Monday, September 8, 2014

Soalan: ragu jatuh talak

Nama*:nor
Alamat Email:
Tajuk*:ragu jatuh talak
Message*:salam....saya ingin brtanya...selepas sy dapat tahu suami ada main cinta dengan peremuan lain...sy jadi tidak percaya sepenuhnya dengan suami lagi...trsimpan rasa syak wasangka pada suami ttg kejujuranya.....selepas kes trsebut suami kata dia sudah insaf dan tidak main cinta dengan perempuan tersebut lagi.....sy bagi peluang kepadanya.....sy suruh dia berjanji andai dia bermain dengan pompuan dengan niat lebih dr seorg kawan maka jatuh talak.....dan dia plak nak sy berjanji andai sy tak percayakan dia dan fikir bukan2 maka jatuh talak.....semalam...sy terjuma prepid kad phone...dan sy ragu2 yg dia masih contact pompuan trsebut lagi....adakah jatuh talak keatas sy......
File Upload:

Salam

Haaa itulah padahnya jika bermain kata-kata yang dikaitkan dengan TALAK. Kenapa semua hal hendak dikaitkan dengan talak dan cerai, tidakkah boleh dikaitkan dnegan kena bertaubat ke, kena belanja makan ke, kena tahan dalam lokap ke....

Oleh kerana taklik yang dilafazkan dikaitkan dengan 'ragu-ragu @ keraguan' maka ia susah hendak diukur. Pada zahirnya seakan menyatakan ia telah jatuh talak kerana puan telah meragui suami.

Saya tidak pasti tentang hukumnya.. sila rujuk ke pejabat agama untuk lebih jelas. tk

Visitor IP: 115.135.156.25

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA