanpa lafaz rujuk dalam tempoh idah, ia dikira zina.. Jika dipaksa ke atas isteri, itu mungkin dikira rogol.. maaf...

tk

Visitor IP: 183.78.46.241

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Jatuh talk atau tidak

Nama*:Farah
Tajuk*:Jatuh talk atau tidak
Message*:Assalamualaikum ustaz..

Pada satu hari sy bergaduh dgn suami atas sebab2 tertentu. Dalam pertelingkahan, suami berkata:

Suami:kalau kau nak jd isteri aku, jaga hati aku

Suami:kau tahu semua lelaki ada 4 kuota?kalau kau tak jaga hati aku, kalau ada perempuan lain boleh isi hati aku, mmg aku bg.. (Sy tak pasti maksud suami sama ada beristeri lg atau maksud lain)

Situasi dialog diatas, adakah jatuh talak ustaz jika satu hari nnt, tanpa sengaja sy tak jaga hati dia?

Terima kasih
File Upload:
Salam

Ia tidak terjadinya lafaz taklik talak kerana tidak dikaitkan dengan talak atau cerai pada ungkapan di atas.

tk

Visitor IP: 60.50.114.128

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Surat Taklik

Nama*:Yahya
Tajuk*:Surat Taklik
Message*:Assalamualikum Ustad,

Saya ada pertanyaan pada ustad mengenai surat taklik.
Isteri saya seorang mualaf dan saya telah menceraiakn dia dengan talak 1 dan rujuk kembali dalam tempoh edah.Tidak lama selepas itu saya ada membuat satu surat taklik dan masih belum saya berikan ataupon lafaz cerai taklik tersebut kepada isteri saya. Berikut adalah surat tersebut.

Bahawa saya xxxxxxxx, berIC no xxxxxxxxx dengan ini menjelaskan serta menegaskan sekiranya isteri saya, xxxxxxxxx berIC no xxxxx tidak mematuhi atau pun melanggar mana mana satu perkara di bawah yang saya nyatakan-

1. Tidak menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslimah dengan sengaja.
(solat 5 waktu)
2. Mengabaikan tanggungjawab terhadap anak.
3. Memburukkan keluarga saya atau mengatakan perkara perkara yg buruk
mengenaikan keluarga saya kepada org lain.(aib)
4. Mengaibkan saya kepada org lain.
5. Tidak jujur dalam berkata kata.(menipu/tidak berkata benar)
6. Kembali Murtad( secara lisan atau diam yakni dalam erti bahasa menyokong
perkara perkara yang boleh memesongkan aqidah sebagai seorang islam seperti
mengakui Jesus is the way of life , mendengar atau mengikuti lagu lagu
ketuhanan Kristian .
7. Mempelajari agama Islam seperti yang di janjikan
8. Tidak menghormati nasihat dan teguran yang di berikan.
9. Tidak boleh meraikan Krimas.
10. Membandingkan agama.
11. Mencari ketuhanan selain dari Allah.

maka dengan itu tertalaklah dia dengan talak 3.

Soalan saya ustad.. adakah taklik ini sah jika saya memberikan saja surat taklik ini kepada isteri saya tanpa melafazkan taklik tersebut.


Terima kasis ustad.
File Upload:
Salam

Sebagai suami, kenalah bijak mengurus diri sendiri dan menjaga isteri.. Isteri itu amanah Allah, bukan barang dagangan yang sehendaknya mengikut kemahuan suami semata-mata. Isteri ada perasaan, ada kemahuan, ada keinginan dan ada kelainan tersendiri..

Jika suami berbuat seperti ini; buat senarai taklik berjela-jela.. memang sah anda tidak layak menjadi suami yang baik.

Jika apa yang anda tulis ini belum diserahkan kepada isteri, isteri belum membacanya, maka ia tidak lagi dianggap sah sebagai taklik. Taklik itu mestilah difahami dan diketahui oleh isteri terlebih dahulu, baharulah sah ia dianggap taklik; baik sama ada anda membacanya (menyebutnya) atau cukup memadai isteri membacanya sahaja.

JIka ia belum diserahkan kepada isteri, saya nasihatkan anda buang dan padamkan terus taklik ini. Ia terlalu umum dan terlalu mudah untuk menjatuhkan taklik talak tiga seperti yang disebut...

Jadilah suami yang bijak, beriman, berilmu, bertaqwa dan sabar... Jangan hanya mengharapkan isteri sahaja jadi baik, sedangkan suami lagi teruk perangainya..

tk dan mohon maaf.



Visitor IP: 1.32.77.119

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, May 5, 2017

Soalan: nak komen ustaz

Nama*:suami keliru
Tajuk*:nak komen ustaz
Message*:slm ustaz, harap ustaz betulkan sekiranya salah. saya dah baca kebanyakan post di sini dan pernah juga keliru tentang talak. kesimpulan saya...

a) lafaz talak sah atau tidak bergantung kepada perkataan, qasad dan ditujukan kepada siapa. kalau suami isteri bergaduh dan talak dilafaz tanpa qasad semestinya talak jatuh sebabnya ditujukan kepada isteri yg dimaksudkan. begitu juga talak tetap jatuh dengan lafaz bersendirian selepas bergaduh dengan isteri dan suami lafaz talak sendirian kerana semestinya isterinya yg dituju talak.

b) lafaz talak yg hanya perkataan sahaja tanpa bergaduh seperti aku c***ikan kau (ketika dengan isteri) dan aku c***ikan isteriku (ketika sendirian) tidaklah menjatuhkan talak sekiranya tanpa qasad bercerai dan tanpa dimaksudkan ditujukan kepada isteri sendiri. contohnya bercerita, mengingati, memberitahu dll.

c) ada satu video ustaz kazim di youtube bgtau lafaz talak mesti sekurang kurangnya didengar oleh saksi iaitu isteri. adakah saya salah faham atau ada khilaf ulama hal ini?

harap ustaz dpt membantu.
File Upload:
Salam

Yang a tu betul..

yang b tu.. berhati-hati takut terjadinya juga talak.. macam kes pak ustaz berceramah di masjid dia sebut, 'aku ceraikan kau' tetapi ia tidak ditujukan kepada isterinya, ia tidaklah menjatuhkan talak kerana pak ustaz itu berceramah bab cerai... nak bagi tahu jemaah..

c, setahu saya cerai seorang suami adalah sah walaupun hanya dia sendiri sahaja yang dengar.

tk

Visitor IP: 183.78.47.245

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, May 4, 2017

Soalan: mati


Nama*:musykil
Tajuk*:mati
Message*:Kenapa mati itu menyakitkan...walaupun dijanjikan kita akan kenikmatan syurga...bagaimana bayi atau kanak2 kecil yg mengidap penyakit kronik (barah , etc) yg langsung tiada dosa perlu menghadapi kesakitan tersebut? Bukankah Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.....
File Upload:
Salam

Kesakitan saat kematian itu hanya dialami dan dilalui orang yang sudah mati sahaja.. Terpulanglah kepada Allah bagaimana DIA mahu menentukan kesakitan atau ketidaksakitan ketika mati..

tk

Visitor IP: 118.100.208.181

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, May 3, 2017

Soalan: Lafaz Talak


Nama*:Siti
Tajuk*:Lafaz Talak
Message*:Assalamualaikum Ustaz, saya ingin bertanya:

Semasa berselisih paham,

Saya: Jika bergaduh begini, lebih baik pergi ke mahkamah dan selesaikan cara elok.

Suami dalam keadaan marah menyebut:

'Dah nak ceraikan?
Nak anak bahagia dengan penceraian kan
U got what u ask for
Nak cerai tak ada harta sepencarian
Saya akan failkan nusyuz
Esok kita pergi mahkamah syariah'

Selepas reda...saya tanya bagaimana status nikah. Suami kata ...itu lafaz kinayah, dia tidak maksudkan talak semasa dialog tersebut. Dia maksudkan setuju dengan cadangan ke mahkamah.

Saya ajak suami ke pejabat agama, tetapi dia kata dia yakin dengan niatnya di hati. Tetapi saya ingin bertanya pada ustaz, lafaz tersebut adalah lafaz yang jelas atau kinayah.

Terima kasih. Assalamualaikum
File Upload:
Salam

Terimalah pengakuan suami..

tk

Visitor IP: 203.217.176.67

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, May 2, 2017

Soalan: soalan


Nama*:nak tahu
Tajuk*:soalan
Message*:slm ustaz, saya ada beberapa soalan

1. situasi suami isteri bergaduh. suami keluar rumah untuk elak perkara berlarutan. kemudian suami lafaz talak jelas dan terang tetapi bukan qasad untuk talak isteri. cuma la untuk memastikan/menunjukkan tidak/belum berlaku talak lagi. kalaulah isteri terdengar adakah talak dikira?

2. semasa nak solat jemaah di surau, saya selalu elakkan bersebelahan dengan seseorang. sebabnya bacaan fatihahnya mengganggu saya. bolehkan saya bertindak demikian?

3. kalau kita sembbahyang qada', bolehkah kita hanya buat yang wajib sahaja? maksudnya tanpa surah lazim, qunut dll?

4. kalau sekiranya kita tak pasti jumlah solat yg perlu di qada', dan sembahyang qada' itu melebihi yg kita pernah tinggalkan dulu, adakah ia menjadi sia sia atau dpt juga pahala?

terima kasih
File Upload:
Salam

1. Talak yang jelas dilafaz oleh suami akan menjatuhkan talak walaupun dikatakan tiada niat. Ini kerana suami sebut talak berkenaan sebagai reaksi kepada pergaduhan yang terjadi pada masa itu.

2. Solat berjemaah sebaiknya dirapatkan antara jemaah... Tak baik berenggang.. Rapatkanlah saf. Soal bacaan kuat tu, tak semua orang baca dengan kuat..

3. Boleh dan sah. Buatlah sesegera yang mungkin

4. Pahala yang nak bagi itu ialah ALLAH, bukan hamba.. SOlatlah dengan betul dan qadalah atas apa yang kita pastikan berapa lama ditinggal.. Usah berkira dengan Allah.

tk

Visitor IP: 175.140.214.123

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA